Part 13

5 1 0
                                    

Tangan kirinya mencapai tangan Adham lalu rantai tadi dimasukkan dalam genggaman tangan Adham. "Ingat Adham...simpan benda ni jangan sampai hilang. Nenek kamu terlalu sayangkan rantai ni dan dia harapkan kamu sorang je untuk jaga rantai ni macam mana dia jaga dan sayangkan rantai ni" teragak-agak Adham mahu mengangguk. Rantai di tangannya ditilik sekali lagi. Batu berlian berwarna merah darah itu dipegang dan dibelek. Warnanya cantik dan agak menarik perhatian sampaikan dia yang lelaki pun terkesima dan terpaku. "Bila dia ada rantai ni ye Mam? Kenapa saya tak perasan pun selama ni?" Ujarnya perlahan. Tangannya masih gatal membelek batu permata yang membuatkan dia tertarik. Tertarik untuk mengetahui batu permata itu punya sejarah. Mustahil neneknya menyimpan rantai yang tiada sejarah di sebaliknya. Imam Aziz hanya memandang perlakuan Adham yang leka membelek batu permata unik rantai itu. Tak dinafikan dia juga agak tertarik dengan batu permata itu seakan batu permata itu mempunyai auranya yang tersendiri.

"Nenek kamu tak pakai rantai ni" kepala Adham terangkat memandang wajah Imam Aziz. "Maksud Mam? Rantai ni sekadar dia simpan je?" Melihat anggukan Imam Aziz fahamlah dia kenapa neneknya tidak memakai rantai itu. Mungkin terlalu sayang atau ada kisah di sebaliknya yang membuatkan neneknya tidak mahu memakai rantai itu. "Nanti kamu akan tahu kenapa nenek kamu taknak pakai rantai ni. Kamu tinggal -"

"Maaf Imam,tapi boleh tak saya nak ambik kawan saya? Kami ada hal nak kena buat hehe" serba-salah Ayyin jadinya apabila terpaksa memotong perbualan Imam Aziz dengan Adham. Rasa macam baru lepas bunuh orang tak bersalah pula eh? Imam Aziz menggeleng tanda tidak mengapa. Bahu Ashamed ditepuk perlahan beberapa kali. "Ingat ye Adham. Jaga rantai tu elok-elok" Adham mengangguk lalu memasukkan rantai tadi di dalam poket seluarnya. Tangan kanan dihulur untuk bersalaman dengan Imam Aziz. "Saya pergi dulu Mam. Terima kasih sambut kami dalam masjid ni,Mam"

"Takpe Adham. Benda biasa...ni hati-hati dalam perjalanan. Kamu pun sama Ayyin" Ayyin tersengih lantas bersalaman dengan Imam Aziz sebelum mengikut langkah Adham memasuki kereta. "Imam cakap pasal apa? Rantai?" Adham tidak membalas. Dia menarik tali pinggang keledar lalu dikunci dan kakinya menekan pedal minyak terus keluar dari perkarangan masjid. Ayyin di sebelah memuncung. Orang tanya bukan nak jawab!  Dasar kaki palau. "Dah roger budak-budak ni ke kita nak gerak sana?" Ayyin hanya mengangguk tanpa bersuara. Phone yang bergetar di dalam poket dikeluarkan. "Hello, ha kau nak apa?" kasar dia balas sebab yang call tu Wazriey lepastu lelaki tu boleh gelak-gelak macam pontianak. Annoying betul!  "Nak hati kau boleh dak? HAHAHA" Ayyin turut tergelak tetapi gelak palsu. Jelas wajahnya beku ketika dia TERGELAK tadi. Adham di sebelah hanya menjadi pendengar. Tiada niat untuk menyampuk langsung. "Aku serious anjenk. Kau nak apa? Macam dekat sana tak boleh nak cakap pula"

"Memang dekat sana tak boleh nak cakap sebabtu aku cakap dekat sini bangang!" Ayyin menggulingkan bebola matanya. Sesuka hati mak nenek cucu cicit dia je gelarkan orang bangang. "Shoot then syall. Lu manyak buang masa wa tahu? Cepat sikit cakap kasi ringkas itu cerita" Wazriey di talian terdiam sekejap untuk beberapa saat sebelum membuka mulut. "Kilang aku dekat utara Arab terbakar" mata Ayyin terbuntang luas sebelum wajahnya dipaling menghadap Adham yang tekun memandu kereta. Lelaki itu fokus memandang ke hadapan dengan tangan di stereng. "Kau biar betul hanat ? Dahtu kau nak buat apa ni? Gerak sana?" Wazriey mengeluh kuat. Dia yang sedang duduk di tempat penumpang sebelah driver menghentak perlahan belakang kepalanya pada penyandar kepala kerusi. "Rasanya aku terus gerak airport kot. Aku suruh Alex hantarkan aku kejap lepastu nanti dia pecutlah pergi sana"

