Part 10

3 1 2
                                    

"Kau tak faham...betapa seksanya aku nak kena menunduk nanti!"  Khaidan menggulingkan bebola mata. Rokok yang sudah tinggal separuh di buang ke tanah dan dipijak. "Wa tak nak dengar Lu punya merepek. Apa yang Wa tahu kita mesti sampai sana tepat pada masa" mulutnya terbuka sedikit untuk mengeluarkan sisa asap terakhir. Pintu belah pemandu dibuka dan tempat duduk diejaskan agar selesa dengan dirinya. Falqin menghela nafas berat. Rambut depannya dikuak ke belakang seiring dengan keluhan berat. Pintu belah penumpang dibuka dan kerusi penumpang diejas supaya bahagian kaki mendapat ruang yang banyak. "Auto ke manual?" beg galasnya diletakkan di seat belakang. Khaidan membetulkan kedudukannya dan tali pinggang ditarik kemas. "Auto" balasnya sepatah. "Kepala tu tunduk sikit" ujarnya pada Falqin setelah mendapati kesemua tubuh kawannya telah selamat masuk ke dalam myvi. "Ye...tahu" dengan susah-payah dia sedaya upaya untuk merendahkan kepalanya kerana jika diangkat sedikit sahaja kepala dia sudah mengena dinding atas myvi. Kerana itulah dia terlalu bencikan kereta kecil seperti myvi,kancil dan seangkatan dengannya. Kerana apa? Kerana dia terlalu tinggi! "Pergi mana ni?" enjin kereta dihidupkan oleh Khaidan. Terjegul-jegul kepalanya ingin melihat jika ada kereta atau motor yang lalu di belakang. "Masjid negara"

"Masjid? Untuk apa?"

"Solat lah setan. Ad ajak sekali solat sana terus"

"Hm sejuk perut aku dengornya. Tak sangka dah anak aku dah taubat"

"...."

Li'anTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang