4 : RoyalGirlz

459 33 0
                                    

tengku razman melangkah masuk ke bilik mesyuarat. kelihatan semua guru sudah bersedia di tempat masing masing

"asalamualaikum semua"

"maaf lambat. ada masalah sikit tadi" ujar tengku razman pada mereka

mereka memulakan perbincangan dengan tekun dan serius. tengku razman memberi sepenuh perhatiannya pada mesyuarat kali ini kerana kebanyakkan hal melibatkan cucu cucunya

helyn yang sedang lena dibuai mimpi terasa terganggu dengan keadaan yang kalut disekitarnya. kepala diangkat dalam keadaan mamainya.

akhir akhir ini tubuhnya sentiasa lemah dan tak berdaya rasanya. masalah keluarga sentiasa serabutkan fikirannya. helyn lantas berdiri.

mata mencari suasana yang membingitkan telinganya. kerutan didahi terlukis bergaris.

"kau apahal!"

"kau la!"

"kau yang mula dulu la bodoh!"

suara suara yang sangat dikenalinya. helyn menggeleng kepalanya. lantas dia berdiri dan melangkah ke arah pintu belakang kelasnya. kacau betul aku nak tidur !

helyn melihat dua orang manusia yang sangat dikenalinya. mikael dan tania bergaduh?!

banyak pelajar yang bekerumun disitu melihat pergaduhan itu. kehadiran helyn tak disedari sesiapa.

ayinn, muya dan felly cuba meleraikan tania dan mikael daripada terus berperang tangan.

"dah lah tu mikael, tania!" marah felly

ayinn menarik tania ke belakang tapi gadis itu melawan. mikael hanya melihat tania dengan emosinya. dia tak pernah melihat tania begitu. gadis itu bukanlah seorang yang pemarah.

"kau yang mula dulu kan!"

"aku dah cakap aku taknak jangan di paksa boleh?!"

"tak faham bahasa ke sial!!" jerkah tania

mikael makin berang. helyn yang perasan genggaman buku lima jejaka itu makin erat. mikael merenung tania sedalamnya

buku limanya mahu dihayun ke wajah tania. helyn dengan pantasnya menolak semua pelajar yang penuh mengelilingi keadaan itu.

bukk!

tumbukan hebat helyn menghayun ke wajah mikael mengejutkan semua. tubuh jejaka itu ditolak sekuat hatinya hingga jatuh tersungkur di lantai koridor

"apa tengok tengok!" jerkah muya pada semua pelajar.

mereka kelam kabut melangkah masuk kedalam kelas. tania masih terkejut dengan tindakan helyn

mikael memegang wajahnya yang ditumbuk oleh helyn. terasa sakit rahangnya. 'kuat juga pompuan ni' bisik hatinya. kerutan didahi terlukis

"sebelum kau nak pukul dia!"

"kau perlu berdepan dengan aku!" kata helyn tegas pada mikael

kolar baju kemeja sekolah milik mikael ditariknya kuat. tak disangka tenaga helyn lebih kuat ketika marah.

padanlah kalau arissa dan rakan rakannya tak dapat melawan helyn.

felly, muya, tania dan ayinn cuba meleraikan pertelingkahan antara mikael dan helyn pula. tetapi gadis itu sedikit pun tak berganjak.

mikael terasa sesak nafasnya dengan tarikan kuat dari gadis itu

"helena!"

satu suara menjerit dari jauh. dengan langkah laju menghayun mendekati suasama genting itu

RoyalGirlz [ C ] ✔Where stories live. Discover now