Pengenalan

994 64 9
                                    

Hai korang, Assalamualaikum. How are you? Aku nak publish book ni dululah sebab ni short story so macam sekejap je lepas tu habislah. Dekat draft aku banyak lagi crita nak publish sksks. Tamak en astu tak update. Huh!

Sincerely, Lelaki Dari Mimpi berkisarkan tentang seorang perempuan yang selalu didatangi mimpi dan mimpikan lelaki yang sama which is lelaki berbaju hijau. And surprisingly, cerita ni tak ada hero tau. Sebab memang betul dari mimpi ceh takdelah. Tak lengkaplah kisah cinta kalau tak ada male lead kan?

Let me ask you guys, korang pernah mimpikan seseorang yang nampak jelas dalam mimpi tu tapi korang tak nampak muka dia? Means, korang tahu dia senyum tapi bila bangun korang tak boleh relate siapa dia tu? Korang tahu dia senyum tapi muka dia kabur? Ah faham tak aduu, cane nak explain eh. Macam ni, korang termimpikan someone and mimpi tu mcm teringat2 ah.

Tapi tapi orang dalam mimpi tu korang tak tahu sapa, dia ada badannya tapi bila part muka korang takleh relate. Takde muka, kabur. Macam tulah apa yang female lead dalam SLDM ni rasa. Kiranya misterilah sebab dia asyik mimpi lelaki tu tapi tak tahu siapa.

Macam tulah cita dia lebih kurang. Tapi orang cakap kalau kita mimpikan sesuatu jangan bagitahu orang, sebab boleh jadi orang dengki dengan mimpi kita. Wallahualam. Cerita kali ni macam fantasy sikit sebab yelah, mimpi. Tapi pernah tak apa yang korang mimpi turns out jadi real? Aku penah do, banyak kali sksks.

Mimpi ini antara tiga perkara, sama ada mainan syaitan, petunjuk dari Allah ataupun mainan tidur.

Kata orang mimpi adalah mainan tidur. Ada mimpi yang kita ingat setelah terbangun. Ada pula mimpi yang terasa samar-samar.

Kita tahu bahawa mimpi yang benar daripada Allah berlaku kepada Nabi, Rasul dan orang-orang soleh yang dipilih oleh Allah. Namun bolehkah mimpi seorang manusia biasa seperti kita dipercayai?

Menurut hadis riwayat Bukhari, mimpi boleh dibahagikan kepada tiga jenis.

الرُّؤْيَا ثَلاَثٌ حَدِيثُ النَّفْسِ ، وَتَخْوِيفُ الشَّيْطَانِ ، وَبُشْرَى مِنَ اللَّهِ

“Mimpi itu ada tiga macam: bisikan hati, ditakuti syaitan, dan khabar gembira dari Allah.” (HR. Bukhari – 7017)

Hadis dari Abu Said RA.anhu, Nabi SAW bersabda,

رُؤْيَا الرَّجُلِ الْمُسْلِمِ الصَّالِحِ جُزْءٌ مِنْ سَبْعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ

“Mimpi seorang Muslim yang soleh adalah 1 dari 46 bahagian kenabian.” (HR. Ibnu Majah 3895 – Hadis Sahih)

Menurut Ibnu Atsir, hadis ini tidak bermakna bahawa kenabian itu boleh terbahagi. Tidak juga bererti bahawa orang yang mengalami mimpi semacam ini bererti memiliki satu bahagian kenabian. Kerana kenabian itu tidak boleh diikthiarkan. Dan tidak boleh dicari dengan melakukan berbagai sebab. Kenabian adalah anugerah dari Allah ta’ala. (an-Nihayah fi Gharib al-Atsar, 1/741).

Ibnu Battal pula berkata, mimpi ada dua jenis:

1. Mimpi yang jelas-jelas menjadi nyata, seperti seseorang yang bermimpi memberi seseorang kurma, dan pada siang harinya ia memberi seseorang kurma. Mimpi seperti ini tidak memerlukan takwil (keterangan dan pentafsiran)

2. Mimpi yang hadir dengan simbol-simbol. Untuk memahami mimpi seperti ini harus ada seseorang yang memiliki ilmu dan pengalaman mentakwil mimpi untuk memahaminya kerana kadang-kadang simbol-simbol itu sangat halus dan rumit. (Rujuk Fath al-Bari, 19/451)

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

لَمْ يَبْقَ مِنْ مُبَشِّرَاتِ النُّبُوَّةِ إِلاَّ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ يَرَاهَا الْمُسْلِمُ أَوْ تُرَى لَهُ

Maksudnya: “Tidak terdapat lagi berita-berita gembira tentang kenabian kecuali mimpi yang benar yang dialami oleh seorang muslim, atau diperlihatkan kepadanya (mimpi itu).” – Riwayat Muslim (1102)

Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (19/461) ketika mensyarahkan hadith ini menyertakan bersama sebuah hadis Abu Ya’la daripada Anas bin Malik RA:

إِنَّ الرِّسَالَة وَالنُّبُوَّة قَدْ اِنْقَطَعَتْ وَلَا نَبِيّ وَلَا رَسُول بَعْدِي وَلَكِنْ بَقِيَتْ الْمُبَشِّرَات قَالُوا : وَمَا الْمُبَشِّرَات؟ قَالَ : رُؤْيَا الْمُسْلِمِينَ جُزْء مِنْ أَجْزَاء النُّبُوَّة

Maksudnya: “Sesungguhnya risalah dan kenabian itu telah terhenti. Tidak ada nabi lagi dan tidak ada rasul lagi selepasku, akan tetapi akan kekal al-Mubassyiraat. Para sahabat bertanya: Apakah al-Mubassyiraat itu?” Jawab Baginda: Mimpi orang muslim satu bahagian daripada bahagian-bahagian kenabian.”

Ibn al-Tiin berkata: “Maksud hadis ini ialah bahawasanya wahyu akan terhenti dengan kematian-ku (Nabi SAW). Dan tidak akan kekal apa yang diketahui daripadanya akan apa yang akan berlaku melainkan mimpi.” (Rujuk Fath al-Bari, 19/461)

Tapi aku taknak sentuh soal agamalah sebab aku tahu, ilmu aku cetek. Tak banyak mana dan ni pun apa yang aku google.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa di antara 18% dan 38% orang pernah mengalami sekurang-kurangnya satu mimpi yang meramal masa depan mereka, manakala 70% orang hanya mengalami déjà vu. Wallahualam, tafsiran mimpi ni terlalu rumit. Kalau sembang pasal mimpi memang banyak kena rujuk.

Mimpi ni bersifat misteri. Dahlah aku taknak peningkan kepala korang, aku saja selitkan sedikit ilmu andai kata kalau korang pernah alami mimpi2 pelik dan sampai sekarang korang ingat. Ingatlah antara 3 ni, mungkin hanya mainan tidur, bisikan syaitan ataupun Allah nak tunjuk sesuatu.

Okey, selamat membaca! Have a nice day and may Allah bless you always!

Sincerely, Lelaki Dari Mimpi.

Log in.

Selamat masuk ke dalam kisah cinta ringkas ini!

Sincerely, Lelaki Dari MimpiWhere stories live. Discover now