Hari ini adalah majlis akad nikah aku dan Alana.
Aku nampak Alana sudah duduk bersimpuh seperti malu-malu kucing .
Dia nampak sangat ayu memakai baju kurung cream.
Mukanya dari tadi tertunduk ke bawah.Aik dia malu agaknya..
Prosedur akad nikah kami berlangsung.
Tok kadi membacakan Khutbah nikah selama beberapa minit.
Dan masa yang ditunggu telah tiba.Lafaz akad nikah.
Tulang rusukku terasa hendak retak akibat degupan jantung yang kencang.
Ditambahkan pula kamera sekeliling mengambar kami semua.
Dengan nafas sedalam mungkin...
"Aku terima nikahnya Alana Meisei binti Adam dengan mas kahwin satu ribu ringgit tunai...."
Tok kadi meminta aku bacakan lafaz taklik.
Aku dengan wajah yang tenang membaca.Benda begini sudah aku berlatih sepanjang malam.
Aku dan Alana duduk secara berhadapan.Pipi gebunya merona merah.
Aku terus menyarungkan cincin di jari manisnya.
Cincin emas putih pemberian dari arwah nenek aku.
Alana kemudian menyalam aku.
Dahinya aku kucup dengan mesra.
Ibu ayahku dari tadi sudah tersenyum. Maklumlah anak dah kahwin..Sapa tak terharu
💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐
Majlis akad nikah sudah selesai. Sekarang sudah pukul 11 pagi.
Majlis bersanding pula bermula pukul dua petang.Aku bergegas ke kondo untuk bersiap.
Mila sudah mengupah jurumakeup untuk bantu berdandan aku.
Selepas selesai menyegarkan badan aku terus menyarungkan baju itu.
'Pergh..'
Damia dan Alif terlopong melihatnya.
Gaun renda putih yang berlengan panjang.
Busana macam ala-ala putri duyung.Terdapat sedikit ekor panjang di bawah.
Terserlah bentuk pinggang ku apabila memakai gaun ni.
'Fuh nasib baik aku dah diet sikit..kalau tak..sempit baju ni..'
Aku berdiri di depan cermin sambil membetulkan baju ku.
'Not bad...'
Jurumekap menyuruhku untuk duduk.
Aku memilih makeup look seperti gadis Thailand.
YOU ARE READING
Dangerous Distance
Romance" Are you sure Mr Harith?" "Yes puan.." "Once kamu sign paper ni,segala keperluan budak tu sudah menjadi tanggungjawab atas nama kamu tau.." "I know...saya dah lama teringin nak ada adik perempuan..."