¦¦ 40 ¦¦

41 3 2
                                    

Malam sudah pun menjelma. Selepas mandi sungai, kami perlu siap-siap dan pergi ke surau. Sampai ke isyak kami semua duduk situ dengar Damien beri ceramah.

Aku duduk di sebelah Ain. Hani pula tak mahu dekat dengan aku. Dari tadi mereka berdua berbual antara satu sama lain.

Rasa tersisih pun ada. Tapi ni semua balasan untuk aku juga. Siapa suruh tikam belakang?

Terpaksa la, terpaksa!

Aku banyak kali cuba beritahu dia hal sebenar. Dan banyak kali tu juga Hani mengelak.

Susah lah macam ni.

"Kamu semua boleh berkumpul di tempat bendera. Aktiviti terakhir malam ni kita buat dekat sana." Ujar Damien bersama mikrofon di tangan.

Pelajar perempuan juga mula melipat telekung masing-masing. Aku membuka telekung dengan cermat takut tertarik tudung sekali. Satu hal nak pakai tudung balik.

"Eh, Al..Alya. Aku dengan Hani perg-"

"Cepat lah Ain. Aku tak tahan nak pergi tandas ni."

Aku perhati sahaja Hani menarik Ain keluar dari surau. Satu keluhan berat terlepas.

"Alya tahu Hani benci Alya. Jangan sampai tarik Ain juga. Jangan buat Alya macam ni."

Aku berbisik seorang diri. Hati diserbu rasa sedih melihat mereka berlari berpegangan tangan.

Tanpa aku.

Takpelah, ni semua balasan untuk aku juga.

Malas nak layan perasaan, aku sambung melipat telekung dan masukkan ke dalam beg.

Seorang diri lagi lah aku. Nasib ramai juga pergi khemah. Takde lah seram sangat.

Seram apanya , masuk hutan malam-malam boleh pulak?

Zip khemah ditarik dengan rasa malas. Ha, dah muncul perangai malas aku ni. Kalau dah muncul memang susah nak bendung.

Susahnya jadi kau, Alya.

Tanpa masuk ke khemah, aku hanya mencampak beg telekung ke dalam. Tapi, bila nampak sesuatu lain dalam khemah ni aku terpaksa masuk juga.

Barang-barang aku.

Beg dan barang aku yang lain terasing. Ia berada di sudut khemah ni. Barang-barang Hani dan Ain pula terletak elok di tepi khemah.

Nampak sangat ada yang alihkan.

"Benci betul Hani dengan Alya, kan?" Aku tergelak hambar. Memang kena hadap semua ni la nampaknya.

Aku mengambil beg telekung yang tercampak jauh. Takpe lah. Dia nak buang barang aku keluar khemah pun aku tak kesah. Asalkan dia puas.

Aku bersila sebentar di dalam khemah. Memerhatikan barang aku dan mereka. Tanpa aku sendiri sedar, air mata mula jatuh.

Salah ke aku buat semua ni untuk dia? Aku cuba jauhkan dia dari terlibat dalam kes hutang Ayah. Tapi semuanya takda makna.

Dia dah benci aku. Tak mustahil, Hani dah buang aku dalam hidup dia. Kena ejek ramai-ramai, kena pandang hina dengan semua orang. Kena fitnah macam-macam. Siapa je tak marah kan?

Lepas tu semua benda tu angkara kawan baik sendiri. Aku ni kawan hina. Paling hina di mata Hani.

Aku ni fake, kan? Aku ni toxic.

Mesti dia ingat aku cuba jatuhkan dia. Tapi semua tu tak betul. Aku buat semua ni untuk dia.

Untuk orang sekeliling aku. Untuk Ayah dan arwah Mak. Untuk orang yang aku sayang. Untuk semua.

ALYA : fight for CahayaWhere stories live. Discover now