Part 2- lapangan terbang

19 4 19
                                    

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Masa : 4:32 p.m

Kawasan menunggu yang dipenuhi dengan orang ramai tidak terkira bangsa dan kaum serta agama yang dianuti mereka menjadi destinasi seterusnya oleh seorang jejaka berbadan tegap dan tinggi lampai dengan wajah tampan dan tidak mesra alam. "Tuan Muda nak terus ke penthouse atau rumah family?" soal seorang lagi lelaki berpakaian seakan bodyguard kepada lelaki tadi. Kerusi  kosong berdekatan dinding dihampiri dan duduknya dilabuhkan. Kaki disilang gaya bossy dan rambut yang terjuntai di dahi dikuak ke belakang. Dapat dilihat ada setitik dua titisan peluh yang meleleh di tepi dahinya menandakan bahawa dia sedang panas. Kenapa Malaysia terlalu panas sedangkan negara lain tidak sepanas Malaysia? "Terus ke penthouse" bodyguardnya di sebelah mengangguk akur lalu berdiri tegak di sebelah tuannya. Anak matanya tajam memerhati di sebalik kaca mata hitam yang terletak elok di wajahnya. Malas nak dedahkan mata cantik dia dekat khalayak umum sebabtu dia biasanya akan pakai kaca mata hitam. Bukan saja-saja tetapi dia mempunyai asbabnya yang tersendiri. Yang hanya dia sahaja yang mengerti. Jam tangan ditilik sekilas sebelum isi pipinya digigit lembut. "Why Alex always be like this? I hate late people" gumamnya perlahan tetapi tetap dapat didengari oleh lelaki di sebelahnya. "Adam,make sure untuk pastikan setiap driver yang kau cari jangan lambat macam ni sekali. Aku tak suka"

"Baik Tuan"

Mereka berdua terus-terusan memerhati sambil menunggu jejaka bernama Alex untuk memunculkan diri. Terasa seakan lama terus sahaja lelaki yang bergelar Tuan Muda itu bangkit sambil berpeluk tubuh. Sedikit pun dia tidak mengeluh kerana baginya keluhan itu hanya akan membuatkan rezeki kekayaannya ditarik sedikit demi sedikit oleh Tuhan. "Adam can you call Al -" belum sempat dia menyambung kata terus sahaja kata-katanya dipintas laju oleh seseorang. Kelihatan Alex sedang tersengih kekok dengan leher yang diusap perlahan. Melihat wajah lelaki di depannya tidak beriak membuatkan dirinya dilanda gusar. "Maaf wei jalan jammed siak. Aku berani sumpah duh jalan jammed" dengan selamba leher lelaki bermuka beku itu dipaut dan badan mereka bercantum rapat. Lelaki bermuka beku itu hanya mampu memutarkan matanya tanda menyampah tetapi pelukkan si sahabat tetap dibalas. "I miss you so fucking much Ad. Lama sangat kau dekat sana sampai hati kau lupakan aku" lirih Alex bersuara membuatkan Adham berdecit halus. Pelukkan dirungkaikan dan bahu Alex dicengkam lembut. "Now bawak aku balik nanti aku cerita kenapa aku balik lambat. Okay ?" Wajah dipalingkan memandang Alex yang tadinya muram kini bertukar ceria. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan tanda memujuk. Alex memandang wajah Adam yang tidak beriak. 'Memang semua bodyguard jantan ni muka batu ke apa?' bisiknya dalam hati. "Oklah jom gerak!  Dah lama tak borak dengan kau bro hmm" leher Adham kembali dipaut dan mereka berjalan keluar dari lapangan terbang menuju ke kawasan parking bersama Adam yang menarik luggage milik tuannya.

Tali pinggang ditarik rapat dan dikunci. Duduknya dibetulkan agar selesa. Adam berada di belakang statik merenung ke luar tingkap. Alex menoleh memandang Adham yang kekal berdiam diri. Jarang kawan dia berperangai macam ni rupa. Ada masalah ke? "Kau kenapa? Ok ke tak?" Adham menoleh sekilas ke arah Alex sebelum mengalihkan semula pandangan memandang ke hadapan. Soalan Alex serba-sedikit membuatkan dirinya tersentak namun dia sembunyikan rasa itu dengan sebaiknya. Tidak mahu Alex mengetahui masalah yang sedang dia hadapi. Baginya biarlah masalah itu dia sahaja yang rasai dan bukan kawan-kawannya. "Aku ok. Kau tunggu apa lagi? Gerak lah" ujarnya mendatar membuatkan Alex memuncung panjang. "Yelah nak gerak lah ni dasar singa" omel Alex perlahan tetapi tetap sahaja didengari oleh Adham. Adham menarik senyum sinis sebelum senyuman itu dimatikan. Wajahnya dikekalkan tidak beriak. Adam di belakang hanya mampu berdiam diri melihat tuannya yang seakan sedang dilanda 1001 perasaan. Peristiwa di Amerika jelas meninggalkan kesan buat tuannya. Lelaki muda itu jelas kecewa kerana si dia. Tidak sangka cinta yang disemai dibuat seakan mainan dan dianggap kosong seakan tiada nilai oleh si gadis. 'Semoga Tuan Muda tabah' dalam diam dia berdoa. Berdoa agar Tuan Mudanya dapat menguatkan semula tembok perasaan yang telah runtuh sewaktu di negara barat itu.

