14 : RoyalGirlz

401 33 0
                                    

helyn melangkah keluar dari rumahnya. sandle hitam miliknya dicapai dan disarung. pintu rumah dikunci rapi. baru sahaja mahu melangkah mendekati pagar rumahnya

sebuah kereta tiba dihadapan rumahnya. helyn mengerutkan dahinya. siapa pulak ni? soal hatinya. setahunya dia tak menyuruh mana mana pengawal peribadi mengambilnya hari ini

seorang jejaka keluar dari perut kereta mewah itu. helyn mengukir senyum nipis

"kau buat ape kat sini" soal helyn

"amik kau lah"

"kau tahu ke rumah aku kat mana" soal zafwin pula membalas soalan helyn

helyn menjelingnya. geram betul !

"kau yang suruh datang kan"

"lain kali send je location kat aku. bodyguard aku ada" dalih helyn

"aku mana ada nombor kau" balas zafwin pula. helyn menjelingnya lantas melangkah masuk kedalam perut kereta

zafwin tersenyum kemenangan

keretanya dipandu meluncur dijalan raya. suasana sunyi melanda. zafwin mencuri curi pandang gadis disebelahnya. helyn hanya diam dan memandang keluar tingkap sahaja

tibanya helyn dihadapan sebuah rumah teres dua tingkat yang dicat dengan warna soft grey.

"dah sampai.. jom" ajak zafwin

helyn hanya menurut. tubuhnya keluar dari perut kereta.

"asalamualaikum" sapa zafwin. daun pintu dibuka oleh seseorang dari dalam. helyn melihat seorang gadis mirip sekali dengan zafwin, adiknya?

"waalaikumussalam"

"ha sampai pun" katanya. dia menghulurkan tangan kepada helyn.

salamnya disambut lembut oleh helyn. kecil saja gadis dihadapannya itu. zafwin mengukir senyum memandang adiknya

"kak helena kan?"

"nama saya zandra. adik pakcik sebelah akak ni" kata zandra dengan selambanya

helyn tergelak kecil dengan telatah adik kepada jejaka itu. zafwin menjegil mata memandang adiknya. zandra selamba menarik helyn masuk kedalam rumah

"akak dah lama ke kenal abang?" soal zandra memulakan perbualan.

sedangkan dia tahu cerita sebenar dari zafwin mengenai helyn dan rakan rakannya disekolah.

"lah dah sampai rupanya patutlah riuh dari atas dengarnye" helyn mendekati wanita yang turut menghampirinya

salam dihulurnya. senyum dibibir terukir manis dan ikhlas.

"helena kan?"

belum sempat helyn mahu berkata apa apa. wanita itu sudah menyapanya terlebih dahulu. kepala diangguk saja

"jangan segan seganlah ye"

"duduklah" helyn melangkah duduk disofa yang tersedia

zafwin duduk disebelah uminya.

"makcik banyak dengar pasal helena dari zafwin"

"maaflah kami serba sederhana je kat sini, harap helena selesa lah ye" kata umi dengan lembutnya

helyn menggeleng kepalanya. dia faham maksud wanita berwajah manis itu

"saya okay je makcik" balasnya

"nama penuh helena ape?" soal umi. zandra tiba dengan membawa dulang berisi air dan dihidang kepada helyn

"hana helena binti azhari"

RoyalGirlz [ C ] ✔Where stories live. Discover now