#PROLOG#
Dari dinding bambu yang tidak rata itu dapat di lihat tubuh yang di ikat menggunakan rotan buluh bambu, makin membesar dan mengeluarkan bulu-bulu hitam dan tajam.
"Cepat!!! mari pergi ke perahu" Mak Babu memanggil Misah dan adik-adiknya yan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lan tak perasan keadaan Misah kerana saat itu dia leka mengurut kaki bapa.Ada lebih kurang 2 minit Misah kaku di pintu.Sedar saja dia terus terbatuk.Lan berpaling ke belakang tengok kakaknya.Misah terus duduk di sebelah bapa sambil melihat ruang tamu.Tiada siapa-siapa,tapi kenapa tadi dia rasa seram sehingga berdiri bulu tengkuknya. 'Mungkin perasaanku saja kali' bisiknya."kak kenapa tak bagi bapa makan?" Lan menyoal kakaknya.Misah hanya diam,kerana dia sendiri susah untuk menjelaskan dengan Lan apa yang sedang berlaku.Dia berharap esok Mak Babu datang ke rumah,kalau tak dia sendiri pergi ke sana.Memandangkan esok hari sabtu maka Lan tak pergi ke sekolah.Misah bingkas bangun dia memberanikan diri untuk meninjau di ruang tamu.Lan juga ikut keluar.Pelan-pelan Misah pergi jendela dekat beranda.Lan terus keluar duduk di beranda."Kak...sebenarnya ada apa yang berlaku...kenapa kakak seperti takut-takut...apa yang kakak nampak?" bertubi-tubi soalan yang di ajukan adiknya."eh bau nasi hangus" Misah membiarkan Lan berteka teki tanpa menjawab setiap soalannya.Misah bergegas ke dapur.Memang sah nasi hangus sedikit.'Mesti kerak hitam' Misah meneka.Di angkatnya periuk nasi lalu di letak di atas lantai dekat tempat masak.Dia mengambil sudu nasi lalu menggaulnya.Sengaja dia tak korek nasi kerak bimbang tercampur kerak hitam.Selesai gaul Misah angkat periuk ke meja makan lalu memindahkan nasi ke dalam mangkuk besar.Kemudian dia pergi tajau untuk mengambil ikan kering.'bapa sakit tak ada siapa boleh sembelih ayam di rumah ini,terpaksa makan ikan kering saja' kata Misah dalam hati.
Selesai masak,Misah pergi ke bilik bapa sebelum masuk bilik dia sempat melihat jam sudah pukul 3.15 petang.Dia kejutkan bapa untuk makan.Bapa terus bangun,mata dia merah mungkin sebab baru bangun tidur."Bapa mau makan sekarang?"kata Misah.Bapa angguk.Lalu Misah pergi ke dapur semula dan kembali ke bilik membawa talam.Dia meletakkan talam di tepi bapa.Belum sempat dia mahu menolong bapa duduk tapi bapa sudah bangun sendiri mengambil nasi dan makan dengan lahap sekali.Misah melihat bapa seolah-olah bukan bapa yang makan.Mata bapa semakin merah dan suaranya seperti kucing menggigit tulang"ngrrrr ngrrrrr ngrrrr"Kalau boleh piring pun bapa makan ketika itu.Bila habis bapa minta tambah lagi.Misah pergi dapur lagi untuk mengambil nasi dan lauk lalu di beri dengan bapa.Tersentak Misah bila bapa terus merampas piring di tangannya.Namun Misah tak berkata apa-apa dia hanya melihat bapa makan dengan gelojoh.Mira bangun kemudian dia duduk sambil menggosok-gosok matanya."Bapa baru makan" Mira melihat bapa yang sedang makan.Bapa tak peduli pertanyaan Mira.Dia hanya melayan makanannya.Mira berdiri dan terus ke luar."Jangan kacau bapa makan,kesian bapa sakit" tiba-tiba terdengar suara Mira seperti memarahi seseorang.Misah pasti Mira bercakap sendirian lagi."Kakkkkkkkkkkkkkkk"Mira