4. Kasmaran

51 1 1
                                    

"Marissa!"

Marissa menoleh ke arah suara tersebut dengan senyuman lebar. Naufal berlari-lari anak ke arahnya, rambutnya bersimpang siur ditiup angin dengan air dalam cawan plastik di kedua tangannya.

Naufal berhenti di hadapannya, tercungap mengambil nafas. Dia berdiri tegak semula, tersenyum pada Marissa.

"Nah!" Naufal menyuakan salah satu air di tangannya kepada Marissa. "Mango lassi, cubalah! Roommate saya, Amir yang buat. Kelab Seni Mempertahankan Diri jual air tahun ni."

Marissa mengambil air tersebut, dan berhati-hati menyedut dari straw. "Mmmm, sedap!"

Naufal tersengih. "Nanti saya beritahu Amir." Dia turut menyedut air di tangannya. "Hmmm... bolehlah tahan."

"Awak nak jalan-jalan lagi ke, tengok booth lain pulak?" tanya Naufal, tangannya menunjuk sekeliling festival yang sedang berlangsung. Hari ini lebih ramai dari hari sebelumnya, kerana malam ini adalah malam akhir bagi Festival Kelab, dan rata-rata datang untuk melihat persembahan artis yang telah dijemput oleh pihak universiti.

Marissa senyum, menggelengkan kepala.

"Kalau macam tu, jom pergi booth kelab saya. Kita main game dekat situ. Semua orang termasuk Kak Mar pun nak jumpa awak, sejak insiden bola hari tu." cadang Naufal.

"Insiden bola..." Marissa terasa mukanya panas, menjadi malu.

"Tak apa lah, diorang semua baik. Jom lah!" Naufal menarik lengan Marissa.

Muka Marissa semakin panas, tapi kerana sebab yang berbeza.

Dia tersenyum sendiri, memerhatikan tangan Naufal yang bertaut pada lengannya sepanjang perjalanan.

"Hoi Naufal!"

Naufal melepaskan tangannya.

"Amboi kau, curi tulang eh!" seru Goku yang sedang berjaga di hadapan booth kelab sukan.

"Eh, baik sikit, Kak Mar bagi aku rehat tau!" nafi Naufal.

"Elehhh... Eihhh? Siapa ni?" tanya Goku dengan nada mengusik, memerhatikan Marissa.

"Ehhhh, sis! Kau ni awek yang terkena bola dan yang dekat lorong hari tu, kan?" seru Mel yang muncul entah dari mana. "Haii, Sis!!!" sapa Mel ceria.

Kak Mar turut muncul, dengan senyuman. "Hai. Macam mana muka? Dah okay?" Tangannya sibuk membuka kotak dengan pisau dapur.

Marissa senyum tersipu-sipu. "Ah, ya... Hai..." sapanya perlahan.

"Marissa, ini Mel dan Goku. Kawan saya. Ini Kak Mar, senior kita orang," kata Naufal. "Kau orang, ni Marissa."

"Hai Marissa!' sapa Mel ceria. "Jomlah main game! Kita ada banyak game best tau!" ajaknya.

"Uhh... Marissa tak tahu nak main macam mana..." kata Marissa perlahan.

"Tak apa, saya ajarkan." kata Naufal.

"Kau orang boleh try game ni." Goku menunjukkan permainan menukul itik. "Senang je." Goku tersengih.

"Biar saya tunjukkan macam mana." kata Naufal, meletakkan lima ringgit ke dalam bekas yang disediakan dan mengambil tukul kayu. "Awak tunggu itik keluar dari lubang lubang ni... dan... KETUK!" Naufal kelam kabut memukul itik yang muncul dari salah satu lubang.

Marissa tergelak gembira, dan tergelak lebih besar lagi apabila gilirannya pula.

Sudah lama dia tidak segembira ini.


***************************************


Simptom Jatuh Cinta (Update Setiap Minggu!!!)Where stories live. Discover now