Teaser : ZaynMel

379 7 1
                                    


Zayn berjalan ke arah grandstand dan duduk memerhatikan perlawanan bola jaring yang sedang berlangsung. Matanya tertancap kepada Mel yang ligat bergerak di gelanggang, gerakannya lincah menangani pihak lawan.


Kau tengoklah, aku akan menang perlawanan akhir hujung minggu ni. Aku akan banggakan pasukan aku dan diri aku sendiri!


Si naif yang sentiasa optimistik.


Seberapa pantaskah kau untuk ku tunggu

Cukup indahkah dirimu untuk selalu ku nantikan

Mampukan kau hadir dalam setiap mimpi burukku

Mampukah kita bertahan di saat kita jauh


Sekiranya hendak dibandingkan gadis-gadis lain yang berada di dalam lingkungan sosial Zayn, Mel hanya biasa-biasa sahaja. Cantik, namun tidaklah jelita menawan. Tidak pula berstatus tinggi dengan latar belakang keluarga yang mengagumkan. Ditambah lagi dengan sikap kasarnya dan mulut yang kuat menyumpah seranah.

Zayn teringat kembali senyuman dan gelak tawa Mel ketika mereka pergi ke pasar malam tempoh hari...


Seberapa hebat kau untuk ku banggakan

Cukup tangguhkah dirimu untuk selalu ku andalkan, oh

Mampukah kau bertahan dengan hidupku yang malang,

Sanggupkah kau menyakinkan di saat aku bimbang


Dari segi pencapaian pula, Mel biasa-biasa sahaja. Keputusannya tidak cemerlang, jauh sekali dari Marissa. Dari segi perkara lain juga, Mel tidak begitu menyerlah.

Namun, Zayn tahu, Mel sentiasa mencuba yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukannya. Zayn teringat kembali, saat dia terjumpa gadis itu sedang berlatih dengan linangan air mata, bersendirian, mencuba sehabis mungkin dan melakukannya sepenuh hati...

Bunyi hon dan wisel mengejutkan Zayn dari lamunannya. Seseorang melaungkan sesuatu dari pembesar suara, namun tenggelam dengan sorakan gegak gempita dari grandstand, dan di atas scoreboard...


6-5.


Mel telah menang.

Matanya menuju ke arah Mel yang kini berpelukan dengan teman sepasukannya dan menjerit kegembiraan seperti kera, dengan wajahnya yang dibasahi peluh serta rambut kusut masai, kelihatan sangat hodoh.


Lup-Dub. Lup-Dub. Lup-Dup.


Namun, mengapa jantungnya berdegup seperti ini?

Pasukan Mel dipanggil untuk menerima piala dan hadiah. Sebagai kapten, Kak Mar mengambil piala tersebut, menjulangnya tinggi dengan senyuman bangga, dan menyerahkannya pula kepada Mel yang terkinja-kinja beruk di sebelahnya.

Mel ketawa kuat dan memeluk piala itu erat.


LUP-DUP. LUP-DUP. LUP-DUB.


Mel memandang ke atas, tepat ke arahnya. Senyuman Mel semakin melebar.


LUBDUPLUBDUPLUBDUPLUBDUPLUPDUBLUPDUBLUBDUP-


Oh tidak...


Celakanya

Hanya kaulah yang benar-benar aku tunggu

Hanya kaulah yang benar-benar memahamiku

Kau pergi dan hilang kemanapun kau suka


Mel tidak jelita, namun di matanya, Mel adalah gadis yang paling jelita di seantero alam ini...

Dan di sebalik pergaduhan mereka, hakikatnya Mel adalah satu-satunya orang yang mempercayainya dan memahaminya...


Celakanya

Hanya kaulah yang pantas untuk kubanggakan

Hanya kaulah yang sanggup untuk aku andalkan

Di antara pedih aku slalu menantimu


Mel tidak berbakat, bodoh dan naif. Namun dia berkerja keras dan sangat beretika.

Seseorang yang boleh dibanggakan di matanya.

Dan Zayn, sedar atau tidak, telah menantikan seseorang seperti Mel seumur hidupnya.

Zayn mengeluh, separa panik di dalam mindanya.


Habislah aku...


Nota Penulis: 

1. Lagu dari Sheila on 7: Seberapa Pantas

2. Komen amat dihargai huhuuu

Simptom Jatuh Cinta (Update Setiap Minggu!!!)Where stories live. Discover now