muya berjalan jalan sekitar padang. fikirannya menerawang jauh mengingatkan hal ketika dia berada di pantai ahad yang lalu. dia sendiri tak faham tentang keadaannya kini
apakah semuanya betul?
muya duduk termenung di atas pasir pantai yang bersih. walaupon padanya dia sangat bencikan ayah dan kakaknya kerana sentiasa menggelarnya pembawa malang dalam keluarga
apakah salahnya?
"asalamualaikum" muya tersentak dengan teguran lembut itu
"waalaikumussalam" jawabnya lalu menghela nafas perlahan lahan. wanita berlitup labuh itu kelihatan manis dimata muya. dia membalas senyuman
"raisha munirah kan?" soal wanita itu
muya mengerutkan dahinya. lantas mengangguk saja."saya peguam keluarga awak"
"panggil saja aunty diana" katanya memperkenalkan diri pada muya
"boleh kuta berbual sekejap?" soalnya diana pada muya.
gadis itu masih terpinga pinga dengan kehadiran wanita itu. peguam?
mereka berdua duduk berhadapan di sebuah cafe berdekatan dengan persisiran pantai. setelah memesan minuman muya mula bersuara
"cik, peguam keluarga saya?"
wanita itu angguk dan tersenyum menjawab soalan daripada muya.
"jadi.. kenapa datang jumpa saya?" soal muya penuh hairan
"muya kan?" soal diana.
"ya saya"
"okay macam ni lah muya, saya ditugaskan untuk pembahagian tanah dan syarikat kepada muya, marissa dan abang muya, amirul"
muya makin hairan. abang?
"maaf cik saya mencelah sikit. setahu saya lah.. saya tak ada abang" celah gadis berhoodie biru itu
peguam wanita itu tersenyum simpul.
"ye. muya tak tahu tentangnya kan?"
muya cuba mendengarnya dengan teliti dan memberi isyarat supaya peguam wanita itu menerangkan dengan lebih lagi padanya. dia ingin tahu!
"amirul sekarang berusia 25 tahun. dia tinggal dengan saya dan keluarga saya dekat london"
"kejadian ni sekelip mata saja muya. kebetulan terjadi depan mata saya"
"ibubapa muya dan marissa juga tak tahu tentangnya. saya minta maaf kalau menjadi punca tengku syuhaib dan tengku marissa bencikan muya pada masa sekarang"
penerangan peguam itu masih belum jelas padanya. muya mengerutkan dahi
"kejadian ape yang cik maksudkan?" soalnya hairan
"kes penculikan amirul sebagai tebusan" muya tersentak. dadanya berombak laju. jadi.. mimpi yang dialaminya selama ini bukanlah sebarang mimpi !
"kalau tak silap saya. muya baru berusia setahun masatu"
"amirul masatu batu berusia 10 tahun. ayah muya ada laburkan beberapa saham pada pihak yang salah"
"disebabkan tak mampu untuk bayar. dorang cuba pecah rumah keluarga muya. waktu itu cuma nampak muya saja diruang tamu"
"amirul yang selamatkan muya tapi dia pula yang dibawa sebagai tebusan. kebetulan marissa nampak"