¦¦ 9 ¦¦

58 6 0
                                    

Alya dan Hani berada di dewan sekolah. Sudah tentu pasal kem, mereka di sini. Hani sedang mengunyah gula-gula getah sambil menulis sesuatu di sticky note.

Alya dilarang untuk tengok apa yang ditulis. Jadi dia hanya memandang ke depan. Pelajar lain masih ada yang belum tiba. Guru yang terlibat pun masih sibuk berbincang sesuatu.

"Nah. ", Hani menampal sticky note itu di dahi Alya.

Sebelum Alya mengambil, Hani menahannya. "Jangan marah tau lepas baca. "

Alya mencabut dan terus membaca apa yang tertulis. Serta merta mata terbuka besar. Jelas riak wajahnya terkejut.

"Hani ! " Alya melempar kertas itu tepat di dahi Hani.

"Aku kata jangan marah kan. " Hani mengambil kertas tadi dan membacanya.

'Tadi cikgu tanya aku pelajar perempuan yang boleh jadi wakil untuk sekolah kita . Emm untuk jadi ketua bagi pihak perempuan untuk apa tah.
Aku terr eh terrcadang nama kau anddd hehe cikgu setuju. Sorry awak ;)'

"Aku taknak la. Asal kau tak bagi nama kau je? Kau lagi berkeyakinan dari aku tau. "

Hani hanya tersenyum. Sejurus itu, Cikgu Razi merangkap cikgu yang menguruskan kem perkhemahan ini mengetuk sedikit mikrofon.

"Assalamualaikum, pelajar di sini tolong diam. Cikgu nak bagi taklimat ni. "

Semua pelajar mula diamkan mulut. Masing-masing bersedia dengan pen dan kertas untuk mencatat.

Alya sudah sedia begitu juga dengan Hani.

"Untuk kem kalini, seperti yang kamu semua tahu akan diadakan di Johor. Bermaksud luar negeri selama seminggu. Macam yang Cikgu Dahlia beritahu sebelum-sebelum ni, kita akan bertolak hari Jumaat pada waktu malam. Okay sekarang cikgu nak kamu catat. "

Pen masing-masing ditekan. Ada yang membuka penutup. Nasib baik pelajar di sini senang mendengar kata.

Hani masih lagi mengunyah gula-gula getah namun berjaga-jaga takut kantoi dengan cikgu.

"Saya nak semua dah ada di padang pada pukul 8 malam. Pastikan solat maghrib di rumah. Jangan risau, kita akan isyak di surau atau masjid yang tertentu. "

Alya mencatatkan segalanya dalam buku kecil itu.

"Semasa berkumpul nanti, saya nak kamu semua pakai pakaian sukan. Pelajar perempuan hanya dibenarkan pakai tudung sekolah atau tudung hitam sahaja. "

Hani menyenggol lengan Alya. Alya menangkat kening. "Siapa je nak gosok tudung sekolah an. "

Alya mengangguk kepala.

"Peralatan memasak, akan disediakan di sana tapi tak semua. Jadi bersedia untuk makan atas daun ye. "

Dewan mula riuh dengan bisikan dan rungutan pelajar. Cikgu Razi tersenyum. Sudah mengagak pelajarnya akan merungut.

"Telefon semua tu tidak digalakkan untuk bawa. Tapi kalau nak bawa, pihak sekolah tak akan bertanggungjawab kalau ada kehilangan. Pandai-pandai jaga. "

Kalini, segelintir pelajar bersorak suka. Hani di sebelah juga turut bersorak. Alya takkan bawa. Dia takut telefonnya hilang lagi. Jadi , dia dah bertaubat.

"Dan kem ni selepas peperiksaan akhir tahun jadi fokus dengan periksa dulu baru fikir pasal kem ni ye. Kalau saya tahu markah kamu turun, saya tak benarkan kamu untuk menyertai kem ni. Faham? "

Dewan semakin riuh. Ramai pelajar mula melontar kata-kata tidak puas hati. Turut diikuti Alya dan Hani.

"Apa ni cikgu, mana boleh main ugut - ugut. "

ALYA : fight for CahayaWhere stories live. Discover now