Bab 1 : The beginning

341 49 51
                                    

Ianya merupakan majlis keramaian buat Kerabat Kuraudo. Siapa tidak kenal dengan nama yang cukup terkenal ini?

Satu kerabat bangsawan yang menguasai kebanyakan sumber hasil perdagangan di kawasan tersebut. Sangat jutawan dan di pandang tinggi oleh masyarakat setempat.

Kini kediaman tempat berkumpulnya Kerabat Kuraudo ini mulai sesak dengan kehadiran kesemua seisi keluarga yang tidak sabar-sabar untuk memulakan majlis ini.

Termasuklah juga dengan seorang ibu tunggal bersama anak lelakinya yang berusia lima tahun. Mereka kini sedang bersiap di bilik persiapan yang telah disediakan.

"Sayang, kamu sangat sesuai pakai baju ini...."

Si ibu mempersiapkan anak tunggalnya dengan baju tuxedo yang kelihatan sangat berjenama. Akan tetapi, si anak meragam dengannya.

"Eee, mak. Baju apa ini? Macam orang bodoh sahaja saya rasa pakai semua ini."

Si anak dengan lantangnya menyuarakan pendapatnya kepada ibu. Walaupun baru berusia lima tahun, dia sudah berani untuk berkata sedemikian kepada ibunya.

Mustahil hati si ibu tidak terguris dengan kata-kata anaknya itu. Sedangkan si anak itu tidak mengerti maksud sebenar apa yang telah dikatakannya. Si ibu hanya membidas anaknya dengan senyum yang pahit dihatinya.

"Kalau macam itu, tidak mengapalah. Ibu faham.... Kamu duduk sini sampailah ibu selesai ya?"

Dengan hati yang hancur di gilis si anaknya, si ibu terus berjalan keluar daripada bilik persiapan. Disebabkan terlalu sayangkan anak, si ibu tidak tergamak untuk memarahi anaknya sendiri.

Beberapa minit selepas si ibu keluar daripada bilik persiapan, suatu tragedi berlaku.

'Bang!'

Bunyi satu das tembakan dilepaskan daripada luar bilik persiapan. Si anak yang kebetulan berada didalamnya terus berlari keluar sebaik sahaja dia mendengarkan bunyi tersebut betul-betul di luar bilik yang didudukinya.

Keluar sahaja si anak daripada bilik tersebut, alangkah terkejutnya dia melihat bahawa si ibu merupakan mangsa tembakan tadi. Kini jasad si ibu berlumuran dengan darah dan bersisakan nyawa-nyawa ikan sahaja.

Si anak tanpa berlengah, terus berlari ke arah ibunya untuk membantu apa yang perlu. Malangnya, semua itu sudah terlambat. Ianya sudah berakhir buat si ibu.

🌸🌸🌸


20 tahun kemudian, suasana bandar moden yang sangat aman telah terbina. Semua penduduk bandar hidup dalam keadaan selamat.

'*Nii... Noo...!'

Bunyi siren polis bergema di udara.

"Kami polis! Berhenti atau kami tembak!"

Erm.... Saya cakap hidup dalam keadaan selamat ke tadi? Pembetulan. Mereka semua di ancam oleh seorang penjenayah lelaki handalan. Sudah macam anugerah apa pula bukan? Tapi memang inilah hakikatnya. 

Dia seorang sahaja mampu untuk menggegarkan bandar tersebut. Pulanya, penjenayah ini sangat liat untuk mengalah.

Nama penjenayah ini adalah Boku. Seorang lelaki berumur 20-an. Wajahnya agak memukau malangnya dia ini bukan manusia yang di terima oleh makhluk bumi. Seru sahaja namanya, semua manusia yang wujud di muka bumi ini akan berlari bertempiaran.

Kenapa penjenayah ini sangat berbahaya? Saya boleh jelaskan.

Dia terlibat dalam kes rompak lebih daripada lapan kali. Dia juga terlibat dalam kes mengancam nyawa penduduk yang tidak terkira jumlahnya. Bakar kereta polis, itu perkara biasa yang dia selalu lakukan. Seperti rutin harian yang mesti dilakukannya.

Mr Wolf & his Cinderella©Where stories live. Discover now