CHAPTER 12

10.2K 59 0
                                    

Tok tok tok!

"Miss Alana?"

"Ya masuklah!"

"Miss, ada Encik Idlan tunggu kat luar."

Aku bingkas bangun dari bilikku dan ke luar.Idlan sedang menunggu aku di luar.

"Kenapa?"

"Sayang pack sikit kek sama dessert ada someone datang rumah."

"Ha??Sapa?"

"Em..you will know soon. Hurry up sayang..special tetamu kita tuh."

Aku ikut saja arahan Idlan. Aku mengambil sedikit makanan dan letak di dalam kotak.

Semasa perjalanan pulang Idlan dari tersenyum macam orang gila. Aku hanya memandang sepi kelakuannya.

Dari jauh sudah kelihatan dua buah kereta mewah misteri parkir di tepi rumah Idlan.

Baru sahaja Idlan buka pintu seorang gadis kecil belari memeluk Idlan.

"Abanggg!!!miss you so much!"

Dahi gadis kecil itu dikucup mesra oleh Idlan.

"Abang?" Dahiku berkerut seribu.

Kami berdua menuju ke ruang tamu. Terdapat empat individu sedang rancak bercerita.

"Eh anak ayah.."

Seorang lelaki dalam lingkungan 50an memeluk Idlan dengan erat.

"Apa khabar ayah.."

Idlan menyalam lelaki itu.

"Ayah?!"

Mereka semua berpandangan ke arahku.Bulu roma ku tiba-tiba meremang.

"Sayang susun dulu makanan ni...nanti bawak kat sini ye.."

Aku berlalu pergi ke dapur.Langkahku terhenti apabila ada seorang wanita misteri sedang melilau sekeliling.

Mungkin terdengar bunyi tapak kakiku dia menoleh. "Eh?"

Figura tu amat dikenali oleh aku.Dialah wanita misteri datang ke rumah Idlan beberapa tahun lalu.

Tetapi kali ini dia sudah bertudung.

"Hi Alana!lama tak jumpa."

Serta merta dia menyambut kedua kotak kek ku.Dia mengeluarkan satu persatu ke piring.

"Alana boleh tolong buat jus mangga tak?Buat lebih sikit eh.."

Aku hanya menurut permintaan nya.

Dia menolong ku membawa kek dan jus tadi ke meja. Mereka semua makan dengan berselera.

Aku perlahan lahan melarikan diri dari ruang tamu.

Baru aku hendak ke atas, aku bertembung dengan Idlan di tangga.

"Sayang nak ke mana?"

"Ke bilik lah ke mana lagi."

"Eip no..come with me."

Aku meronta minta dilepaskan tetapi Idlan tetap menarik aku ke ruang tamu.

"Sayang..let me introduce you.."

"Inilah keluarga abang."

Aku yang tengah minum tersedak.

"WHAT?!"

"Dari kiri Mila..Aqilla..Adam dan Amsyar."

"Rasanya Mila ni sayang dah tau kan?" Aku menganggukan kepala.Mereka bertiga bangun menyalam ku.

Dangerous Distance Where stories live. Discover now