"kau perangkap aku!!!" jerkah wanita itu.
puan lia berdiri mahu mendekati felly tapi lengannya ditarik oleh seseorang dari belakang. dia menoleh"lepaslah!" marahnya. tengku faqira menarik kuat hingga wanita itu tersandar pada dinding.
"guard!" panggil tengku faqira. beberapa orang pengawal memegang tubuh puan lia daripada terus meronta
"lepaslah!!"
"fiq please i taknak masuk penjara rafiq!!"
"please!" rayunya pada tengku rafiq pula.
felly tersenyum sinis melihatnyapaparan beberapa video cctv membuatkan puan lia tercengang dan membisu.
"semua bukti ni dirakam sejak tahun kejadian lagi, 2016 untill now"
"semua kesalahan kau akan didedahkan. bukti dah diserahkan ke pihak mahkamah dan polis"
"kau takkan terlepas!" kata helyn
"heret dia ke bawah. pihak polis dah tunggu kat bawah" kata muya pula.
"no!! mummy!!" jerit riena
"papa please jangan buat macamni dekat kitorang!" kata huzair pula
ketiga tiga mereka diheret keluar dari bilik mesyuarat ini. tengku rafiq mengurut kepalanya. semua ini silapnya!
"aku minta maaf sangat sangat pada semua. hal ni betul betul memalukan diri aku sendiri"
"daddy.. fiq minta maaf fiq tak nampak semua ni. fiq punca keluarga ni pecah belah" perlahan suara tengku rafiq berbicarakan kesalahannya
"qira.."
tengku faqira sejak tadi merenung suaminya itu. keliatan benar benar kesal dengan kejadian yang menimpa mereka selama 10 tahun ini.
"abang minta maaf.. tak ada benda lain abang boleh cakap sekarang" tangis lelakinya kedengaran
"qira tak salahkan abang. semua ni dah dirancang 10 tahun yang lepas. mungkin ini semua dugaan Allah pada kita semua" balas tengku faqira dengan lembutnya
tengku rafiq meraih dan mencium tangan isterinya. air mata lelakinya tak dapat dibendung lagi.
"angah tak perlu salahkan diri sendiri. semua ni terjadi bersebab" kata semangat dari tengku raziqah, adik bongsunya
"kami pun dah maafkan semuanya fiq. kita mulakan perjalanan hidup yang baru lepasni ye" ucap tengku rita pula
tengku rafiq memandang felly dan anak anaknya yang lain. kerusi rodanya ditolak dengan tangannya sendiri menuju ke arah gadis itu.
"felisha" panggilnya
"papa minta maaf dengan fell dengan farina, furqan dan firdaus"
"papa gagal jaga korang" pintanya sayu
firdaus memeluk erat tubuh tengku rafiq. farina dan furqan hanya angguk dan senyum sahaja. lega rasanya masalah mereka sudah selesaisemua mata memandang felly.
"fell.. papa kan dah sedar silapnya. apa kata kali ni fell beralah?" soal firdaus lembut memujuk adiknya itu
"beralah? dengan orang macam ni ke?"
"bukan felisha lah namanya" balas gadis itu dengan kasarnya. tengku rafiq menunduk mengeluh, dia faham apa yang dirasakan gadis itu sangat perit
"felly.." panggil helyn perlahan
"aku kan bukan anak dia. aku selesaikan kes ni pun just for all my cousin, siblings and untuk mama bukan dia"