"Dahtu baju kau? Takkan pergi sana sehelai sepinggang je woi" tak percaya betul Ayyin dengan Wazriey ni. Dahlah lelaki tu tak bawak beg baju atau segala jadah dia nanti lepastu nak terus ke airport? Hatok dia ajar!  "Apa susah aku beli kat sana je nanti. Apa kau ingat aku sengkek macam kau ke still guna top up sampai sekarang?" bengang betul Ayyin jadinya bila gelak Wazriey bergabung dengan gelak Alex. Jantan sekor ni memanglah.

"Minta kena langsi ke sial?" penuh lembut dia menyoal siap dengan senyuman palsu lagi diukirkan walaupun dia tahu Wazriey tak nampak yang dia tengah tersenyum palsu so what? "Kenapa?" Wazriey yang mendengar suara Adham menyampuk di talian terdiam sekejap. Rahangnya diusap perlahan dengan mata terpejam. Habislah...sudahlah dia plan nak cabut pergi Arab tanpa bagitahu Adham.  Last-last laki tu pula menanya. "Tak ni ha Waz kata dia kena gerak Arab" Ayyin menjauhkan phonenya dari telinga dan menutup bahagian skrin sambil menceritakan semua perkara yang Wazriey bagitahunya awal tadi tanpa tertinggal walau satu pun butiran. Wazriey menggigit hujung jari telunjuknya. Kakinya dinaikkan dan dilipat lalu direhatkan di dash board kereta Alex. Mujur tu takde yassin sebab Alex bukan beragama Islam. Kalau kereta Adham dia buat macam tu memang auto kena tendang awal-awal. "Bila nak gerak ?" datar Adham membalas. Tangannya ligat memutarkan stereng ke kiri. "Kejap aku tanya Waz"

"Ayyin speaker" Wazriey berkata perlahan. Entah kenapa dia takut pula untuk mendengar apa yang Adham mahu katakan. Walaupun mereka berlima kawan baik namun Adham sahaja yang mempunyai aura seram yang mampu membuatkan mereka semua terketar lutut. "Bro...aku - aku ada hal dekat Arab. Terpaksa missed plan kalini" perlahan Wazriey bertanya risau jika ayatnya tiba-tiba mampu menaikkan radang bahang Adham. Alex di sebelah tersengih kecil. 'Takut sangat dengan singa tu hik hik'

Cakap orang dia pun dua kali lima lmao.

"Reason?" datar Adham bersuara. Wajahnya kekal memandang hadapan manakala Ayyin hanya redha menjadi pengantara dua ketul manusia itu. "My weapons factory terbakar. So I need to go there asap at least. Kalau kau kasi lepas,aku suruh Alex lencong airport sekejap"

"Kalau tak?" sengaja Adham mahu menduga kawannya yang satu itu. Apa dia kejam sangat ke sampai tak benarkan kawan dia buat kerja sendiri ? Wazriey sudah menggaru belakang kepalanya. Dah maksudnya tak dapat pergi lah ni? Alex di sebelah turut mengerling muka cemas Wazriey sekali dua kali. Nampak sangat jantan tu mati kata. "Er kalau tak boleh takpelah..." perlahan suaranya meleret seakan berjauh hati. Adham tergelak sinis. Jari-jemarinya mengetuk perlahan stereng kereta mewahnya. "Pergilah. Hati-hati...make sure kau pergi hidup-hidup so balik pun hidup-hidup"

"YES!  THANKS BRO!" Ayyin tersengih kecil tatkala suara ceria Wazriey memenuhi ruangan kereta Adham.  Eksaited bebenau budak tu dapat tengok kilang dia yang dah hangus. Agaknya sampai Arab jumpa debu je nanti hik hik. Speaker dimatikan lalu skrin telephonenya dilekapkan pada telinga. Mereka berdua kembali berbual seperti biasa manakala Adham mengigit bibir bawahnya.

'Something wrong somewhere but what is it?'

Dari side mirror kanannya dapat dia lihat kereta Alex memberi signal belok ke kanan untuk pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Senyuman kecil ditarik sebelum dimatikan secepat mungkin. Tidak percaya dirinya bahawa mereka berlima masih kekal bersama sehingga sekarang.

Dejavu!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 11, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Li'anWhere stories live. Discover now