Dua jejaka berhenti di suatu kawasan. Mata mereka melekat pada dua susuk tubuh yang berada jauh di depan mereka.
Damien merenung kedua remaja itu. Mereka sedang berbual berdua.
Senyuman milik gadis itu ditatap dengan hati yang tiba-tiba sakit.
Okay dah. Ayat terlalu geli untuk seorang Damien.
"Iyen, dia depan mata kau tu. Pergi la tegur."
Mendengar ayat yang baru sahaja dilontarkan oleh sahabatnya, Damien melepaskan keluhan. Perlahan-lahan dia memusingkan badan.
"Nanti lah."
Sejurus itu, dia membuka langkah. Tubuh Damien ditahan serta merta.
"Apa nanti-nanti. Sekarang"
Damien diamkan diri sahaja. Dia bukan taknak jumpa, cuma..
Dia takut tiba-tiba. Rasa macam nak jumpa tok kadi je. Eh?
"ALYA! "
Damien tersentak. Kedua remaja di sana juga tersentak. Spontan bahu sahabatnya dipukul kuat. Zharif mengaduh kecil.
"Kau panggil asal, gila?! "
Zharif biarkan sahaja. Dia melambai tangan ke arah Alya agar datang kepadanya.
Damien di sebelah sudah gelisah. Lagi-lagi bila Alya sudah mula melangkah ke arah mereka. Amir ditinggalkan begitu sahaja.
"Selesaikan cepat. Lagi sepuluh minit aktiviti seterusnya nak mula." Ujar Zharif. Dia berlari meninggalkan Damien yang terpinga. Sempat dia mengambil topi Damien.
"Em, ye? "
Dengar sahaja suara gadis pendek itu, laju jantung Damien berdetak.
Duduk diam-diam lah jantung. Aku jentik kau kang.
••••••••••
"Em, ye? "
Aku memandang belakang Damien. Dia berdiri tegak membelakangi aku.
Tadi Zharif panggil, kenapa dia lari pula. Dahtu, tinggalkan aku dengan bidadara ni.
Bidadara hangguk kau, Alya.
"Damien? "
Perlahan-lahan tubuh itu pusing menghadap aku. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Sesekali, tangan dia mengusutkan rambut. Topi dia sudah hilang ke mana.
"Awak ke Zharif yang nak jumpa saya?"
Damien mengangkat tangan kanan. Aku tergelak kecil. Dah kenapa dia ni?
Macam soal budak tadika je.
"Awak nak apa?"
Aku cuba membuat gaya beku. Tangan memeluk tubuh dan kepala didongakkan. Cuba menaikkan aura gengster.
"Kalau nak bisu je, saya pergi dulu."
"Tunggu! " Baru mahu pusingkan badan, Damien membuka mulut. Wajahnya aku pandang semula tetapi dengan lebih kerek.
"Aku sebenarnya nak minta maaf."
Aku diam menunggu dia menyambung kata pujukan dia. Ha, baru tau seksanya dah buat salah tapi tak minta maaf.
Derhaka lagi dengan aku.
"Aku tau aku salah -"
"Awak mengaku salah ke Damien?"
YOU ARE READING
ALYA : fight for Cahaya
Teen Fiction( C O M P L E T E D ) 2020 "You too left me." Kisah hidup seorang gadis , Alya Humaira yang semakin menjunam jatuh ke dalam gaung kehidupan saat melangkah ke dalam sebuah kem perkhemahan. Kawan yang dianggap sahabat , Perjuangan yang dianggap berb...