part3

41 3 0
                                    


" dara ?" panggil ibu akbar yang melihat gadis itu jalan dipegang erat oleh anaknya sendiri.

" kenapa ni akbar ?" tanya ibu lagi apabila melihat gadis itu lemah sahaja.

" kita masuk dulu bu" kata akbar sejurus itu dia terus mengambil segelas air kosong untuk diberikan kepada dara. Rakan rakannya turut berada disitu .

" abah mana bu ?" tanya akbar menyedari ketiadaan abahnya.

" keluar beli santan , ni kenapa ni ?" tanya ibu akbar masih risau mana taknya dara yang bertudung ayu itu kini memakai baju kurung yang terkoyak koyak .

" korang buat apa kat dara ?" tanya ibu mula mengesyaki bukan bukan .

" tak ibu , takkan la kitaorang pula . Kalau kitaorang buat lama dah dara ni kitaorang baling kat gaung takdenya bawa balik sini " kata hadrami selamba , iya mereka semua memang rapat sudah 7 tahun berkawan  ibu bapa mereka pun memang sudah kenal satu sama lain kecuali keluarga dara dan keluarga rais .

" kamu ni had main main pula pergi ambik kain dekat bilik akbar dengan besen kecik nak lap badan dara ni" kata ibu serius .

" affan tak rasa dara selamat tinggal kat sini , tempat tu berapa batu je dari sini." kata affan mula risau akan dara apa lah nasib dia selepas ini.

" dara , bagitahu ibu rumah mama " kata ibu mengusap lembut kepala gadis itu.

" mama " perkataan itu sahaja yang mampu keluar dari mulut dara saat itu . Dia ada adik beradik tiri dan mama pula tidak ambil peduli tentangnya , ayah tirinya pula tidak suka akan kehadirannya . Kadang kala ada keinginan untuk membunuh diri kerana tekanan hidup namun hatinya kuat kerana akbar dan rakan rakannya.

" ye sayang kita jumpa mama ye ?" kata ibu lembut mengusap kepala gadis itu , air mata seorang ibu mengalir pelukan erat diberikan. Sepanjang dara hidup tidak sekali pun mama memeluk dia apatah lagi menciumnya.

" ibu" perkataan dimulut dara bertukar nama . Airmatanya mencurah curah .

" assalammualaikum " suara garau milik abah kepada akbar pula memecah kesepian.

" waalaikummussalam" jawab mereka beramai ramai.

" eh dara kenapa ?" kata abah pula terkejut melihat dara kelihat begitu.

" entah la bang dari tadi tanya dia asik sebut 'mama'  'ibu'  itu je la " kata ibu lagi memandang dara dengan sayu.

" dia hampir dirogol " kata wais perlahan .

" dengan siapa ? Ya allah" sungguh hati seorang ayah pula hancur saat ini.

" taktahu tapi rasanya itu rumah maktok dia bah" kata akbar pula.

" imah , awak bawa dara masuk bilik dulu tak elok dara duduk kat luar ni" kata abah menyuruh ibu memapah dara kedalam bilik.

' hampir ?wais aku dah alami sepanjang kehidupan aku kat situ .'

" eh mommy ?" tanya affan terkejut melihat mommy dan daddy nya dirumah akbar .

" mana dara ? " tanya mommy nya agak risau .

" ada dalam bilik dengan ibu."kata affan lalu mommy nya cepat sahaja berlalu ke bilik nampak sangat gelisah.

" dara ?" panggil datin hanani itu.

Dara hanya memandang susuk tubuh wanita yang mulai memeluk dirinya.

" anak mommy okay ?" tanya datin hanani riak wajah nya menampakkan dia sangat risau.

" ok mommy , dara dah mandi segar sikit" kata dara tersenyum pahit.

" kalau mommy hantar dara dengan affan pergi oversea nak ?" tanya mommy tiba tiba tersentak dara dibuatnya . Iya affan rakannya dari kecil , sejak dia dirumah maktok dia lagi waktu tadika dan sekolah rendah affan la yang menjaga dara dari dibuli tetapi tiada sedikit pun perasaan suka terhadapnya.

devil princessWhere stories live. Discover now