"Mommy ! Vira dah balik ! Mommy? Yuhuuu mommyyyyyyy dah mana pergi mak aku ni?"
Airin terjengah-jengah mencari kelibat Puan Sri Aiyenah yang tak muncul-muncul sedari tadi. Rasanya mak dia jarang menghaibkan diri. Kenapa harini tetiba rajin nak ghaib ni? Beg tangan jenama Gucci diletakkan penuh berhati-hati di atas almari kecil berdekatan dapur. Kakinya diorak menuju ke satu laluan kecil yang khusus untuk ke taman belakang rumah. Dari muka pintu yang memisahkan halaman dalam rumah dengan luar rumah sudah kedengaran gelak tawa Puan Sri Aiyenah bersama dengan pembantu rumah mereka,Cik Kiah pujaan muhyidin. "Mommy? What are you doing here? I mean both of you? " punggung dilabuhkan bersebelahan sang ibu tersayang. Cik Kiah tersenyum manis kepada Airin dan dibalas oleh gadis ceria itu. Puan Sri Aiyenah mengusap lembut rambut anak gadisnya. "Takde buat apa pun sayang...saja berbual kan Kiah kan?""Betul tu Puan Sri" Airin hanya membuat mulut 'O' tanda faham akan apa yang dikatakan oleh mak dan pembantu rumahnya. "Sayang dah jumpa Rai? Mommy dengar dia dah balik" Automatik kepala Airin ternaik. Matanya membulat besar dan dahi ditepuk kuat. Cik Kiah sudah menggeleng kepala. Faham sangat dengan sisi pelupa anak majikannya itu. Puan Sri Aiyenah sudah tergelak kecil. Nampak comel pula anak gadisnya berbuat demikian. Bahu anak gadisnya ditepuk perlahan. "Lupa eh sayang? Pergilah call Rai. Mommy rasa dia dah sampai rumah dah" Airin tersengih. Tangan diangkat tabik kepada sang ibu. "Aip aip capten! Izinkan saya gerak dahulu untuk bercalling-calling bersama dengan sang pujaan hati" Lantas Airin bangun dari duduk dan mencium tangan Puan Sri Aiyenah dan Cik Kiah sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Puan Sri Aiyenah hanya tersenyum sahaja sebelum memandang semula ke arah Cik Kiah. "Awak rasa dia dengan Rai macam mana?" Cik Kiah mengalihkan pandangan memandang majikannya. "Saya rasa anak Puan Sri memang sesuai dengan Tuan Muda Rai. Lagipun saya memang tabik betul dengan Airin sebab berjaya pikat hati Tuan Muda Rai" berkerut kening Puan Sri Aiyenah mendengar kata-kata pembantunya. Cawan yang berisi teh diangkat dan disisip perlahan. "Maksud awak?"
"Maksud saya,saya tabik dengan Cik Muda Airin sebab berjaya pikat Tuan Muda Rai yang beku mengalahkan ais ketul. Ingat lagi masa saya jumpa dia,hmm dingin dia mengalahkan ayahanda dia! Kalau Puan Sri nak tahu,kalau dalam satu tempat tu ada ramai perempuan muda dia takkan layan walau seorang pun. Yang dia akan layan hanya orang yang tua-tua maksudnya yang berumur macam saya dan Puan Sri" Kepala Puan Sri Aiyenah terangguk-angguk memahami kata-kata Cik Kiah. Cawan teh yang dipegang diletak semula ke atas meja. Pandangan dialihkan memandang pokok-pokok bunganya yang memekar cantik.
"Saya...harap hubungan mereka berkekalan. Kalau boleh biarlah sampai saya tutup mata nanti"
"Amin Puan. Saya pun harap macam tu juga
YOU ARE READING
Li'an
General FictionThis is my first story. I got this story from my friend name Lia. Enjoy🙂. Jgn lupa vote and comment okay? If korang suka i akan cuba tulis banyak lagi story and part. Jgn lupa follow i jugak tq♥︎