"ha apa pulak korang buat kali ni?" soal ketua disiplin itu dengan tegas. ayinn dan muya hanya diam sahaja. mereka malas untuk mendengar kata kata dari guru itu
haziq memerhati muya sedang sambilewa mendengarnya. kepala digelengkan. begitu juga edric turut memerhatikan gerak geri ayinn
apa nak jadilah dorang ni. bisik hati zafwin.
"weh zaf aku ronda sekolah dulu ah mana tahu si helyn dengan felly tu pulak buat hal" kata asyraf
"ha yelah. ape ape nanti bagitahu je" balas zafwin pula. asyraf berlalu pergi dari bilik disiplin. tanpa disedari doa sedang diperhati oleh sepasang mata
gadis itu tersengih kecil dan terus berlalu pergi mengekori asyraf dari belakang.
zafwin, haziq dan edric dibenarkan untuk menguruskan hal yang dilakukan oleh RG oleh itu ayinn dan muya dibawa ke padang. apa lagi kalau bukan round satu padang ni kan?
"ziq, ed"
"korang settle budak dua orang ni. aku chawlu" kata zafwin. mereka berdua anggukan sahaja.
ayinn dan muya menarik muka geram dengan kedua dua jejaka dihadapan mereka itu. mata di jeling tajam.
"ape tengok tengok" tegur haziq
"ada mata kan tengok ah!" balas muya dengan kasar. haziq menjegil matanya. boleh pulak lawan?!
"mulut tu jaga sikit. hormat kitorang as senior korang" getus si edric pula.
"perlu ke?"
"hormat korang? benda paling bodoh pernah aku buat dalam hidup" balas ayinn pula dengan selambanya
makin berang dibuatnya kedua dua jejaka itu dengan sikap muya dan ayinn. amboi mulut masing masing....
"round padang 20 kali" kata putus dari edric, sementara muya dan ayinn masih tercegat di hadapan mereka
"now!!!" marah haziq
"taknak" jawab mereka serentak
"round padang atau aku report dengan tuan Razman" ugutan edric nampaknya menjadi. kedua duanya berubah wajah mendengar nama yang sangat mereka kenali itu. mampus lo!
siap kau! jerit hati ayinn sambil menjeling edric. mereka berdua mula membuka kasut dan berladi satu padang yang begitu besar itu
mudah bagi mereka. yelah atlet kan. memang dah biasa pusing padang lebih 20 kali lah! but now dengan baju sekolah?! what the....
haziq dan edric tersenyum sinis. nampaknya mereka takut dengan tengku Razman. boleh guna cara ini!
zafwin membuat rondaan dikawasan sekolah. didapati ada asap putih dari arah belakang kantin tidak jauh dengannya! pantas kakinya melangkah
didapati ada beberapa pelajar sedang menghisap rokok disitu. zafwin baru sahaja mahu menegur kelakuan mereka. tetapi..
"best merokok?" tegur satu suara dengan tenangnya. keempat empat jejaka itu nampaknya masih baru. mereka tak begitu mengenali gadis itu
"best ah kau kat sini kenapa?" soal salah seorang dari mereka
"saja lah nak bersihkan sampah macam korang ni" balasnya. pelajar lelaki yang berbadan gempal itu berdiri dan mendekatinya. dipusing sekitar gadis itu
"kau ni boleh tahan cantik juga kan" katanya. seorang lagi pelajar mendekatinya.
"kalau tak salah aku. kau helyn kan?" soalnya. gadis itu angguk dan senyum
"oh kau kenal ke?" soal pelajar berbadan gempal itu pada kawannya.
"ha aa dia dengan geng dia ni la yang banyak buat hal dalam sekolah ni" kata kawannya itu