Part 12

5 1 1
                                    

"FUH aku rasa sejuk pula tetiba wuish" Tangannya naik mengusap kedua belah lengannya yang tidak terselindung dari sebarang kain. Almaklumlah dia pakai baju T-shirt lengan pendek. Wazriey yang sedang duduk di tangga masjid sambil mengikat tali kasutnya berkerut dahi. Matanya sesekali mengerling ke arah Falqin yang sedikit menggigil. Sejuk sangat ke jantan tu? Dia rasa panas je. Sejuk celah mana ni? "Kau dah kenapa? Terketar-ketar macam Malaysia tengah salji. Buang tebiat ke bang?" Falqin berdecit. Anak matanya bergerak laju menjeling Wazriey yang tersenyum sinis ke arahnya sambil ligat mengikat tali kasutnya. "Kau diam tolol!  Kau tak tahu aku separuh mati kesejukkan! Tahu mencelah je menanya nya tidak!" Ayyin dan Khaidan yang sedang berbual tentang sesuatu perkara memandang ke arah Wazriey dan Falqin yang bertekak mulut. Keluhan berat dilepaskan tatkala dua ekor monyet itu tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berdamai.

"Sudahlah setan! Kau nak Ad langsi kau guna   paip ke babi?!" celah Ayyin mendatar. Wajahnya tegang membuatkan Wazriey dan Falqin terkelu lidah. Masing-masing menjeling sesama mereka kemudian bergerak menuju ke kereta masing-masing. Langsung tak bertegur sapa dah! Menonong je kerjanya.

Khaidan berdecit melihat Falqin yang duduk di kerusi penumpang myvi yang mereka naiki sedang menunjukkan middle finger kepada Wazriey yang berada di kerusi pemandu Porsche milik lelaki itu sendiri. "Budak baru nak up betul lah dorang ni" dahi diurut perlahan. Pening dengan Wazriey dan Falqin yang sering bergaduh tatkala berjumpa! "Memang pun. Itu bagus kalau tetak je kepala dorang kasi tegak. Senget memanjang memang mintak kaki nyah" tergeleng kepala Ayyin dan Khaidan apabila Falqin dan Wazriey masih berbalas buto sesama mereka. Tak cukup jari tangan dengan jari kaki sekali maju.

Lu apa tau?

"Mam,Maafkan kawan-kawan saya tadi kalau perangai dorang buat Mam pening atau tersinggung" tutur Adham datar. Wajahnya juga dibuat tidak berperasaan. Lengan baju panjangnya yang dijatuhkan kembali disengseng. Imam Aziz menggeleng seraya tersenyum. "Tak apa Adham. Saya faham lagipun saya kenal kamu dengan kawan kamu dah lama. Sekali dengan parents kamu saya dah kenal" Adham hanya mengangguk tanpa membalas. Matanya leka memandang kelibat Ayyin dan Khaidan yang sedang berbual dengan serius. Macam tegang.

Berbual pasal apa agaknya ye?

Kahwin ke?

"Ha ni Adham saya nak tanya sikit" suara Imam Aziz berjaya menyentakkan Adham yang leka memerhati kawan-kawannya di luar masjid. Kepala ditoleh memandang Imam Aziz yang leka mengeluarkan sesuatu dari poket baju melayunya. "Ye Mam ?" pelik apabila Imam Aziz menghulurkan dia seutas rantai dengan bertatahkan berlian berwarna  merah darah kepadanya. "Rantai apa ni Mam? Setahu saya,saya tak pakai benda-benda macam ni" berkerut dahinya apabila Imam Aziz seakan menahan tawa dari terletus. "Ambiklah Adham...rantai ni peninggalan dari arwah nenek kamu. Ingat lagi tak Nek Mah?" teragak-agak Adham mengangguk dengan matanya masih memerhati rantai yang berada di tapak tangan Imam Aziz. "I-ingat tapi dia tak bagitahu saya pun pasal ni?" Imam Aziz hanya tersenyum.

Li'anWhere stories live. Discover now