7 : RoyalGirlz

441 36 1
                                    

Felly duduk termenung di gazebo rumahnya. tenang rasanya bila keluarganya semua berada didepan matanya. walaupun berat rasanya dia mahu menjejak kembali langkah ke mari

di cuba juga untuk mengawal emosinya. Felly menyedari sejak awal lagi kemungkinan sikapnya yang perlu diubah supaya keluarganya kembali tenang.

kejadian 2 tahun lepas terngiang ngiang dan menghantui mimpinya setiap malam. dia turut merasakan ketiga ketiga sepupunya juga dihantui dengan mimpi ngeri dari masalah keluarga masing masing

Helyn dengan masalah kedua ibubapanya mementing syarikat dan duit semata. menyebabkan keluarga mereka berpecah belah jadinya

Muya harus berdepan dengan sikap kakak dan ayahnya pula. entah apa yang menyebabkan mereka berdua membenci kehadiran Muya dalam keluarga itu

pada mereka berdua Muya adalah pembawa malang dalam keluarga itu. sejak Muya dilahirkan pelbagai kejadian berlaku pada keluarganya. abangnya meninggal dunia ketika melindunginya dari kemalangan 5 tahun lepas

syarikat ayahnya juga perlahan lahan semakin bankrup. tapi tidak pada tengku sumayyah ibunya. tengku sumayyah tetap bersabar menghadapi ujian

Ayinn pula.. sangat bencikan Arsel. Felly akui Arsel adalah anak angkat dalam keluarga Ayinn. pada mulanya Ayinn sangat sayangkan Arsel

sejak kehilangan Ariel. kebenciannya pada Arsel mendadak. Ayinn masih tercari cari Adik lelakinya dia merata tempat dan menanti kepulangan Ariel

sedangkan Felly. dirinya sendiri menghadapi masalah dengan kedua adik kembarnya. adik kandungnya sendiri. benci hanya kerana kelahiran mereka merebut kasih sayang sepenuhnya dari mama dan papanya

justeru itu, dia juga menghadapi masalah dengan keluarga tirinya. isteri kedua papanya sentiasa mencari masalah dengan keluarganya hingga papa sendiri lebih mempercayakan mereka

oleh kerana tuduhan mereka itu. Felly dihalau oleh papanya sendiri dari rumah. kini dia terpaksa kembali dan berdepan dengan mereka sekali lagi

"kak Fell" tegur satu suara dari belakangnya. gadis berusia 14 tahun muda darinya. itulah gadis yang dibencinya selama ini

tapi Felly kini sedang mencuba untuk menerima kehadirannya, Farina dan kembarnya Furqan.

dia cuba menerima untuk menjadi seorang kakak kepada mereka. Felly sedar sejak awal silapnya dan dosanya pada Farina dan Furqan. dia terlalu ikutkan kata hati dan emosi

"ya?" balas Felly mendatar. sengaja mahu mengusik gadis itu

Farina melangkah perlahan mendekati Felly. takut takut rasanya apabila mahu berdepan dengan Felisha Fira.

"abang panggil makan" perlahan suara Farina menyapanya. Felly mengawal riak wajahnya agar kelihatan dingin

"papa dengan mama pergi mana" soal Felly. Farina menundukkan kepalanya sedikit takut untuk berdepan dengan kakaknya itu

"ada urusan kat pejabat" balas Farina

Felly merenung tajam adik bongsunya itu. pipi gadis itu berbekas seperti ditumbuk. bibir gadis itu juga kelihatannya merah seperti berdarah

Felly berdiri mendekati Farina. gadis kecil itu takut dengan kakaknya. dia berganjak kebelakang sedikit.

pipinya disentuh lembut oleh Felly. mata dipejam kuat. Felly tampak jelas gadis dihadapannya dalam ketakutan. diusap perlahan pipi Farina. gementar gadis itu sedikit berkurang. matanya dibuka memandang Felly dihadapannya.

"siapa buat ni?" soal Felly

Farina diam. takut untuk beritahu. jika tidak lebih teruk dia kena nanti

RoyalGirlz [ C ] ✔Where stories live. Discover now