menjerit membuatkan Misah terus berdiri dan keluar melihat adiknya.Mira yang duduk melutut sambil menutup mukanya mula menangis."adik kenapa?" Misah memeluk adiknya dia cuba menenangkan Mira.Lan yang duduk di beranda juga terkejut mendengar jeritan Mira."Kakkkkkkk,dia guna lidah dia panjang untuk ambil nasi bapa.....panjang betul kak lidahnya.mata dia merah liur dia keluar-keluar...adik takut kak tengok muka pakcik bongkok berubah" teresak esak Mira menceritakan kepada kakaknya apa yang baru saja di lihatnya."adik jangan main-main" kata Lan yang mulai pucat melihat Mira begitu.Misah memeluk erat adiknya."Tak ada apa...apa...mungkin adik punya perasaan saja tu...lagipun adik baru bangun" ujar Misah supaya adik-adiknya tenang.Dalam hatinya tuhan saja yang tahu macam mana dia takut dan tak sanggup sudah lalui semua ini.Mahu saja dia teriak meminta tolong.Tapi dia tak mampu.Mahu saja dia pergi ke rumah Mak Babu namun dia risau sekiranya benda pelik itu tiada bila Mak Babu datang.Nanti di tuduh mereka membuat cerita.Misah kuatkan hati.jika malam ini berlaku lagi perkara pelik dia akan segera meminta pertolongan Mak Babu.Dia kesal kerana selama ini tidak pernah solat dan mengaji.Apa doa pun dia tak tahu.Dulu Mak Babu pernah menyuruh mereka ikut anak-anak dia untuk pergi mengaji di rumah Pak Marup tapi bapa kata tak usah.Bapa dan arwah Mak juga dulu jarang di lihat solat.Jadi Misah dan adik-adik tak pernah menunaikan perintah Allah.Dia sedih di saat begini hanya mampu berdoa dalam hati semoga di lindungi dari segala hasutan syaitan dan segala mala petaka. "Kroihhhh kroihhhhhhh" kuat betul bunyi dengkuran bapa seperti dia tidur dalam keadaan penat.Misah memimpin tangan Mira menuju ke bilik bapa.Di lihat bapa memang tengah tidur.Misah mengambil piring dan cawan bapa lalu di letak atas talam dan di bawa ke dapur.Lan dan Mira ikut saja dari belakang.Mereka bertiga duduk di meja makan."kakak mahu ikat sayur-sayur nie kamu tolong kakak ya" mereka berdua angguk kepala tanda setuju.Misah basuh pinggan dan cawan bekas bapa makan tadi.Selepas tu dia mula duduk bersimpuh di lantai bambu itu, sambil mengeluarkan sayur-sayur untuk di ikat.Lan dan Mira turut membantu."Esok pagi-pagi kita hantar pergi pangkalan ya..kita kirim dengan Mak Babu jual di pasar." Lan angguk tanda faham.Mereka pun meneruskan kerja sambil bercerita.Bila selesai Misah menyusun kembali sayur di dalam bakul raga.Mahu dekat jam 5 petang Misah mengajak Mira mandi.Mereka pun bersiap untuk mandi,kali ini Misah tak mau mandi senja risau hari gelap nanti ada perkara pelik berlaku.Selesai mandi Lan pula menyusul untuk mandi.Misah ingin menyediakan makan malam,dia pergi ke reban ayam untuk mengutip telur ayam.'mungkin ada sebiji buat Mira' Misah berharap.Bila dia buka pintu reban dia senyum'syukur' ucapnya dalam hati.Ada sebiji telur benar-benar buat Mira.Mujur bapa beli ayam betina seekor.Boleh menghasilkan telur.Misah kembali naik ke atas.Dia mulai memasak.Bila selesai dia ke ruang tamu untuk menutup jendela dan pintu luar kerana hari semakin senja.Misah melihat ada kelibat orang namun tak jelas kerana sangat laju masuk ke bawah kolong di mana tempat letakya reban ayam.Jendela