Part 9

5 1 3
                                    

Airin meletakkan IPhone miliknya di atas meja solek. Bibir dikemam kerana rungsing memikirkan seuatu. Tangan yang ditongkat di katil dialihkan dan diletakkan di atas riba. "Kenapa Rai macam pelik sikit?" mana taknya pelik kalau lelaki itu tiba-tiba saja bermesra dengannya. Adham Raishin yang dia kenal adalah seorang yang beku dan dingin. Jadi kenapa lelaki itu tiba-tiba sahaja jadi mesra dengan dia? Siap tergelak lagi!  Tak ke seram namanya tu? "Aish sudahlah! Yang penting kau kena happy dia dah ubah perangai beku jadi cair hik hik" Airin tersenyum lebar dan menekup wajahnya. Tak sabar nak keluar bersama lelaki itu.

MOMMY! AIRIN NAK KAHWINNNN! 




______________________






          TERCENGANG seketika Falqin dibuatnya apabila melihat kereta yang bakal dia naiki kejap lagi. Beg galas yang disangkut di bahu dan hampir melurut jatuh ke bawah ditarik ke atas. "Ka-kau biar betul nak bagi aku naik ni?" Kepalanya tergeleng tanda tidak percaya. Kenapa? Kenapa mesti kereta ni? Khaidan yang baru sampai mencelah. Kunci kereta yang berada dalam tapak tangannya dilambung-lambung ke atas. Rokok yang dikemam pada bibirnya ditarik lalu asap dihembus keluar. Falqin yang masih tercegat di sebelahnya dijeling tajam. "Ini je tang dorang ada. Lu ingat Wa ni barua Lu ke nak mintak kereta berjenama semata-mata nak Lu naik? Ini malaysia anjir bukan Kanada" ujarnya mendatar. Falqin mencebik. Beg galasnya dibetulkan seiring dengan muka toya. "Kalau ye pun kenapa myvi? Haaa aku malas betul lah kalau kereta kecik ni" Keluhan berat dilepaskan. Dia bukan apa tapi dia memang tak boleh nak handle kereta kecik ni. Trauma ! "Lu dah kenapa ? Gabra semacam. Naik tu naik jelah!  Myvi je pun bukan babi! Eh jantan ni kang"

"Kau tak faham..."

"Celah mana Wa tak faham? Mai habaq sikit bagi Wa faham"

Li'anWhere stories live. Discover now