"Kau tahu...diaorang semua rindu kau. Especially your fucking beloved one" suara Alex memecahkan keheningan sunyi yang melanda kereta lelaki itu. Adham menarik nafas panjang dan dihembus semula sebelum belakang kepalanya digerakkan untuk bersentuhan dengan alas kepala kerusi mewah kereta Alex. "So?" Alex mencebik. Punyalah panjang dia susun ayat lastly dapat so je? "Really Ad? Only 'so' je kau balas? You're so bored man!  Cannot brain macam mana aku boleh tersangkut jadi kawan kau siak" stereng dipusingkan ke kanan dan mereka mula memasuki satu lorong kecil yang muat hanya untuk sebuah kereta melaluinya. Adham berdecit. Jelas dia tidak suka memanjangkan perbualan waima dengan kawan baiknya sendiri. "Dahtu kau expect aku nak cakap apa? You want me to say that I'm glad they miss me or what? It fucking damn cliche lah" Alex tersengih kecil. Sudah diagak jawapan balas ni yang dia akan dapat. Adham terlalu allergic dengan perkara-perkara yang ada unsur cliche dan dia sendiri tak mampu rasanya nak hidup dalam dunia Adham yang penuh dengan kebosanan. "Kau...tak rindu dia?" penuh berhati-hati dia menyusun ayat. Bimbang tersalah cakap habis terbakar kereta ni nanti. Lama Adham mendiamkan diri manakala Alex statik menunggu jawapan si rakan. Jari-jemarinya mengetuk perlahan stereng kereta untuk menghilangkan bosan. "Of course I miss her. So damn bad" terangkat kening Alex mendengarnya. Kata rindu tapi kenapa nada suara macam tak rindu? Datar semacam. Dasar hitler! Kereta akhirnya berhenti tepat-tepat di dalam garaj mewah penthouse milik Adham. Lelaki itu dengan tenang membuka lock tali pinggang dan bergerak keluar dengan lenggang memasuki rumahnya. Alex turut melakukan perkara yang sama dan Adam yang baru hendak membuka bonet kereta ditegur. "Wei dam haji" Bebola mata diputarkan tanda menyampah dengan nama panggilan yang Alex berikan. "Hmm" Alex mengangkat kening. Ni dah kenapa nak moody? Piyed? Badan disandarkan di tepi kereta sambil mata tunak memerhati Adam yang leka mengeluarkan bagasi milik Adham. "Jantan tadi tu...pasaipa? Awat monyok semacam ha?" Adam statik berdiam diri dan tangannya ligat menaikkan pemegang luggage untuk diseret masuk ke rumah. Alex yang mulai bengang terus mendepakan lengannya untuk menghalang Adam dari melarikan diri untuk menjawab persoalannya. "Answer me boy ! What's happen to him? What's happen to my freaking friend ?!" tegas Alex bersuara membuatkan Adam menelan liur. Alex luaran je nampak macam happy go lucky tapi kalau serius mengalahkan singa betul. "Dia...tertekan" ringkas dan padat cukup membuatkan Alex terpana. Lengannya dijatuhkan dan wajah dibuat tidak percaya. "Tertekan? Is this a joke? If this is a joke then it's not funny fucker" sinis Alex membuatkan Adam terkelu lidah. Pemegang luggage digenggam kemas untuk menghilangkan debaran yang semakin mengasak dadanya. Soalan demi soalan yang Alex utarakan jelas membuatkan dirinya sedikit cemas. Takut sekiranya rahsia tuan mudanya terbongkar dan pastinya nyawanya sendiri pasti melayang jika rahsia lelaki itu terbongkar. "Betul lah dia tertekan. Kerja dekat sana melambak sampaikan dia sendiri demam sampai empat hari" tenang Adam bersuara. Kakinya diorak untuk melangkah masuk ke rumah.

.........................................................................................................
Part 2 is done ✅ 😛. Jgn lupa follow i, vote, comment. Tq guys. Yg baca story i ni, emmm tq🥳

Li'anWhere stories live. Discover now