"huarghh! lambatnya nak habis sekolah ni" ujar Muya sambil menguap.
"woi tutup la mulut tu!" tegur Felly
"tahnye masuk segala jin dalam mulut tu baru kau tau" celah Ayinn pula
Muya merenung kedua dua sepupunya itu silih berganti. ada sahaja komen masing masing. ish ! rungutnya dalam hati
"kalau dah habis sekolah nanti. kita tak lepak lah macam ni" kata Felly
"betul. mesti mama bising suruh kerja" rungut Ayinn
Helyn menggelengkan kepalanya mendengar celoteh sepupunya itu. dia menyedut minumannya. mereka kini berada di belakang bangunan sekolah
bertempat hujung nun jauh di block asrama. jarang ada pelajar nak datang kesini kerana pernah ada kes histeria berlaku disini. banyak pelajar yang takut
tapi tidak bagi mereka.
"weh Felly"
"kau buli si Faiq tu kan tadi?" soal Muya.
Felly angguk. dia tersengih kecil. saja dia cari pasal dengan jejaka itu. hobinya. Helen sekali lagi menggeleng kepala
"kau tak takut ke dia balas balik"
Felly geleng kepalanya menidakkan soalan Muya itu. dia tak kisah. dia boleh balas balik ! Faiq tu je kot. petik jari
"kalau dia berani buat apa apa. tahulah nasibnye" akhirnya Helyn bersuara
"hahahaha! giteww" tawa mereka semua. Helyn tersengih sahaja
Ayinn menilik jam tangannya.
"weh dah waktu rehat jom la makan"
"aku lapar gila ni" katanya
mereka terus beredar pergi ke kantin. banyak mata memandang mereka berempat. hairan juga
bagaimana pelajar begini dapat masuk ke sekolah berprestasi tinggi ini.
"ape tengok tengok!" jerkah Helyn
pelajar yang berkerumun disitu mengalih pandangan mereka ke arah lain. ada yang beri laluan kepada mereka
"macam tak pernah tengok orang!" sindir Ayinn pula dengan lagaknya
siapa sahaja tak tahu mulut panas si Ayinn. menyindir tak sudah. itulah yang keluar saja dari mulut gadis itu
"blah la!" marah Helyn pula sambil menolak seorang pelajar lelaki ke tepi supaya memberi laluan padanya
banyak mata memandang mereka.
Muya memandang beberapa orang gadis yang berkumpulan turut memerhati mereka pandangan jijik !
dengan mimik wajah mereka. bibir bergerak menyumpah seranah RoyalGirlz tanpa mereka dengari
Muya membisikkannya pada Felly. keduanya tersenyum penuh makna
Helyn menghulur secawan milo yang dibelinya pada Felly.
"jom lah lepak belakang kantin" ajak Muya
mereka beredar menghampiri sekumpulan gadis tadi. langsung tidak dipandangnya walau sekilas.
"berlagak macam anak menteri"
"tu lah kan"
"asal lah dorang ni tak kena buang je"
suara suara langau menghinggap di telinga mereka berempat. Helyn dan Ayinn hanya buat tak endah sahaja. mereka tahu apa yang Muya dan Felly rancangkan