5. Kelibat

40 2 0
                                    

Hari-hari Mardhiah yang seterusnya, dipenuhi dengan aktiviti mensabotaj urusan harian musuh ketatnya, Marzuki.

Syaitan bekerja keras, namun Mardhiah bekerja lebih keras lagi.

Aktiviti mensabotaj ini merangkumi, namun tidak terhad kepada, mencurahkan mi segera basi di atas Audi merah yang malang itu, mengopak kasut bola yang tersimpan dalam lokar, mengenal pasti bilik pensyarah Marzuki, dan mencuri assignment yang telah dihantar lelaki itu (lantas dibakar, Mardhiah mengilai puas), serta yang terbaru, menggodam Facebook lelaki itu.


Marzuki Herman

Saya gay... saya suka lelaki ihikss


Marzuki Herman

Saya suka wanita besar. Besar segalanya. Dm saya untuk details


"Sia-sia je aku masuk course IT Programming, kalau hujung-hujungnya kerja aku menggodam password Facebook orang lain," gadis mamak kecil molek itu mengeluh dari meja belajarnya, rambut panjangnya diikat siput.

"Dewi, anggap jelah kau sedang buat kerja amal," Mardhiah yang sedang baring terkangkang dengan handphone di tangan, di atas katil Dewi mencelah, memandang rakan sepasukannya dengan kening terangkat. Bersusah payah dia memujuk (memaksa) Dewi untuk menolongnya, sehingga dia terpaksa menyerbu gadis itu dalam bilik asramanya.

Dewi mencebik. "Kerja amal apanya. Apa masalah kau dengan..." Dewi memerhatikan nama yang tertera di skrin, "...Marzuki Herman ni, sampai kau berusaha sejauh ini untuk menganiaya dia?"

"Mana ada menganiaya. Aku sahut cabaran dia je." Mardhiah menafikan bersahaja.

Dewi kelihatan semakin keliru.

"Macam biasa..." Mardhiah meletakkan wang lima puluh ringgit di atas meja, menutup mulut dan menggerakkan tangannya dari kiri ke kanan, membuat aksi 'zip mulut'.

Dewi menggolekkan bebola matanya ke atas dan menyambar wang itu.

Mardhiah memerhatikan katil kosong di sebelah katil Dewi.

"Kau masih belum ada roommate lagi, Dewi?" Tanya Mardhiah.

Dewi menggelengkan kepala.

Mardhiah tersengih lebar. "Kau akan ada roommate tak lama lagi, wahai Dewi ku sayang. Gerak dulu." Mardhiah berlalu pergi, tergelak sendirian dari pintu yang ditutup di belakangnya.

Dewi semakin keliru.

Kadang kala, sukar untuk memahami sikap dan angin kaptennya ini.

Mardhiah berjalan keluar dari bangunan asrama wanita dengan girang. Rancangan yang bodoh ini nampaknya menjadi, mata-matanya memberi maklumat bahawa hidup Marzuki kini menjadi benar-benar terganggu. Menurut ramalannya, tidak lama lagi, Marzuki akan mula mengesyakinya, dan akan mula berdepan dengannya tentang hal ini.

Mardhiah akan menggunakan peluang itu untuk memaksa Marzuki meninggalkan kelab, sekiranya Marzuki mahu segala gangguan ini berhenti.

Hahaha! Mardhiah genius!!

Kelibat seorang lelaki berdiri berseorangan, menyilang tangan dan bersandar di Audi berwarna merah kelihatan dari jauh.

Langkah Mardhiah terhenti.

Marzuki?

Marzuki bangun dan berjalan ke arahnya, langkahnya menggerunkan.

Mardhiah tersengih lagi. Adakah masanya telah tiba?

Simptom Jatuh Cinta (Update Setiap Minggu!!!)Where stories live. Discover now