Aku masuk ke dalam suasana kelas menjadi gelap. Lalu aku mencari cari suis lampu dan..WHAT DA?
"Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to Alana..happy birthday to you!!!" 🎂🎉🎊🎈
Semua kawan sekelas ku berkumpul sama- sama mengucapkan hari jadi terhadap ku. Dhia dan Zara memelukku dengan erat.
Aidan meletakkan kek panda didepanku. Isaac dan Hakim juga sudah mula mengambil gambar. Akmal dari tadi sibuk bersorak kedatangan ku.
"Sweet 20th Alana.."
Perlahan sahaja suara Aidan tetapi senyuman membuatkan hati aku cair. Kacak betul jejaka depan aku ni.😙
"Aww thank you all tak baik buat suprise gini tau!"
Mereka sebetulnya bercadang hendak buat birthday aku di restoran tetapi hari ini Dhia dan Isaac ada urusan assignment di sekolah lain. Akmal pula ada pertandingan bola.
Tapi demi menyambut hari jadi aku, mereka bertiga sanggup datang menemani aku. Walaupun hanya sekejap tetapi kelengkapan semua sahabat baikku sudah sangat bermakna.
Setelah dua jam luangkan masa mereka bertiga pamit untuk pergi. Tinggal aku,Zara,Hakim dan Aidan di kelas.
"Sedap tak Alana kek tu..Ibu Aidan tau yang buat.."
Zara menyinggul lengan ku sambil ketawa mengekek.Aku yang berada di sebelah Aidan tersenyum manis. "Thanks Aidan...buat susah je.."
Tetapi Aidan dari tadi diam seribu bahasa malah tingkah lakunya agak kelihatan berdebar.
"Alana!aku sebenarnya.."
Belum habis kalimat yang dicakap Aidan dia sudah berdiri mengeluarkan satu bouquet 💐 dari tepi kerusinya kemudian dia duduk di depanku.
"Alana..pertama kali aku jumpa kau di sekolah ini membuatkan aku tidak tidur lena fikirkan mu.Terima kasih untuk layanan baik kau semasa di sini. Aku sangat menghargainya."
"And Alana thanks selalu melayan kerenah nakal ku.Aku tau kita hanya kenal untuk 9 bulan.tapi.."
"Will you be my girlfriend?"
Aku sangat terkejut. Aku tidak menyangka Aidan purpose depan orang ramai. Apakah aku harus menerima cintanya?
Aku diam tak berkutik.Hakim dan rakan sekelasku juga diam menunggu apa jawapan aku.
"Aku..emm.."
Aku memandang muka Aidan. Harapan tinggi sudah kelihatan di mukanya. Aku tidak sanggup melihat mukanya yang meminta kesian itu.
"Yah."
Sepatah sahaja jawapanku. Aidan sudah menjerit keriangan. Dia berdiri memelukku dengan erat. Hakim dan yang lain sudah menjerit seperti orang gila.
"Thanks Alana...❤️"
Hakim masih lagi bersorak kuat sehingga pelajar kelas lain datang melihat.
Aku hanya tergelak kecil melihat tingkah laku Aidan yang dari tadi terlompat seperti budak-budak.
"Aku nak ke toilet jap.."
Aku keluar seorang diri dari kelas itu. Aku masuk ke dalam tandas dan berdiri depan cermin.
"Apa yang aku dah buat?"
Tiba-tiba aku teringatkan dia. Kenapa masa begini lelaki itu muncul di benak fikiran ku. Zara yang dari tadi bersandar di dinding perhatikan aku.
"Hmmm aku tau kau tak sayang Aidan."
Aku terkejut apabila melihat Zara yang berada di sebelah pintu.
"Huh sayang lah."
Zara mendekati ku sambil tersenyum.
"Alana..aku dah lama kenal kau.Luar dalam kau memang aku boleh dapat tahu."
"Kau sayang Idlan kan??"
Aku mengeluh perlahan sambil memandang cermin.Kenapa aku merasa sedikit penyesalan dengan keputusan ini.
"Ah dia abang aku lah!"
"Well..abang angkat..tapi kau dan dia boleh kawin kan?"
Aku tidak menjawab ungkapan Zara malah aku cepat meninggalkan dia keseorangan di belakang.
"Ingat Alana..benda boleh jadi teruk tau.Aku tau kau tak nak dengar tapi aku tak sure kalau Idlan akan bertoleransi lepas ni."
"Aidan tu masih mentah cam kita."
Langkahku terhenti.Kemudian aku berpaling ke arah Zara yang masih lagi tercengat memandang ke arah aku.
Aku hanya diam dan terus pegi dari tempat itu.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Hubungan cinta ku dengan Aidan berjalan dengan lancar. Dia sering membawa ku mengunjungi rumah orang tuanya.
Aidan memiliki dua orang kakak perempuan dan satu abang. Ketiga tiga sudah bekerja.
Ibunya yang paling mesra denganku. Puan Haidah tidak segan berkenalan denganku.
Apatah lagi Aidan sudah mengaku ke semua keluarganya bahawa aku adalah teman wanitanya.
Rumah berkembar milik keluarga Aidan terletak 28 km dari sekolah. Aidan pernah memberitahu bahawa mereka mempunyai banglo dua tingkat di hartanah milik ayahnya.
Tetapi rumah itu hanya digunakan bila bercuti kerana kedudukan agak jauh dari bandar.
Aidan tidak pernah menyentuh tubuh badanku kecuali tangan itupun jika kami hangout berdua.Tidak seperti Idlan yang suka meratah badanku seperti lelaki miang.
Aku sudah merahsiakan hubungan ku sama Aidan hampir empat bulan. Aku tidak akan beritahu kepada Idlan sekarang.
Silap silap dia akan ganggu fokusku terhadap pelajaran. Peperiksaan akhir hanya tinggal masa sebulan.Aku harus bertungkus lumus belajar.
Impian ku menjadi ahli perniagaan harus tercapai. Apabila lepas exam akhir aku akan mengambil business marketing untuk di kolej beberapa tahun.
Setelah itu aku akan cuba memulakan beberapa perniagaan kelak.
Harap semuanya akan berjalan dengan bagus..
![](https://img.wattpad.com/cover/238867484-288-k849158.jpg)
YOU ARE READING
Dangerous Distance
Romance" Are you sure Mr Harith?" "Yes puan.." "Once kamu sign paper ni,segala keperluan budak tu sudah menjadi tanggungjawab atas nama kamu tau.." "I know...saya dah lama teringin nak ada adik perempuan..."