CHAPTER 14

9.4K 42 0
                                    

Ibu ayah Idlan awal pagi lagi keluar ke bandar beli barang untuk persiapan perkahwinan kami.

Baju aku sama Idlan sudah ditempah oleh Mila.

Dia bab-bab begini memang pakar ujar Idlan.

Jadi aku tidak usah fikir nak pakai apa nanti.

"Sayang??"

Pintu bilikku diketuk oleh Idlan.

Aku bingkas bangun dan buka pintu.Idlan sangat macho memakai jersi tanpa lengan.

Seluar joggerpants kelabu fit menampakkan punggung Idlan yang montok.Pergh..

Seksi woi!!!!

Maklumlah Idlan rajin berolahraga.Tiap minggu ke gym untuk bina badan.

"Idlan ni nak goda aku ke apa.Haishh.."

" Ada tamu tu nak jumpa sayang.."

Tetapi aku hanya diam tak berkutik.Idlan menjadi hairan dengan gayaku.

"Sayang yuhuuu.."

"Ah??"

"Ada tamu?Oh okey sayang ke bawah dulu ehh.."

Sempat aku memukul punggungnya dengan kuat. Tergesa-gesa aku melarikan diri.

Idlan terus tersenyum nakal."Aik?Nak rogol abang ke sayang?"

Aku hanya menjelirkan lidah.Kemudian aku turun ke bawah.

Dari jauh aku sudah melihat figura ibu ayahku sedang duduk di ruang tamu.

"Eih pahal ada dorang datang niiiii.."

Langkahku diundurkan kembali ke pintu.

Baru aku hendak keluar Idlan menarik tangan aku.

Mukanya seakan marah.

Ish!

Aku kembali berjalan ke arah mereka.

Ibu ayahku berdiri apabila melihat aku yang sudah tercengat di depan mereka.

"Apa kamu nak?"

"Kakak..?"

Soal satu suara dari arah belakang.Aku menoleh dan terkejut.

"Alif?"

Dia memelukku dengan erat.

Tetapi aku tidak menunjukkan sebarang reaksi malah aku melepaskan dakapan dia.

"Eh dah lepaskan aku."

Dia nampak terkejut dan buat muka sedih.
"Kenapa ni kak.."

"Kau tanya kenapa???!"

Alif kemudian dia berdiri di sebelah ibu ayah aku.

"Tunggu apa?Pi lah."

"Alana tolonglah maafkan kami nak..kami tau kami salah.."

Aku hanya membuat muka toya apabila mendengar rayuan ayahku.

"Sebenarnya dulu kami ada cari kamu balik nak.Tapi tak jumpa.."

"Heh??memanglah tiada sebab ada orang ambil aku dah.Lagi berperikemanusiaan dari kamu."

Alif menangis mendengar tohmahan ku.Dia meluru dan memeluk kaki ku.

Aku tercengang.

"Wei apa kau buat ni!dah bangun!" Tetapi Alif langsung tidak menganjak dari situ.

"Kakak masih belum maafkan kami jadi adik taknak lepas."

Aku mendengus geram melihat kelakuan Alif.

Pandanganku dialihkan ke Idlan yang dari tadi menyandar di penjuru pintu dapur.

Dia mengangguk dan tersenyum. Anggukan dia memang ada terselit sesuatu.

Aku melepaskan keluhan berat.

Tidak pernah terlintas lagi dalam fikiranku untuk memaafkan mereka.

Tetapi senyuman Idlan dari jauh benar-benar membuka kembali hatiku untuk mereka.

Eh tiber..😛

Aku menarik nafas dalam-dalam.

"Yalah,saya maafkan kamu..."

Alif bangun aku mengusap kepalanya.

"Dah besar kau ni Alif.Dulu kecik cam tikus."

Aku mencubit lengan Alif.Dia mengadu kesakitan.

"Eh kakak ni."

Alif memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

Ibu ayah ku menangis memelukku dengan erat. Tetapi kali ni sudah terserlah senyuman di mukaku.

"Terima kasih Alana..terima kasih beri mak ayah peluang."

"Benda tu dah lama rasanya tak perlu bahas lagi."

Aku berdehem perlahan.

"Bila mak ayah balik jepun?"

Kami berempat terus duduk.Idlan pula hilang entah ke mana.

"Mungkin esok. Sebab kami kira nak jumpa Alana dulu baru balik.Lagipun hotel sekarang susah nak cari.Tiap hari kena tukar sebab penuh."

"Mahal pulak tu."

Sampuk ayah.Aku tersenyum. "Jangan pulang dulu untuk beberapa hari ni.."

Dahi mereka bertiga berkerut.

"Lima hari lagi saya nak kahwin.Nanti mak ayah sama Alif tinggal kat kondo saya. Tak jugak jauh dari sini.."

"Boleh??"

Ibu ayahku tersenyum dan mengangguk.Alif dari tadi tersengih. "Sapa bakal laki kakak?"

"Mm di sini ha bakal laki Alana."

Ujar Idlan dengan langkah perlahan membawa talam yang berisi air perisa sarsi.

Aku bangun dan menghidangkan minuman itu ke mereka. "Pergh boleh tahan kak."

Idlan tergelak besar begitu juga dengan kami bertiga.

Semasa ibu ayah Idlan pulang aku terus perkenalkan kepada mereka.

Apabila orang tua sudah berkumpul memang makin rancaklah cerita.

Tetapi aku gembira mereka mesra dengan keluargaku.

Malam ini aku temankan mereka bertiga ke kondo.

Mak ayah bukan tahu sangat selok belok bandar ni.

Jadi aku menjadi pemandu pelancong untuk sekejap.

Aku membantu membawa beg pakaian mereka ke atas.Mujur rumahku tingkat satu.

"Esok mak ayah dan Alif siap awal eh..kita makan kat cafe.Idlan ngan yang lain ada gak."

"Okey nak."

Aku menyalam mereka dan berlalu pergi.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Majlis pernikahan aku dan Idlan akan berlangsung dalam masa dua hari.

Sebenarnya aku tidak tinggal lagi dengan Idlan.Atas permintaan kedua-dua pihak.

Buat masa ni aku tinggal di kondo bersama keluargaku.

Ini diantara pantang larang sebelum kahwin.

Aku juga dilarang buat kerja berat dan keluar sesuka hati.

Haish pening kita dibuatnya.

"Sabar duhai hati..kejap gi..rindu ngan Idlan.."

Dangerous Distance Where stories live. Discover now