CHAPTER 1

15.1K 132 1
                                    

Namaku Alanna Meisie.Sejak dari umur 14 tahun aku sudah menetap di orphanage. Tiga tahun lalu ada seorang lelaki pertengahan umur mengambilku sebagai adik angkatnya.

Muhammad Idlan Harith.Berumur 34 tahun. Bekerja sebagai Bussinessman bahagian pemasaran dan eksport.

Idlan sudah banyak menyediakan preparation untuk aku.

Dia hire beberapa personal cikgu untuk mengajar ku subjek yang ketinggalan.

Buktinya aku berjaya memasuki Forell High School dengan bantuannya.

Segala keperluan ku juga dipenuhi dengan senang olehnya. Dia belikan aku baju,barang makeup,perfume,dan lain lain.

Idlan juga membuatkan aku beberapa kad kredit supaya senang untuk aku berbelanja.

Benda paling mahal dia pernah beri kepada aku ialah gelang emas berharga 1K kerana aku telah berjaya mendapat keputusan peperiksaan terbaik.

Senang betul orang kaya ni duit merata tempat. Beruntung siapa yang jadi isteri Idlan kelak.

Idlan belum lagi berkahwin sehingga sekarang. Apabila ditanya Trademark ialah 'Jodoh belum lagi sampai lagi'

Latar belakang Idlan aku tidak pernah ambil tahu. Pernah sekali masa aku terjumpa beberapa keping gambar keluarga di laci biliknya.

Cuma aku tidak berani untuk tanya kerana selama aku tinggal disini dia tidak pernah menceritakan asal usulnya.

Umurku sudah menginjak 19 tahun. Aku sebenarnya terperasan sesuatu benda apabila aku bersama Idlan.

Aku dapat merasa perubahan tingkah lakunya yang suka mengongkong dan kuat marah.

Tidak lupa insiden dimana salah satu kawan baikku Isaac, menghantar pulang jam 12.30 malam kerana sibuk mengurus parti untuk adiknya.

Habis Idlan memaki hamun Isaac malam itu.Salah aku juga sebenarnya tidak memerhatikan masa.

Cara sentuhannya juga agak pelik. Kalau dulu dia tidak akan sentuh aku cuma sekadar pegang tangan .

Tetapi sekarang Idlan sering memegang tubuh badanku. Paling ketara dia suka memeluk bahagian pinggang.

Aku sebenarnya tiada masalah tetapi yang membuatkan aku tidak selesa dia buat begitu depan orang ramai.

Kami berdua sering dilihat seperti pasangan kekasih. Asal kemana mana kami berpegangan tangan,peluk lah dan sebagainya.

Wajah tampan Idlan membuatkan wanita di luar sana tergila gilakan dia.

Tetapi satu orang pun dia tidak menunjukkan rasa minat. Aku sangat pelik dengan citarasa lelaki itu.

Dangerous Distance Where stories live. Discover now