tengku razman dan tengku rozana menyapa helyn yang sedang termenung. sementara felly sudah tertidur di atas sofa keletihan menangis. ayinn pula hanya duduk dan termenung berada disisi muya
"haritu helena"
"kali ni muya pula sakit. kenapa dengan cucu atuk ni" kata tengku razman
thebenz sejak tadi hanya diam dan memasang telinga. mereka mahu tahu hal sebenarnya tentang keluarga itu
"helyn dah sihat sayang?" soal tengku rozana lembut menyapa bahu itu
"dah nenda"
"helyn okay. nenda jangan risau ya"
"em.. atuk dengan nenda baliklah dulu biar kami yang jaga muya"
"nenda pon tahukan perangai muya kalau sakit macam mana?" kata helyn
zafwin dari tadi memerhati dan mendengar bait kata helyn. dia akui gadis itu pandai memujuk dan berlembut dengan keluarga. senyuman simpul terbit dibibirnya perlahan lahan melihat helyn begitu
"yelah nenda tahu"
"tapi kamu bertiga bukannya sihat sangat sayang baliklah.."
"nanti nenda minta nurse peribadi yang jagakan muya" kata tengku rozana
"no nenda please.."
"kami okay dont worry nenda" balas helyn
"helena.. kamu tengoklah ayinn, felly.. dan diri kamu sendiri"
"masing masing bukannya sihat. tak terurus masih degil nak jaga muya?" teguran tengku razman menyedarkan helyn
keluhannya terlepas. kepalanya juga sudah pening beepusing. dia tak dapat bertahan berdiri dengan lama dalam keadaannya tak stabil begini. mungkin kerana emosinya tak terkawal ketika ini
"nanti.."
belum sempat tengku razman habiskan kata katanya.. helyn rebah ke lantai
"ya allah helena!" semua memandang ke arah itu. ayinn dan felly turut tersedar dan mendekati helyn
"helyn okay.." kata gadis itu perlahan
zafwin memapajnya berdiri"helyn kau baliklah. kau tak sihat ni" kata zafwin. helyn menggeleng
"aku taknak tinggalkan dorang kat sini. aku okay" balasnya
"helyn jangan degil please" pujuk tania
"macam ni lah. nenda akan minta nurse sediakan beberapa katil untuk korang"
"rehatlah kat sini. nenda akan sediakan semuanya ye sayang" kata tengku rozana
"zaf papah dia ke sofa" arah tania
felly membantu zafwin memapah helyn"thebenz kamu semua ada kerja lain tak?" soal tengku razman pada thebenz
"tak ada tuan kenapa?" soal edric
"saya nak minta bantuan kamu berempat tolong jagakan cucu cucunya disini boleh?" soalnya meminta pada mereka
"kami tak ada masalah tuan, boleh" kata asyraf yakin. lagipula mereka memang tiada apa apa kerja pun dirumah
"baiklah terima kasih ye"
"saya balik dulu. tolong jagakan dorang" pesan tengku rozana pula
dua pasangan itu berjalan keluar dari ruang wad ini. zafwin duduk disebelah helyn. matanya tak lepas dari meneliti segenap wajah helyn. 'kesiannya kau' bisik hatinya
'kau sendiri pun ada masalah. tapi kau lebih pentingkan dorang dari diri kau sendiri helena' hati zafwin besuara
"zaf, kalau kau nak balik pergilah. biar kitorang je jaga helyn" kata ayinn