SAKA KETURUNAN PART 3

26 2 2
                                    


  "Aikkk kakak ni kan masa tu Lan buka pintu kakak marah sebab Lan tak bagi salam,Padahal Lan ada jaa bagi salam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  "Aikkk kakak ni kan masa tu Lan buka pintu kakak marah sebab Lan tak bagi salam,Padahal Lan ada jaa bagi salam.Air kat tempayan tu sejuk sangat tu buat Lan kelam kabut sampai menggigil"Lan jelaskan kepada Misah dan Lan hairan dengan pertanyaan kakaknya.Hanya kerana dia sedikit kelam kabut tapi hakikatnya dia ada beri salam walaupun masa tu gigi dia ikut menggigil menahan kesejukkan.Misah tercengang dengan jawapan Lan.Misah tak tahu nak cakap apa lagi dengan Lan, yang pastinya terjawab sudah teka-teki yang bermain di mindanya.Lembaga kedua itu ialah yang menyerupai Lan.Misah rasa seram sejuk. " Haiii kakkk...kenapa kak ingat Lan ni macam hantu ke atau kakak ada nampak hantu tadi" usik Lan yang melihat wajah Misah mula berubah seakan-akan ketakutan. " Eh tak adalah....tak ada apa lah...dahh cepat petik sayur-sayur ni dah nak senja ni"
Misah cuba berdalih tentang perasaan takutnya.Apa yang pasti hati dia tidak tenteram kala saat ini.Selesai memetik sayuran untuk jualan, Misah dan Lan mengangkat dan membawa bakul rotan itu ke atas dapur , lalu Misah menutup dengan daun pisang di atas bakul berisi sayuran itu.Nanti setelah makan malam, dia akan mengikat sayur-sayur tersebut supaya senang di jual esok.Lan menuju ke tangga dapur sambil memegang tuala mandi, lalu dia menuju ke bawah dapur untuk ke bilik mandi.Misah melihat Mira sudah pun bangun.Mira menggeliat lemas, sesekali dia menguap. "Tidur dah berapa jam takkan masih ngantok lagi" Misah mengusik adiknya.Mira hanya senyum tanpa berkata apa-apa.Misah seperti biasa akan nyalakan kayu api untuk memasak.Dia kemudian menyediakan beras untuk di masak. " Kak masak lauk apa malam ni?" tanya Mira sambil tangan dia mencapai gelas di meja makan, lalu mengambil jag dan menuang air masak ke dalam gelasnya. "Kakak masak telur dadar dan sayur kacang panjang" jawab Misah. Mira diam kembali.Bila sebut pasal telur, Misah lupa hendak mengambil telur di reban ayam.Dia melihat hari makin nak gelap, terus dia bergegas ke bawah kolong menuju ke reban ayam.Misah mengutip semua telur yang jumlahnya lima biji, dan naik semula ke atas.Misah senyum lagi, dia senang melihat ayam mereka ada 6 ekor lagi.Cukup buat lauk mereka jika bapa belum dapat gaji.
Lan baru selesai mandi, dia menutup pintu dapur. " Kak, bapa sudah pulang?" tanya Lan. " Belum, kejap lagi laa tu" balas Misah.Selesai masak Misah mengajak Mira untuk mandi bersama .Di luar cuaca sudah pun gelap.Misah membawa lampu pom dan lampu minyak tanah ke bawah.Lampu pom di letakkan di luar bilik mandi, manakala lampu mintak tanah di letak dalam bilik mandi.Sedang mereka mandi, Misah terdengar suara bapa bercakap dengan seseorang. 'Mungkin dengan Lan' bisik hati Misah. "Srettttt.....sretttt...srettttttt" bunyi dinding daun nipah seperti di carik-carik.Misah dan Mira berpandangan. " Apa tu kak?" Mira bertanya, namun Misah hanya memberi isyarat menyuruh diam dan senyap sambil jari telunjuk di mulutnya.Kemudian mereka cepat-cepat mandi dan segera naik ke atas.Waktu menaiki tangga tadi, Misah sempat memandang ke arah bilik mandi di bawah tadi, namun tiada apa-apa yang di lihatnya.
Selesai memakai pakaian, Misah terus mencari kelibat bapa.Sebab masa mandi tadi dia terdengar suara bapa berbual. Tidak kelihatan bapa di segenap ruang rumah. "Lan bapa mana" Misah hairan sebab tidak melihat bapa pun di dalam rumah.
"Belum balik kak" Jawab Lan. 'Abis tu yang sama suara bapa tadi tu suara siapa pula' Soal hati Misah sendirian.
Misah tidak meneruskan pertanyaan bimbang nanti adik-adiknya jadi takut.Misah dapat rasakan dalam dua tiga hari ini sering berlaku perkara pelik di rumah mereka.
