"SIAPA yang nak azan sekarang ni?" soal Imam Aziz kepada mereka berlima. Masing-masing memandang sesama mereka. Adham hanya statik berpeluk tubuh dan memuncungkan bibirnya kepada Wazriey. "Dia boleh Mam" Imam Aziz mengangguk kepala dan menarik lengan Wazriey untuk ke depan bagi melaungkan azan. Masing-masing sudah berdiri tegak dengan tangan di sisi dan berdiri di belakang Wazriey yang kelihatannya terpinga-pinga. Iman Aziz mengangkat kening apabila melihat Wazriey masih tidak melaungkan azan. Jam tangan ditilik lalu kepala digeleng perlahan. "Wazriey kamu tahu tak kamu kena buat apa sekarang ni?" soalnya lembut dengan riak tenang. Wazriey menggaru belakang cuping telinganya lalu menggeleng perlahan. "Saya tak tahu apa function saya diri sini Mam. Tetiba je kena tarik,tanjat boboi" sengih kekok ditarik dan Imam Aziz melepaskan nafas berat. "Kamu kena azan. Tahu tak macam mana nak azan?" Adham,Ayyin,Khaidan dan Falqin memandang sesama sendiri dengan muka merah padam menahan gelak. Wazriey mengerling kawan-kawannya di belakang dan menyumpah seranah dalam hati. "Saya tahu kejap ye Mam saya betulkan mic" mic di telinga yang dipasang oleh Imam Aziz dibetulkan agar tidak senget. Kedudukan kakinya juga dibetulkan dan kepala ditunduk sedikit untuk menarik nafas lalu dihembus. Kedua belah tangannya dikepal lalu dilepaskan dan digoyang perlahan. Dengan berdebar dia mengangkat kepala memandang ke hadapan dan tangan kanan dinaikkan lalu diletakkan di telinga kanannya. Imam Aziz bersedia di safnya begitu juga dengan yang lain. Dengan lafaz bismillah dalam hati Wazriey membuka mulut.
"Labbaik Allahumma labbaik
Labbaika la syarika laka labbaik -"PAK!
"ADUH SAKIT HANJENK!" Tergeleng kepala Imam Aziz kerana keyakinan Wazriey melaungkan 'azan' terlalu tinggi. Nasib baik mic tu belum ditekan butang 'on' .Adham menjeling Wazriey tajam. Jejaka itu mengangkat kening dengan kerutan di dahi kerana kepalanya yang sakit diketuk oleh Falqin. "Apa? Imam suruh saya azan kan tadi saya azanlah! Apa yang salah pulak?!" Bengang betul dia rasa. Beria dia keluarkan suara merdu dia akhir-akhir apa yang dia dapat hanyalah pukulan! "Wazriey...itu bukan azan -"
"ITU ORANG BUAT TIME NAK GI HAJI ! DASAR FUCEK!" Celah Ayyin pantas. Dia berpeluk tubuh dengan muka tegang. Malu pula rasanya ada kawan selembap Wazriey. Imam Aziz menghela nafas lalu memandang yang lain. Mic di tangan diangkat dan digoyangkan pada mereka yang lain selain Wazriey yang memuncung di hujung baris. "Siapa yang boleh azan selain Waz?" kening diangkat apabila tiada respon yang dia dapat dari anak muda di depannya. Adham berpura-pura zikir dengan mata terpejam,Ayyin tidak habis-habis berpura-pura batuk,Falqin pula acah-acah demam dan Khaidan memandang kosong ke arah Imam Aziz yang kebetulan memandang dirinya dari tadi. "Kamu Khai. Ke depan sini azankan" Khaidan dengan muka datar bergerak ke depan dan mengambil mic di tangan Imam Aziz dan memasangnya di telinga . Dengan penuh confident dia menarik nafas lalu dihembusnya perlahan. Falqin menyenggol perlahan bahu Ayyin di kirinya. "Psst Yin" bisiknya perlahan tetapi mata masih statik memerhati belakang Khaidan. "Apa?" balas Ayyin malas. Sudahlah dia penat berdiri lepastu Falqin pula ajak membawang. Stress bethol! "Yakin sangat hanat tu nak azan. Dahlah wudhu pun ambik sampai lima kali. Mampu ke dia nak azan?" Ayyin menjeling dengan ekor mata melihat wajah tertanya-tanya Falqin. Lengan baju kemejanya dibetulkan dan matanya melirik memandang Khaidan yang seakan sudah bersedia untuk melaungkan azan. "Hm baguslah dia yakin nak azan dari kau yakin sangat mengumpat dalam rumah Allah" bibirnya ditarik sinis tatkala wajah Falqin berubah riak.
"Allahu taala Allahu taala!"
"Sumpahlah memang bodohnya menunjuk betul"
"Harap je ada PhD. PhD cap taik ayam je aku nampak!"
"Hanjenk betul anjai ni. Aku nak sembahyang bongok bukan nak join sinetron!"
Imam Aziz menepuk dahi dengan muka pasrah. Ini memang betul-betul nampak dah gaya tak pernah sembahyang. Khaidan menoleh ke belakang dan sengihan kekok ditarik. Mic dibuka lalu dihulur kepada Imam Aziz. "Maaf Mam...saya tak tahu pula benda tu salah hehe" badan dibongkokkan sedikit lalu terus dia berdesup ke saf belakang dan berdiri di sebelah Wazriey. "Kesian betul kau ni. Terjemahan terus kau bagi" sindir Wazriey. Tangannya naik menepuk-nepuk belakang kepala Khaidan membuatkan Khaidan hanya mampu mengetap bibir tanda kegeraman. Sudahlah dia malu lepastu Wazriey buat perangai mintak kaki!
"Mam,biar saya jelah azan" terangkat kepala Imam Aziz tatkala Adham bersuara menawarkan diri. Matanya terbuntang luas kerana tidak percaya. Jarang betul Adham nak biar orang lain dengar suara dia pakai mic. "Kau biar betul Ad? Baru dapat hidayah ke apa?" was-was Falqin menyoal. Wajahnya juga berkerut tanda tidak percaya. Ayyin hanya memerhati tanpa bersuara.
Menunggu bila azan mahu dilaungkan. Ingat berdiri lama ni tak penat ke? Penat tahu!
"Saya boleh Mam. Saya bukan kurang cerdik macam dorang" senyuman nipis diukir lantas mic yang masih di tangan Imam Aziz diambil lalu dipasang pada telinga. Kedudukannya dibetulkan dan masing-masing mula tekun untuk memulakan solat.
"Bismillahirahmanirahim"
"ALLAHUAKHBAR ALLAHHHHHHHHHUAKHBAR"
YOU ARE READING
Li'an
General FictionThis is my first story. I got this story from my friend name Lia. Enjoy🙂. Jgn lupa vote and comment okay? If korang suka i akan cuba tulis banyak lagi story and part. Jgn lupa follow i jugak tq♥︎