CHAPTER 10

11.4K 78 0
                                    

Alana sudah melanjutkan pelajaran di university selama satu tahun setengah .

Aku tidak menyuruh dia belajar jauh kerana takut dia berkepit dengan lelaki lain.

Pernah Alana menyuarakan hasrat nya melanjutkan pelajaran di amerika tetapi aku langsung tidak membenarkan.

Sosial,budaya luar negara agak teruk disana.
Oleh itu aku menempatkan Ella di One World University.

Universiti antara terbaik di Malaysia.

Alana sudah tidak tinggal lagi dengan aku. Dia menetap di condominium yang tidak jauh dari tempat belajarnya.

Hanya hujung minggu dia akan pulang itupun jika tiada assigment yang diberi pensyarah.

Aku sangat merindui Alana.Aku plan hendak bertemu dengan dia petang ini.

Aku juga telah membelikan dia sepotong kek coklat untuk dimakan.

"Aik busy ke?"

Aku telefon Alana tetapi tidak dijawab.Aku mencuba pula hack lokasi dia dari telefon ku.

"Cafe Garden Wood..juga jauh.Aku pi sana lah."

Aku bingkas menekan pedal minyak kereta ku ke tempat itu.

Aku keluar dari kereta membawa kotak kek itu. Mataku melilau dari luar restoran.

Aku melihat Alana sedang rancak bercerita bersama sekumpulan wanita.

"Fuh..dah tiga minggu aku tak jumpa dia asal aku neves.."

Aku melangkah masuk restoran itu dengan perasaan berdebar debar. Tiba-tiba langkah ku terhenti di belakang Alana.

"*******!!!!!!!!"

🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀

Aku berjalan beriringan dengan Zara keluar. Kami dua baru sahaja selesai kelas petang hari ini.

Aku dan Zara belajar di U yang sama cuma dia mengambil kos kulinari.Dhia telah belajar bahagian perubatan di negeri jiran.

Akmal mengambil bidang perniagaan sama seperti aku cuma dia melanjutkan ke Australia.

Isaac serta Hakim mengambil kos jurutera di Jepun.Walaupun sudah berpisah tetapi kami semua sentiasa bertanya khabar.

Dari jauh sudah ada kelibat Aidan yang menunggu aku di luar pagar.

Aidan tidak menyambung belajar sebaliknya membuka kedai jual pakaian branded di KL.

Setiap minggu dia balik semata mata ingin bertemu denganku.

Aku sebenarnya jarang melayan Aidan sebab aku selalu sibuk.

Sibuk belajar bukan sibuk sama lelaki lain.

Entah kenapa dia menjadi panas baran sejak aku masuk universiti.

Aku bercakap sedikit dengan lelaki lain pun dia sudah meradang.

Ego Aidan tinggi melangit. Sebab tu kami selalu bergaduh. Boleh dikatakan semakin renggang hubungan kami.

Aku pernah terfikir hendak putus tetapi rasanya sekarang bukan waktu yang sesuai.

Mungkin lepas aku sudah habis belajar baru aku boleh mengorak langkah keluar dari perhubungan kami.

"Hi sayang..lama tak jumpa."

Aidan meramas jari jemari ku. Dia kemudian mengucap dahiku.

"Zara,aku sama Aidan nak makan kat Cafe ni kau tak nak ikut?"

Dangerous Distance Where stories live. Discover now