  "Ehemmmmmm"Tiba-tiba terdengar Suara batuk bapa di tangga luar rumah. ' Syukur bapa sudah pulang' Misah tarik nafas lega.Dia jeling jam sudah pun 7:00 malam.Lewat bapa pulang hari ini.Dari samar cahaya lampu minyak tanah menampakkan wajah bapa yang sangat penat.Wajah tua itu kelihatan lelah sekali. "Kenapa bapa pulang lambat hari ini" Tanya Lan. "Hmmmm bapa pergi ke hutan sebelah sana jauh sikit , dapat juga kayu-kayu banyak kalau kat sana" Jawab bapa.Dia memandang ke belakang seolah-olah memantau jika ada sesiapa di halaman rumah.Kemudian bapa naik ke atas rumah dan menuju kebiliknya.sejurus itu dia keluar membawa tuala lalu pergi mandi.Misah dan adik-adiknya duduk di ruang tamu.Tiada apa yang dapat mereka lakukan dalam keadaan samar-samar cahaya lampu pom di ruang tamu.Sesekali kedengaran suara Mira dengan jenaka Lan.
Selesai bapa mandi mereka kemudian pergi ke dapur untuk menikmati makan malam. "Misah telur semua abis sudah kau kutip?" bapa bersuara memecahkan kesunyian malam. "Iya pa, esok bapa pergi lah sembelih ayam buat lauk esok sebab adik tak makan ikan kering" jawab Misah sambil mengingatkan bapa untuk menyembelih ayam. " Okay lah esok bapa beli lagi ayam di pekan" jawab bapa.Misah berasa hairan sebab di bawah kolong  masih ada enam ekor lagi ayam dalam reban.Tapi kenapa bapa nak beli lagi ayam.Namun Misah tidak bertanyakan hal itu dengan bapa.Dia melanjutkan suapan nasi dan melupakan segala persoalan yang berada di mindanya.Siap makan malam, Misah membawa semua pinggan kotor ke lantai dapur berhampiran dengan tempayan menyimpan air.Dia basuh semua kotoran tadi sambil duduk di bangku pendek yang di perbuat dari buluh bambu.Lantai dapur yang juga buluh bambu itu menampakkan sedikit ruang di bawah kolong supaya memudahkan air bekas cucian mengalir ke bawah.Misah memandang ke bawah dan melihat benda hitam bermata merah di bawah lantai bambu itu.Misah terkejut tapi dia tidak menjerit , mulut dia seolah terkunci dan kaku.
Nafas Misah jadi laju. Lan rupanya memerhatikan saja gelagat kakaknya dari arah meja makan.Dia hairan dengan reaksi kakaknya yang tiba-tiba terundur  sedikit dari tempat duduknya, sambil mata Misah masih tertumpu ke arah lantai dapur. "Kakkk...kakkk...ohh kakk..." Lan memanggil kakaknya yang masih kaku memandang ke lantai dapur.Setelah beberapa kali Misah menggerakkan tubuh Misah akhirnya Misah tersedar dan berlari ke arah meja makan sambil tangannya mengurut dadanya. "Kenapa kakk?" tanya Lan lagi.Misah hanya menggelengkan kepala sambil tangannya menunjukkan ke arah lantai dapur tempat dia basuh pinggan tadi.Lalu dia mengajak Lan masuk ke ruang tamu.Kelihatan bapa sedang baring di ruang tamu sambil bercerita dengan Mira.Lan hanya memandang kakaknya yang masih dalam keadaan takut.Tapi Lan tak berani bertanya lagi di hadapan bapa.Misah pula hanya diam membisu,lalu dia pergi ke biliknya. "Lan pergilaah tidur, esok kau nak kena pergi sekolah lagi.Mira pun pergilah masuk bilik kakak tidur awal" bapa arahkan mereka supaya tidur awal.Mereka berdua masuk ke bilik masing2.Bapa masih baring di ruang tamu.
Misah menyiapkan tempat tidur dia dan Mira.Sambil baring fikiran Misah masih tertumpu kepada hal tadi. Dia masih ingat wajah lembaga hitam mata merah di bawah kolong rumah mereka.Dia berteka-teki sendiri memikirkan benda apa yang di lihatnya tadi.Seketika Misah sedaya upaya melelapkan matanya.Dia baring menghadap ke arah Mira .Di lihatnya Mira sudah pun nyenyak tidur.Walaupun sudah tidur petang tapi tetap saja Mira terlelap awal seperti kebiasaannya. "Prangggggg prukkkk prangggggg " Misah terduduk sejurus mendengar bunyi kuat datang dari arah bawah kolong rumah mereka.Seperti reban ayam di langgar sesuatu.Misah kemudian berdiri dan keluar ke ruang tamu .Di lihatnya tiada sesiapa.Mungkin bapa sudah masuk ke dalam biliknya.Dia kemudian masuk ke bilik dan baring semula.Bunyi tadi agak kuat sekali tapi bapa tidak terjaga dari tidur.Kemungkinan bapa sangat letih sekali.Misah cuba berfikir yang baik-baik.Akhirnya Misah terlelap juga.

