Jatuh cinta, adalah salah satu fenomena paling aneh dan menakjubkan yang boleh dialami oleh seseorang individu.
Walau pengalaman jatuh cinta berbeza mengikut individu, terdapat beberapa simptom yang kerap muncul ketika jatuh cinta, dan ini akan dapat membantu anda untuk mengenal pasti perasaan anda ketika itu, dan bila ia berlaku...
Suasana di padang universiti itu riuh-rendah dengan sorakan dan pekikan pelajar-pelajar di situ. Pasukan bola sepak lelaki sedang berlari anak di sekeliling padang, dan di bahagian gelanggang, pasukan bola jaring wanita universiti sedang melakukan latihan mereka.
"Mel!"
Seorang pelajar wanita tinggi memakai ves bola jaring bertulis 'WA' dengan rambut ekor kuda yang kusut masai dan wajah yang berpeluh menoleh apabila namanya dipanggil. Matanya besar dan kulitnya halus, berpotensi besar untuk menjadi jelita hanyalah sekiranya dia sanggup mengubah penampilannya.
"Oi Goku, Naufal!," laung gadis itu dengan tersenyum lebar, melambai-lambai kedua budak lelaki memakai uniform pasukan bola sepak yang berjalan terkedek-kedek dengan beban di tangan mereka.
Salah seorang budak lelaki itu meletakkan kotak berisi air mineral di tepi gelanggang dan mencangkung, tercungap-cungap. Budak lelaki ini rambutnya terpacak dan tinggi kurus melidi.
"Oii Mel, kenapa mesti kau seksa kitorang begini, kau ingat ringan ke air ni, haaa!!" budak lelaki itu mengomel, memandang ke atas ke arah Mel yang berjalan ke tempat mereka.
"Ala Goku, bukanlah berat sangat pun, aku angkat sebelah tangan pun bolehlah!" sahut Mel.
"Haa, cubalah angkat sebelah tangan. Cepat aku nak tengok!" balas Goku.
"Sini, tengok aku angkat sebelah tangan je..."
"Sudahlah, kau orang berdua," celah budak lelaki yang seorang lagi, wajahnya comel dan badannya pendek, namun tegap. Dia turut meletakkan kotak air mineral yang dibawanya ke bawah. "Macam mana training dengan budak-budak baru?" tanya budak lelaki itu.
Mel mengangkat bahu. "Okay je. Ya lah budak-budak first year kan, ada yang dulu main kat sekolah tapi dah lama tak practice, jadi berkarat. Kita kasi warm-up dulu, nanti okaylah," sambung Mel optimis. "Macam kau lah, Naufal, tiga bulan pertama kau masuk team, out betul," Kata Mel dengan sengihan mengusik terhadap budak lelaki pendek itu.
"Macam kau jugak lah, first game, pitam!!!" seru Goku. "Hahahaha..."
"Sini kau!" Mel headlock kepala Goku dan menyekeh beberapa kali. Goku mengaduh kesakitan, cuba untuk menyekeh kepala Mel juga, namun tidak berjaya kerana cengkaman beruang Mel lebih kuat.
Seorang pelajar wanita yang lain berlari anak ke arah mereka dan melepuk belakang kepala Mel. Cengkaman beruang Mel terhadap Goku serta merta terlepas dan Goku mengambil peluang untuk lari di belakang Naufal. Mel menggosok belakang kepalanya, memandang ke arah gadis yang kini bersilang tangan, wajah ayunya berkerut marah, menjeling ke bawah kepada Mel.
"Aduh, Kak Mar! Sakitlah!" Mel mengadu. "Kak Mar tahu kan membuli adalah dilarang di kawasan universiti!"
"Aku suruh panaskan badan kau boleh berborak dekat sini, haa!" jerkah Kak Mar, matanya cerlung memerhatikan Mel yang kini melompat menyorok di belakang Naufal juga. "Kalau kau tak pergi sekarang, lepas ni, kau kena basuh dan gosok vest satu team!"
Mel serta merta melompat dan tabik. " Baik, kapten!"
Mel berdesup meninggalkan mereka dan sama-sama memanaskan badan dengan ahli pasukan yang lain. Kar Mar mengeluh.
YOU ARE READING
Simptom Jatuh Cinta (Update Setiap Minggu!!!)
Romantik#31 in Romantik (11/9/2020) Si Jelita Ayu dan Sang Pahlawan Berani... Sang Kerek Abadi dan Si Penyibuk Hakiki... ...juga tidak dilupakan... Si Panas Baran dan Sang Putera Idaman. Apakah perasaan tidak diketahui yang mula terbit di antara mereka? Sim...