20 : RoyalGirlz

382 28 1
                                    

helyn ulang alik dihadapan pintu wad kecemasan yang menempatkan ayinn didalamnya. kesemua ahli keluarga berkumpul disini dengan penuh kerisauan dan tangisan mereka

"ini semua salah awak!" marah tengku aini. tubuh tengku ruslan ditolaknya berkali kali

tengku faqira menahan tindakan tengku aini. tindakan itu membuatkan yang lain turut membantu

"semua salah awak!"

"awak punca airene macam ni!" jerkah tengku aini. hampir kesemua yang berada disini tidak percaya dengan kemarahan yang dihamburkan wanita itu terhadap suaminya itu

tengku ruslan juga terkejut dengan kemarahan isterinya. semua pun tahu tengku aini seorang yang lemah lembut dan pendiam. tak mudah untuk melihat wanita itu beremosi sedih atau marah begini

"dia punca kak!"

"dia halau airene!" tangis tengku aini dalam pelukan tengku faqira

"sabar ani.. semuanya ada hikmah" pujuk tengku raziqah pula

helyn dan sepupunya yang lain hanya diam membisu. suasana genting begini tak dapat membantunya berfikir waras. sebaiknya mereka diamkan saja

"ape kau dah buat ni ruslan. kalau ye pun kau marahkan airene janganlah sampai halau dia macamtu sekali!"

marah tengku rita pula sambil tangannya menolak bahu adiknya itu.

"rita jangan macam ni. malu lah orang semua tengok ni" pujuk suaminya pula, tengku azhari

seorang dokter lelaki keluar dari bilik wad kecemasan. semua menyerbu ke arahnya.

"macam mana dengan sepupu saya dokter" soal helyn.

"saya minta maaf tengku, saya harap semua bersabar dan tetap tabah" kata kata dokter itu semakin melemahkan tengku aini

"eh ani!" tengku faqira menahan wanita itu daripada rebah

"tengku airene dalam keadaan kritikal sekarang. hanya seorang saja dibenarkan melawatnya"

"tulang rusuk dia sedikit retak tapi tak menjejaskan apa apa yang teruk disitu. cumanya kami sangat risaukan gegaran yang terhentak dikepalanya"

"kami hanya dapat beri pandangan saja. ada dua kemungkinan yang kami dapat berikan"

felly terduduk di lantai. pantas saja asyraf menahan gadis itu. tangis felly tak dapat tertahan lagi. farina memeluk felly. belakang tubuh kakaknya diusap perlahan memberi semangat

"kemungkinan besar tengku airene akan mengalami amnesia dimana dia tak dapat ingat apa apa termasuk dirinya sendiri"

"kemungkinan juga tengku airene tak dapat diselamatkan kerana hentakkan di kepala sangatlah berbahaya. keadaannya 50, 50"

helyn memejam matanya. tak mampu didengarnya lagi.

"semua keputusan kita perlu tunggu tengku airene sedar dari komanya terlebih dahulu"

keterangan dokter lelaki itu membuatkan semua yang ada terkedu dan terkilan dengan penerangan itu. arsel terduduk dilantai. airmatanya tak dapat dibendung lagi. rayyan memapah gadis itu duduk dikerusi.

"arsel kena kuat, jangan lemah macam ni. kak airene mesti selamat" bisik rayyan

"kalau bukan sebab arsel ajak abang ariel pergi taman dulu"

"kak airene takkan hadapi semua ni. abang ariel takkan hilang! papa takkan marah atau halau kak airene!"

suara arsel meninggi menyalahkan dirinya sendiri. tangisnya dihambur semahunya dibahu rayyan

RoyalGirlz [ C ] ✔Where stories live. Discover now