¦¦ 6 ¦¦

75 6 0
                                    

Baju sekolah berwarna biru dibutang satu persatu dan diperkemaskan di bahagian pinggang. Jam tangan hitam dipakai di tangan kiri. Selesai sahaja melipat lengan hingga ke siku, dia bergerak ke meja belajar.

Terdapat satu custom epoxy nametag di atas meja. Ia diambil dan dibawa ke dada untuk dipakai.

Ketua pengawas sekolah
               Damien

Dia kemudian melangkah ke ruang tamu di mana Umi dan Abi sedang bersarapan. Beg sekolah berwarna hitam digalas di bahu kanan .

Damien duduk berhadapan dengan Abinya. Selepas membaca doa makan, laju tangan itu mencapai sudu dan terus menyuap nasi goreng cili api yang sudah terhidang.

Abi ; Tuan Deniel mencicip sedikit kopi sambil memandang anak terunanya.

Segak. Macam aku.

Surat khabar yang sudah habis dibaca itu diletakkan di tepi. Badan disandar ke belakang.
Damien di depannya hanya makan dengan tenang.

Bibir diherot ke kanan sedikit.

"Damien, kamu dah ada girlfriend? "

Terus tersedak dua insan di situ. Puan Hafisah memandang suami di sebelah dengan kerutan dahi.

Damien masih cuba menghilangkan rasa pedih di tekak. Teh diminum laju.

"Apa la abang ni tanya macam tu. Tengok dah tersedak dibuatnya. ", bahu Tuan Deniel ditepuk perlahan.

"Tah Abi. Tanya soalan tu tiba-tiba. Random sangat la. ", suapan disambung.

"Lah, Abi tanya je. Kamu tu ada girlfriend ke? "

Damien buat-buat tak dengar. Dia menyambung makan dan soalan tadi dibiar berlalu.

"Damien, abi tanya tu. ", tegur Umi pula.

Damien memandang Umi tidak percaya. Aik, disokongnya soalan Abi ? Tiba-tiba, akal mendapat idea.

"Alaaa Umi, Abi. Damien mana ada girlfriend pe semua tu. Lagipun , kan Damien dah ada kekasih hati yang perlu dijaga."

Laju wajah kedua orang tua itu memandang anaknya. Abi mengangkat kening.

"Siapa? Pandai kau sekarang eh? "

Eleh dia juga yang tanya tadi..

"Semestinya Umi Hafisah. She's my girlfriend. Kan Umi, kannn? ", bibir mengukir senyuman sehingga menampakkan gigi.

"Eh kau, bini aku juga nak claim. Single berapa tahun dah ni? "

Damien memandang Abinya dengan riak menyampah. Tuan Deniel menjeling anak teruna yang satu itu.

Umi yang berada di tengah sudah menepuk dahi.

"Damien, untuk kem kalini yang di Johor tu kamu masih jadi ketua facilitator? "

Suapan terakhir dikunyah perlahan. Kepala diangguk sebagai balasan.

"Pergh. Masih sesuai jadi ketua fasi eh? ", Abi bertanya dengan sinis.

Muka bangga ditayang.

"Of course la. Ni Damien anak Puan Hafisah yang paling kacak dan berkarisma tau. "

"Kau tu tunggal. Tak payah nak ' paling kacak ' sangat. "

Damien menggulingkan mata. Tak pernah nak support  Abi ni.

"At least Damien tak berkedut " , badan disandar ke belakang.

"Sekurang-kurangnya Abi ada bini cun. Kau tu ada apa? Nak ngorat anak dara orang pun terkial. "

ALYA : fight for CahayaWhere stories live. Discover now