Seperti biasa Misah akan bangun seawal 4:00 pagi untuk menyediakan sarapan serta bekalan bapa dan Lan.
Misah menguap kecil kerana masih mengantuk.Perlahan-lahan dia bangun dan pergi ke ruang tamu, di lihatnya jam menunjukkan 4:05 pagi.Dia memandang ke lantai dan terkejut melihat bapanya baring di ruang tamu. 'Eh bapa tidur sini' bisik hati Misah.Dia teringat semalam tiada sesiapa di ruang tamu selepas dia mendengar bunyi bising dari bawah kolong seperti sesuatu melanggar reban ayam. 'Agaknya bapa keluar semula ke ruang tamu kali' Misah cuba sedapkan hatinya sendiri.Misah terus melangkah ke dapur, di lihatnya sisa pinggan kotor yang belum selesai semalam.Dia pergi ke tempayan air dan mula membasuh mukanya.Misah curi pandang ke lantai dapur, namun tiada apa yang mencurigakan.Setelah selesai basuh muka, dia terus pergi ke bilik Lan untuk kejutkan Lan bangun.Dia keluar semula ke ruang tamu dan di lihatnya bapa tiada sudah baring di sana. ' Ah mungkin saja bapa sudah masuk bilik tadi' , lalu dia kembali ke bilik Lan. " Lan...Lan..bangun pergi mandi dan bersiap untuk ke sekolah" Misah menggerakkan tubuh Lan. "Hmmm iya" jawab Lan sambil menggosok kedua matanya.Misah berdiri dan ke dapur semula.Kali ini dia sangat yakin bapa sudah benar-benar berada dalam bilik.Dia menyalakan kayu api untuk masak air.Lan yang baru keluat dari bilik terus ke dapur duduk di bangku meja makan.Misah melihat Lan yang masih mengantuk.Rasa kasihan dia pada adiknya , namun apakan daya pelajaran itu sangat penting.Jangan jadi seperti dia tidak sempat merasa alam persekolahan.Dengan langkah yang lemah Lan menuju ke pintu dapur untuk ke bilik mandi di bawah.Tiba-tiba dada Misah rasa berdebar-debar kerana dia risau perkara kemarin akan berulang lagi.Misah merasa kepala dia mulai pening sebab seharian dia di ganggu perkara pelik.Setelah Lan turun ke bawah, di lihatnya Lan membawa lampu pom dan juga lampu minyak tanah.Cepat-cepat Misah menutup pintu dapur dan kembali menyiapkan sarapan pagi mereka.Baru saja Misah hendak duduk di meja makan, dia terdengar suara Mira dari arah ruang tamu seperti berbual dengan seseorang.Misah menjenguk ke ruang tamu , ternyata memang Mira di sana.Mira duduk bersila dan menghadap ke arah pintu luar.Suara Mira kedengaran kecil sekali tapi seperti sedang berbual-bual. "Mira..." Misah memanggil adiknya.Mira berpaling ke belakang melihat kakaknya.Lalu dia berdiri dan masuk ke bilik mereka. 'Oh dia mengingau lagi agaknya' getus hati Misah.Lan memberi salam ketika buka pintu dapur.Misah berasa lega sekali mendengar Lan beri salam.Lan menutup semula pintu dapur dan menguncinya dengan palang kayu.Misah ke ruang tamu untuk melihat jam,Sudah jam 4.35pagi tapi bapa masih belum bangun.Kebiasaannya bapa akan bangun sendiri tanpa perlu di kejutkan.Misah pergi melihat bapa di bilik, di selak sedikit tabir untuk melihat keadaan bapa.
Bapa tidur lena sekali, lampu minyak tanah yang agak malap itu menerangi ruangan bilik bapa. "ughh ugh.." suara bapa seperti mengerang kesakitan.Misah mendekati bapa lalu dia kejutkan bapa untuk bangun.Badan bapa terasa sangat sejuk sekali 'bapa sakit kah?' Soal Misah dalam hati. " pa...bapa...paa..bangun pa..bapa macam tak sihat saja ni" Misah mengerakkan tubuh bapanya sambil bertanya keadaan bapa.Misah semakin risau melihat keadaan bapa.
"Errr errr..." perlahan bapa buka matanya sambil suara terketar-ketar.........................

SAKA KETURUNANWhere stories live. Discover now