Li'an
Li'an
Lebih tepatnya adalah sumpahan yang tidak mampu dibuat main atau dibuat sambil-lewa. Sekali sumpahan dijatuhkan maka jika isteri yang dituduh jelas tidak bersalah maka laknat Allah akan jatuh padanya (Suami).
Li'an ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya berzina tanpa mempunyai empat orang saksi kecuali dirinya sahaja, maka hendaklah dia bersumpah empat kali "bahawa dia adalah orang yang benar" dan pada kali kelimanya "bahawa dia akan dilaknati Allah jika dia berdusta".
Elfiy Adham Raishin seorang lelaki yang amat digeruni dalam dunia perniagaan. Perginya dia dari Malaysia dengan tekad di dada untuk mengembangkan perniagaan keluarga serta perniagaannya sendiri. Empayar yang dahulunya kecil dan sederhana semakin lama semakin mengembang pesat hinggakan namanya dijulang tinggi di segenap empat penjuru dunia. Dalam kedinginan wajah,datar suara dan tingkah yang agak beku pada kaum wanita selain sang ibu,siapa sangka dia sudah berpunya. Janji dibuat untuk ditepati dan benar janjinya telah dia tepati tetapi lain bagi si gadis kerana tergamak memungkiri janji yang telah mereka maktubkan dalam kisah hidup mereka.
Elvira Airin Nasuha merupakan seorang gadis jelita berkacukan korea dan amerika. Berketinggian lagak seorang model dan berkerjaya tinggi. Tingkah laku yang agak menawan dan mesra alam dengan semua orang yang dijumpainya membuatkan dia disukai ramai. Agak comel bila tersenyum dan sering membuat lawak hambar hanya untuk menceriakan si kekasih hati yang mempunyai perwatakkan yang bertentangan dengannya. Dek terlalu senang dan bangga dengan apa yang dimiliki tanpa sedar janji yang dibuat bersama si kekasih hati terlerai bagaikan debu. Terpisah bagaikan tiada sambungannya lagi.
Menyesal? Sudah terlambat kerana sumpah telah dijatuhkan.
Bersama kembali? Sudah tentu tidak kerana laknat Allah telah jatuh padanya.
"You said you love me like hell but then you're the one who's drown yourself into God hell!"
- Adham Raishin -
"I'm - I'm sorry abang but please! Maafkan Vira ! Vira janji Vira takkan buat benda ni lagi ! Vira menyesal abang! Vira menyesal!"
- Elvira Airin -
Dia mungkin agak jahil dari segi agama tapi sejahil-jahil seorang insan bernama Adham Raishin dia tidak pernah sekali-kali terdetik untuk membuat perkara yang terkutuk dan akan mendapat kemurkaan dari Tuhan.
YOU ARE READING
Li'an
General FictionThis is my first story. I got this story from my friend name Lia. Enjoy🙂. Jgn lupa vote and comment okay? If korang suka i akan cuba tulis banyak lagi story and part. Jgn lupa follow i jugak tq♥︎