3 : RoyalGirlz

497 37 2
                                    

RoyalGirlz masih runsing dengan peringatan dari tania tempoh hari. hampir seminggu juga mereka menanti. tapi masih tiada apa apa lagi yang dikatakan oleh tengku razman pada mereka

hujung minggu yang lepas memang ada perjumpaan keluarga. tetapi RoyalGirlz langsung menampakkan bayang. mereka sudah tahu apa yang dibahaskan oleh tengku razman dan keluarga yang lain

"korang still nak duduk rumah tu ke?" soal tania pada RoyalGirlz

mereka saling berpandangan.

"kenapa?"

"memang itu tempat kitorang kan" balas muya dengan persoalan yang bermain dan berlegar legar di dalam mindanya.

"parents korang semua la"

"tak silap aku dorang dah rancang nak korang semua duduk dengan dorang balik"

kata kata tania mengundang minat ingin tahu pada helyn, muya, ayinn dan felly.

"maksud kau?" soal helyn

"waktu perjumpaan dengan atuk haritu korang tak ada kan?"

"nenda cadangkan suruh semua parents korang bawak korang balik"

"sehingga lah korang tak buat hal lagi"

"at the same time. pengawas² tu akan awasi korang kat sekolah and parents masing masing awasi dari rumah"

panjang lebar tania sampaikan apa yang berlaku pada hari perjumpaan keluarga tempoh hari. RoyalGirlz terdiam.

apa patut mereka lakukan ?!

"bila pengawas pengawas tu datang?" soal helyn pada tania

"nextweek kot" balas tania

"ni aku benci ni" getus felly. semua mata memandangnya

mereka tahu maksud dari kata felly itu. yang lain turut merasakan perkara yang sama. kecuali tania.

dia turut simpati dengan nasib mereka yang menghadapi pelbagai masalah dalam keluarga. oleh kerana itulah mereka jadi begini. tania menghela nafas perlahan

bila agaknya hal mereka bakal berakhir?

"jom la masuk kelas"

"kalau korang tak ubah dari sekarang. atuk takkan lepaskan korang macam tu je"

ajakkan tania membuatkan mereka berempat menghela nafas perlahan. oleh kerana mereka malas mahu berdebat kini kerana sibuk memikirkan hal keluarga masing²

diturutkan sahaja kata kata tania. gadis itu tersenyum simpul. dia tahu sangat berat pada mereka menghadapi masalah yang berat lebih lebih lagi melibatkan keluarga

tania cuba berkelakuan tenang. dia tak mahu turut emosi dengan sikap keluarga angkatnya dan saudaranya seperti RoyalGirlz.

dia tak hadapi masalah seperti mereka. tapi dia sudah cukup terbeban kehilangan kedua orang tuanya sejak kecil

'aku yakin korang boleh atasi semua masalah ni' bisik hati tania

banyak mata memandang RoyalGirlz memberi perhatian pada guru yang mengajar dihadapan. hal ini cuma terjadi pada awal mula persekolahan sahaja setiap tahun

tapi apa yang terjadi pada RoyalGirlz kini?

"pstt" suara seperti bisikkan ular itu menyapa gegendang telinga tania

gadis itu menoleh ke belakangnya.

"ape?" soal tania perlahan. tak mahu didengari guru yang sedang mengajar

RoyalGirlz [ C ] ✔Where stories live. Discover now