ABANG ISAAC-01

8 0 0
                                    

BY : SEFFANO KAVANA

ABANG ISAAC

BAB 01

Isaac mendukung adik bongsunya yang berusia 4 tahun itu sambil menepuk lembut belakang si bongsu, penat menangis akhirnya Ivy terlena dipelukaan abangnya. Isaac memandang wajah Evan yang terlena diatas katilnya sambil memeluk anak patung beruang itu. Nasib baik katilnya besar dan luas dan ditepi kanan tempat Evan tidur Isaac sengaja memagarinya agar Evan tidak tergolek jatuh kelantai.

Isaac sengaja tidur sebilik dengan dua adiknya yang masih kecil itu, dia terlalu risau membiarkan dua adiknya tidur berasingan bilik dengannya, keselamataan mereka berdua terjamin jika tidur sebilik dengannya, lagipun biliknya juga luas dan besar.

Lagipun Evan dan Ivy juga takut tidur dibilik mereka, mungkin mereka masih trauma dengan kemalangan empat bulan yang lalu.

"Kasihan adik-adik abang ni...abang janji tak akan hantar kamu berdua lagi ke rumah Auntie Dekna...abang tak akan biarkan adik-adik abang disakiti lagi" ujar Isaac sedih bercampur geram dan marah. Dia sangat marah bila adik-adiknya diperlaku begitu kejam oleh mak ciknya itu.

Nasib baik dia awal balik dari bengkel sebab terasa tidak sedap hati pada keselamataan kedua-dua adiknya itu, hati abang mana tak sedih bila melihat kedua-dua adiknya dipukul dengan teruk oleh Auntie Dekna. Nasib baik mereka dilindungi oleh pak ciknya,Iaitu Uncle Martin.

Bergaduh besar juga Isaac dengan kakak ibunya itu.Tapi tahu takut juga wanita itu melihat amukaan Isaac itu, Uncle Martin hanya diam memandang pertengkaraan itu.

Uncle Martin memang tidak suka dan mahu masuk campur sebab itu salah isterinya.Uncle Martin bukan tidak pernah menegur dan menasihati isterinya, tetapi wanita itu juga tidak pernah menghormatinya sebagai seorang suami..!

"Saya akan buat repot polis yang auntie dah dera adik-adik saya..!! saya tak peduli!!!" Herdik Isaac lalu memeluk kedua-dua adiknya dan Uncle Chan turut marah dengan tindakan kejam wanita itu.

Uncle Chan juga tidak sedap hati bila teringat kedua-dua anak kecil itu dan dia terpaksa berpisah sehari dengan mereka berdua, kalau bukan dia tiada meeting dengan sahabatnya hari ini, mana mungkin dia menyerah dua kanak-kanak itu pada wanita iblis ini.

Selama ini, dia menyangka wanita ini sangat baik pada Isaac,Evan dan Ivy. yalar, Uncle Chan selama ini tertipu dengan tutur bahasanya sopan dan melihat sikapnya yang baik itu Uncle Chan tidak teragak-agak menghantar kedua-dua anak itu pada betina iblis ini.

Bila Isaac menghubunginya ke mana adik-adiknya dia bawa sebab Isaac tidak nampak kelibat adik-adiknya dipejabat Uncle Chan, dengan senang hati Uncle Chan memberitahu yang dia hantar ke rumah Auntie Dekna.

"Jangan risau Zac,Auntie Dekna tu kan orangnya bai...! Isaac..!! hello, Isaac..! "

Isaac terus mematikan taliaan itu sebaik saja mendengar nama Auntie Dekna. Uncle Chan cuba menghubungi Isaac semula namun tidak dijawabnya.

Uncle Chan menjadi risau sebab itu lar kali pertama Isaac terus mematikan telefonnya dan serentak itu dia teringatkan kedua-dua anak kecil itu.

Uncle Chan terus memecut kereta Vigo hitamnya menuju ke destinasinya, dia terpaksa batalkan meetingnya pada hari itu juga, Betapa luluh hatinya melihat tubuh kedua-dua anak itu banyak bekas pukulan dan melihat Isaac bertengkar dengan wanita kejam itu.

"Lapor lar auntie tak takut pun!!dasar anak yatim piatu yang tak kenang budi..!!" Marah Auntie Dekna sambil bercekik pingang.

"Budi apa yang Auntie pernah beri pada kami..haah.. !!" Marah Isaac, Uncle Chan mengambil Ivy dari pelukan Isaac dan menarik lembut tangan Evan dan membawa mereka masuk ke dalam kereta Vigonya.

ABANG ISAACWhere stories live. Discover now