terakhir yang Misah tutup betul-betul dekat dengan reban ayam.Misah terkejut,cepat-cepat dia ke dapur untuk menutup jendela di dapur dan kemudian menutup semua jendela bilik mereka.Jantung Misah berdegup laju.Lembaga ini semakin menjadi-jadi melihatkan dirinya ada di mana-mana.Misah kemudian ke bilik bapa.Dia ingin mengelap badan bapa kerana seharian tak mandi.Dia kejutkan bapa untuk bangun,dia gerakkan tubuh bapa."hmmmm kenapa?" Bapa bersuara lemas."Misah mahu lapkan badan bapa boleh.?"kata Misah."Tak payah....Bapa mahu rehat...kalau sudah masa makan malam beri saja sama bapa." ucap bapa,sambil matanya pejam.Misah akur lalu dia ke ruang tamu.Di lihatnya Mira dan Lan berbual-bual sambil ketawa.Misah pergi dapur untuk mengambil makanan,lalu di bawa ke bilik bapa."Lan....pasanglah lampu pom sama minyak tanah,mahu gelap sudah nie" arah Misah bila dia masuk ke bilik bapa yang semakin gelap.Lan pun buat apa yang di suruh kakaknya."pa...nah nasi bapa"Misah kejutkan bapa lagi untuk makan.Seperti tadi bapa seakan bertenaga jika di beri makan."Esok ayam-ayam di bawah tak usah kau ambil.Bapa tak larat sudah pergi ke pekan untuk membeli ayam.Ayam-ayam di bawah biarkan dulu sehingga bapa sihat" "tapi pa..tiada sudah lauk kita kalau kita tak ambil ayam di bawah" Misah memberitahu bapa..Misah rasa pening dan hairan dengan ayat bapa."Biarkan saja.jangan usika ayam itu" Bapa tekankan bahawa bapa benar-benar melarang ayam di bawah di jadikan lauk."kau tak faham Misah....bapa tak larat....." kata bapa lagi.Misah mengerti bapa sakit tapi apa kaitan dengan ayam.Dia teringat Mira yang tak makan ikan kering jadi dia harus makan apa.Misah keluar dan membawa adik-adiknya ke dapur untuk makan malam. Misah diam seribu bahasa.Dia semakin tertekan dengan situasi yang dia rasa pelik semakin menjadi-jadi.Lan dan Mira seperti mengerti,malah mereka pun diam saja sambil menikmati makan malam mereka.Selesai makan,Misah tidak terus basuh pinggan dan bekas yang kotor.Dia menyusun dia tepi tajau air sambil matanya tidak melihat ke lantai bawah rumah.Mereka terus masuk ke ruang tamu.Jam sudah pukul 7.25 malam.Misah pergi ke bilik bapa untuk mengambil pinggan dan cawan bapa.Dia lihat bapa tidur lena dengan dengkuran yang kuat.Sebelum ini bapa tak pernah berdengkur begitu.Dengkuran bapa selalu halus dan jarang dia berdengkur.Misah meletak talam tersebut di dapur kemudian mengajak Mira untuk masuk bilik.Lan turut masuk ke biliknya.Malam itu awal sekali mereka hendak tidur.Mira pula semakin segar,dia berbual-bual kosong dengan kakaknya.Misah hanya melayan saja adiknya."Prangggggg prukkkkkkkkk prangggggggg" Bunyi reban ayam seperti di langar lagi.Riuh kemudian bunyi ayam."Apa tu kak" Mira memeluk kakaknya bila terdengar bunyi itu.Terdengar bunyi lantai di pijak.Rupanya Lan berlari ke bilik kakaknya.Mungkin dia juga terdengar bunyi tadi.Lan duduk di tepi Misah,dia diam saja seperti menanti arahan kakaknya.Misah hanya memberi isyarat supaya mereka diam.Bunyi ayam seperti di cekik-cekik kuat sekali."grrrrrr grrrrr grrrrrr" tiba-tiba bunyi seperti suara bapa makan tadi yang seolah-olah kucing berebut tulang.Tapi bunyi itu dari bawah rumah......................