Tania melangkah masuk kedalam bilik tengku Razman.
"ada apa atuk nak jumpa Nia?" soalnya. doa sedar ada empat pasang mata memerhatikannya
"atuk kenalkan. itu TheBenz" Tania menoleh memandang mereka berempat
"dorang yang akan awasi Helyn, Felly, Muya dan Ayinn" kata tengku Razman
"saya kenalkan ini tengku Tania Azween, cucu saya" ujar tengku Razman pada TheBenz. mereka angguk sahaja
"Tania ni paling rapat dengan RoyalGirlz dalam sekolah ni. kalau ada apa apa kamu berempat boleh rujuk pada Tania" ujar tengku Razman lagi
"harap kita boleh bekerjasama" ujar Zafwin dengan mengukir senyum nipisnya pada Tania
"perkenalkan diri korang" arah Tania
"nama aku Zafwin Adrian"
"aku Asyraf Farhan"
"Edric Haider"
"aku Haziq Alfian"
Tania angguk sambil melangkah mendekati mereka berempat. tengku Razman membiarkannya sahaja.
"okay"
"seblum korang berdepan dengan RoyalGirlz, aku cuma nak ingatkan"
"berhati hati lah" kata Tania
"Nia.." tegur tengku Razman
Tania mengukir senyum pada tengku Razman. dia saja mengusik TheBenz.
tok! tok! tok!
"masuk!" arah tengku Razman
daun pintu ditolak dari luar. jelas ada dua orang pelajar lelaki penuh dengan lebam diwajah mereka. seorang guru menghampiri tengku Razman
"tuan Razman"
"Ayinn dan Muya belasah dorang dekat hujung padang sebab kotorkan baju Helyn" kata guru lelaki itu
TheBenz meneliti kedua dua pelajar itu dan saling berpandangan.
"Helyn dekat mana sekarang?" soal Tania
"ada pelajar bagitahu dia ada dengan Felly dekat belakang block biru" balas guru itu dengan tegasnya
"TheBenz" panggil tengku Razman
"nampaknya tugas kamu bermula sekarang" ujarnya. keempat empat mereka angguk faham
"atuk, Nia balik kelas dulu" tengku Razman angguk dan Tania terus beredar pergi. TheBenz memandang kedua dua pelajar yang di belasah itu
"dengan perempuan pon boleh kena belasah ke?" sindir Zafwin
mereka berdua menjeling tajam jejaka itu. dia belum tahu siapa RoyalGirlz!
"TheBenz, kamu boleh jalankan tugas sekarang" arah tengku Razman
mereka berempat beredar pergi mencari keempat empat gadis tersebut.
"kita bahagi tugas"
"aku akan pergi dekat belakang block biru tu" kata Zafwin
"okay, aku ke padang, Haziq kau ikut aku" ujar Asyraf, Haziq anggukan sahaja
"Zaf aku ikut kau" celah Edric
mereka berpecah ke arah pilihan masing masing. suasana di sekolah ini begitu sunyi tanpa sebarang bunyi bising
Zafwin dan Edric berjalan ke arah bangunan bewarna biru itu.
"aku rasa bangunan biru ni mesti bangunan lama" kata Edric