2. Serigala

74 2 0
                                    

Marissa meletakkan keretanya di tempat letak kereta berbumbung dan mematikan enjin kereta. Dia mengumpulkan buku-bukunya, dan bergerak keluar dari kereta...

Seseorang menghempas dirinya ke belakang, dan buku-bukunya yang dipegang tadi kini berteraburan di atas jalan tar tersebut. Dia memandang ketakutan ke atas, dan seorang lelaki kacak dengan senyuman menakutkan berjalan mendekatinya.

"Syam..."

Lelaki tersebut menariknya bangun dengan kasar. "Kau dah lupakan aku ke, sayang?" Syam menyeringai seperti serigala yang hendak menerkam mangsanya. "Mana duit aku?"

"Du.. duit apa..Syam?" tanya Marissa, menggigil ketakutan.

Pegangan Syam terhadap lengan Marissa semakin ketat. Marissa mengaduh kesakitan.

"Duit apa? DUIT AKULAH!" laung Syam, menggoncang Marissa. "Aku dah cakap aku nak sepuluh ribu. SEPULUH RIBU!! KAU TAK FAHAM KE?!!"

Marissa kini menangis, air mata mengalir laju di pipinya. "Syam, Marissa tak ada duit sebanyak tu..."

"Oh, ya?" Syam menyeluk poket seluarnya dan mengeluar telefonnya. Dia mencari sesuatu dan menyuakan skrin itu kepada Marissa.

Di atas skrin tersebut, gambar Marissa terbaring dengan mata tertutup di atas katilnya dengan posisi yang mengghairahkan terpampang jelas.

"Aku dah bagitahu sebelum ni, aku nak duit tu dalam minggu ni. Kalau aku tak nampak duit tu dalam akaun aku menjelang hujung minggu ni, aku akan sebarkan gambar kau ni! Cuba kau fikir, apa yang akan terjadi pada reputasi kau dan bapak kau kalau gambar ni tersebar..."

"HOI!!"

Marissa dan Syam menoleh ke arah sumber suara tersebut yang berlari laju ke arah mereka. Naufal kelihatan marah, beg sandangnya bergoncang di bahunya ketika hentaman kasut Converse hitamnya bergema di jalan tar tersebut.

Naufal menarik tangan Syam, melepaskan Marissa dari cengkaman lelaki tersebut. Matanya memerhatikan wajah Marissa yang berjuraian air mata.

"Awak okay?" tanyanya lembut. Marissa menganggukkan kepala.

"Siapa si pendek ni?" tanya Syam. "Boyfriend baru kau? Cepat betul kau move on ya? Macam pelacur!"

Naufal menarik kolar baju Syam. "Mulut tu kau jaga sikit, kalau kau masih nak guna," Naufal memberi amaran.

Syam turut menarik kolar baju Naufal. "Pendek, kau tak payah terhegeh-hegeh sangat dekat pelacur ni. Kau tak tahu apa yang dia dah buat." Syam mengeringai jahat.

Naufal menumbuk mulut Syam sekuat hatinya. Syam terhuyung-hayang jatuh ke belakang, memegang mulutnya.

"Aku dah cakap, jaga mulut kau!" kata Naufal.

Syam bangun memandang Naufal, matanya bersinar bahaya. "Pendek, kau ingat aku takut dengan kau ke? Kau kenal aku siapa?"

Naufal menggolekkan matanya ke atas. "Kau anak datuk ke, anak Raja Kapur ke, aku peduli apa? Yang aku nampak, kau tengah ugut dan berkasar dengan perempuan. Kalau kau anak jantan, lawan sama jantan lah!"

"Kau diam! Kau tak tahu apa urusan aku dengan dia!" gertak Syam.

"Sekarang aku jadikan ini urusan aku! Kalau kau nak sambung urusan kau, marilah!" Naufal menyediakan dirinya, sekiranya Syam ingin menyerang.

Syam memandang Naufal dan Marissa. Akhirnya dia berjalan mengundur.

"Kau ingat, Marissa! Minggu ni! Aku beri amaran!" kata Syam, dan dengan tangkas beredar dari situ.

Naufal memerhatikan Syam sehingga dia hilang dari pandangan. Dia mengalihkan perhatiannya kepada Marissa yang tersedu-sedu.

"Boyfriend awak ke?" tanya Naufal. Dia membongkar begnya, dan menghulurkan tisu kepada Marissa.

Simptom Jatuh Cinta (Update Setiap Minggu!!!)Where stories live. Discover now