13 : RoyalGirlz

406 31 0
                                    

matanya memandang keluar tingkap. fikiran jauh melayang. bahu disapa seseorang. mata ditoleh ke kanannya

"ayinn?" soalnya

ayinn duduk dihadapannya. senyum di bibir gadis itu seakan mahu mengungkapkan sesuatu padanya

"kau termenung ape lyn?" soalnya. helyn menghela nafas dan memandang langit senja kian malam itu

"aku rasa betul ape yang zaf cakapkan tu" balas helyn.

"dia cakap ape?" soal ayinn pula dengan penuh tanda tanya

helyn melangkah perlahan. jalan dikawasan taman permainan ini agak sunyi ketika senja. inilah masanya untuk mengambil rasa tenang

trak jogging yang dilaluinya ditemani dengan lampu jalan yang cerah. sudah beberapa kali helyn mengeluh. akhirnya dia melabuhkan punggung di sebuah kerusi berdekatannya

"kau buat ape kat sini sorang sorang" sapa satu suara, zafwin

helyn sedikit terkejut tapi masih dapat mengawal reaksi wajahnya. helyn perasan zafwin sedang merenungnya

"kau pulak buat ape kat sini" soalnya

"aku?"

"biasa lah baru habis bola kat padang tu"

"nampak kau kat sini aku tegurlah takkan nak sombong pulak kan"

"macam orang tu" kata kata zafwin mengundang jelingan tajam dari helyn. jejaka itu tergelak kecil perlahan.

"dah senja ni tak eloklah anak dara duduk luar waktu macamni" pesannya pada helyn. gadis itu itu mengeluh

"kau baliklah"

"tak payah nak arah arah aku" bantahnya

zafwin duduk dikerusi yang berhadapan dengannya. mata masih memandang helyn. gadis itu seakan sedang bermain main dengan diri sendiri

"kau ada masalah ke?" soal zafwin

helyn geleng.

"aku rasa aku tahu" gadis itu mengangkat wajah memandangnya. zafwin tersenyum penuh makna tersirat

"kau ada masalah dengan keluarga kau kan?" soal zafwin

"mana kau tahu?" soal helyn pula. terkejutnya bukan kepalang. yang sepatutnya tahu hanyalah dia dan keluarganya sahaja

"tuan razman dengan tania bagitahu" selamba saja jawapan zafwin.

helyn mengeluh lagi matanya mula berkaca kaca itu di alih ke arah matahari yang hampir terbenam. zafwin perasan gadis itu cuba mengelak

"helena"

"kalau kau ada masalah sekalipun"

"jangan libatkan sekolah" kata zafwin seakan cuba memujuk.

walaupun gadis dihadapannya ini pernah buatkan hatinya panas sepanasnya kerana dikerjakan dengan bermacam macam 'hadiah'

sejak mengetahui mereka miliki masalah tersendiri. barulah dia sedar setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. ada kebahagiaan ada penderitaan. miliki harta tapi tiada kasih sayang keluarga.

"kalau bukan sekolah yang nak bagi perhatian. siapa lagi?" balas helyn

zafwin menggeleng. perempuan memang nak bermanja saja kan? nak perhatian!

RoyalGirlz [ C ] ✔Where stories live. Discover now