Naufal berlari-lari anak dengan kotak berisi bola plastik ke arah tapak festival. Festival akan bermula malam ini, dengan lawatan rasmi dekan ke setiap booth kelab, jadi mereka harus menyiapkan semuanya secepat mungkin.
Naufal berlari melepasi Mercedes-Benz putih yang diletakkan diletakkan senget di tepi jalan...
Mercedes-Benz putih...
Dia berpatah balik semula dan memeriksa nombor pendaftaran kereta tersebut.
Nombor pendaftaran kereta Marissa! Hatinya berbunga girang. Matanya melingas, mencari sekiranya pemiliknya ada berdekatan.
Setelah beberapa ketika berpusing kiri dan kanan di jalan yang sunyi itu tanpa bayangan orang dinanti, dia berjalan semula. Entah kenapa hatinya terasa sedikit sedih.
"Mana duit tu! Kau jangan nak tipu aku! Aku tahu kau banyak duit!!!"
"Syam, tolonglah. Marissa memang tak ada duit sebanyak tu."
Naufal mempercepatkan langkahnya, mencari arah suara itu.
Suara Marissa menjerit bergema, sebaik sahaja Naufal terjumpa mereka berdua di lorong antara dua bangunan. Syam sedang menarik rambut Marissa dan menggoncang gadis itu.
Naufal serta merta mencampak kotak di tangannya dan meluru menolak Syam dari Marissa.
Syam yang terkejut bertukar berang apabila ternampak kelibat Naufal. "Hoi pendek!"
"Hoi syaitan!" balas Naufal. "Apa kau cuba buat?!"
"Kau sibuk sangat kenapa! Ini bukan urusan kau! Ini urusan aku dengan perempuan ni!" sembur Syam berang.
"Aku dah kata sebelum ni, aku dah jadikan ini urusan aku bila kau berkasar dengan dia! Kau bodoh ke?! Tak faham bahasa!" Naufal sama naik.
Syam menarik kolar Naufal, mengugut, "Kau jangan ingat bila aku tak tumbuk kau balik hari tu, aku takut dengan kau!"
"Jadi, kalau kau nak tumbuk aku, dipersilakan! Tapi bila kau mulakan, pastikan kau boleh habiskan!"
"Hoi! Apa ni!"
Semua memerhatikan Goku dan Mel yang turut meletakkan kotak di tangan mereka ke tepi dan berjalan ke arah mereka.
"Apa ni?!" tanya Goku sekali lagi. "Apa masalah kau?" katanya kepada Syam, memerhatikan tangannya yang masih erat di kolar baju Naufal.
Mel memerhatikan Syam dan berseru, "Kau lelaki gatal tempoh hari!"
Naufal dan Goku kedua-duanya tercengang dan Syam kelihatan sedikit gerun. "Apa?!"
"Hari tu masa latihan bola jaring, jantan ni meraba junior kami di luar bilik persalinan. Aku dengan Kak Mar ternampak, jadi aku tumbuk dia dan Kak Mar belasah dia." Mata Mel memerhatikan Marissa yang tersedu sedan. "Kau meraba lagi? Kau tak reti serik ke? Nak aku tumbuk kau kali kedua?!" serunya.
Syam melepaskan kolar Naufal. "Kau bawak geng, lagi-lagi anjing gila tu!" hamburnya, matanya melirik ke arah Mel. "Pengecut, tiga lawan satu!"
'Kau jangan risau, diorang tak akan campur!" Kata Naufal.
"Naufal..." Goku mencelah.
"Diam! Aku dengan kau je sekarang," katanya kepada Syam. "Sebab aku tumbuk kau dulu, aku bagi kau tumbuk aku." Naufal menyuakan mukanya terhadap Syam. "Tapi macam aku cakap tadi, bila kau mulakan, pastikan kau boleh habiskan."
Syam berundur, matanya memerhatikan Naufal dan rakan-rakannya. Kemudian, dia berdengus dan lantas pergi.
Mel berjalan ke arah Marissa yang sedang mengelap air mata dengan belakang tapak tangannya.
YOU ARE READING
Simptom Jatuh Cinta (Update Setiap Minggu!!!)
Romance#31 in Romantik (11/9/2020) Si Jelita Ayu dan Sang Pahlawan Berani... Sang Kerek Abadi dan Si Penyibuk Hakiki... ...juga tidak dilupakan... Si Panas Baran dan Sang Putera Idaman. Apakah perasaan tidak diketahui yang mula terbit di antara mereka? Sim...