Pagi sudah tiba namun seorang gadis masih nyenyak tidur di atas katil. Angin bayu memasuki setiap lubang-lubang kecil di bilik itu terus menyapa kulit dia yang terdedah.
Alya.
Aku membuka mata setelah badan terasa sejuk. Sesekali badanku menggigil. Suasana sekeliling agak asing. Otak cuba memproses di mana dan apa yang sudah berlaku.
Rambut disikat dengan jari jemari sambil mata masih meneliti sekeliling. Tiada apa di sini melainkan meja dan katil.
Tiba-tiba mata menangkap satu kain hitam di bawah katil. Aku menjenguk ke bawah, lama aku merenung tudung hitam itu.
"Tudung aku." Hanya bayu yang mendengar. Perlahan-lahan aku mencapai tudung tersebut. Tudung di tangan aku tenung lama.
Aku tersedar sesuatu. Laju aku memerhati leher dan tubuhku. Pakaian semalam masih terletak elok cuma bahagian kolar sedikit terkoyak.
"Oh.."
Badan diundurkan ke belakang sehingga tersandar pada dinding. Kedua lutut dipeluk erat. Hujung mata panas tiba-tiba. Aku mengelap agar terhapus air mata yang bakal turun.
Aku dah janji, tak nak menangis.
"Hahaha"
Aku melepaskan ketawa mengejek. Ejek diri sendiri. Diri yang lemah. Diri yang tak mampu pertahankan maruah sendiri.
"Hahahaha."
Aku ketawa seperti semua benda yang menimpa atas diri aku adalah satu perkara kelakar. Ketawa sambil cuba menghalang air mata yang mahu mengalir.
"Ambil lah lagi.."
Mak dibawa pergi jauh. Ayah juga sama ikut Mak. Hani pergi tinggalkan aku. Semua orang bawa diri jauh dari aku.
"Kenapa tak ambil saja nyawa aku."
Semua dah tinggalkan aku. Semua dah hilang, tiada depan mata. Malah maruah aku juga sudah tiada.
Aku dah kotor.
"I'm tired.."
Aku turun dari katil. Kaki dipaksa untuk bawa diri pergi dari tempat durjana ni. Tudung yang sudah tersarung aku biarkan walaupun aku tahu , aku agak selekeh sekarang ni.
Aku mengheret kaki ke pintu utama. Tiada orang di sini. Mungkin keluar?
Pergi mati dua orang tu.
"Mak.."
Lutut terasa sakit. Aku gagahkan kaki untuk terus berjalan. Sakit semakin meliar namun aku hiraukan sahaja kerana sakit di hati lebih parah.
"Alya sakit , mak."
Hutan masih gelap , tiada cahaya yang ada. Masih pagi dan mungkin semua di kem sudah bersedia pergi ke surau.
"Alya penat dengan semua ni."
Im tired , Im officially tired of everything and everyone.
Tanpa sengaja, aku izinkan air mataku mengalir.
••••••••••
"Hani , bangun!" Daripada tadi Ain menepuk belakang Hani suruh untuk bangun.
"Aku ngantuk la."
"Eh aku kesah apa , kau bangun sekarang!"
Kawasan khemah ini hanya bising dengan suara Ain sahaja. Entah kenapa Hani liat sangat nak bangun.
"Yela yelaaa"
YOU ARE READING
ALYA : fight for Cahaya
Teen Fiction( C O M P L E T E D ) 2020 "You too left me." Kisah hidup seorang gadis , Alya Humaira yang semakin menjunam jatuh ke dalam gaung kehidupan saat melangkah ke dalam sebuah kem perkhemahan. Kawan yang dianggap sahabat , Perjuangan yang dianggap berb...