#PROLOG#
Dari dinding bambu yang tidak rata itu dapat di lihat tubuh yang di ikat menggunakan rotan buluh bambu, makin membesar dan mengeluarkan bulu-bulu hitam dan tajam.
"Cepat!!! mari pergi ke perahu" Mak Babu memanggil Misah dan adik-adiknya yan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Di simpang jalan kelihatan Lan dan Mak Babu menuju ke rumah mereka.Langkah Mak Babu semakin laju,dengan wajahnya penuh kerisauan.Lan berlari-lari anak mengejar Mak Babu."Macam mana bapa kamu?" Tercungap-cungap Mak Babu kelam kabut bertanya."Mak Babu naik lah p bilik bapa..tadi badan bapa sejuk saja"Misah mempelawa Mak Babu naik ke rumah."ah..yala" terus Mak Babu melangkah naik.Dia membesar kan langkah untuk naik ke atas.Dengan pantas dia ke bilik bapa.Misah dan adik-adik hanya ikut dari belakang."Long....Along..."Mak Babu menyapa abangnya.Mak Babu menggerakkan tubuh bapa."hmm oh kenapa Imah"Pelan-pelan bapa buka mata sambil memandang adiknya."Along tak sihat kan..Imah dengar dari budak-budak nie..Imah tolong panggilkan Pak Marup ya" Mak Babu risau melihat wajah abangnya yang pucat dan cengkung."eh tak payah..aku cuma letih saja ini...esok-esok ok la sudah."Bapa menolak cadangan Mak Babu.Pak Marup pandai mengubat orang-orang sakit demam dengan hanya menawar air.Dia juga pandai mengubat orang-orang yang kena santau dan gangguan jin.Mendengar nama Pak Marup bapa seakan tak suka."kalau macam itu,Imah tolong minta kan air tawar dari Pak Marup sajalah"Mak Babu memberi cadangan lagi."tak usah!!!!!....aku bukan sakit teruk mana pun" Bapa makin marah dengan cadangan Mak Babu.Misah tak pernah melihat Bapa marah dan menengking siapa-siapa sebelum ini. Bapa yang di kenali sebagai seorang yang penyabar,baik hati kerap membantu bila ada orang-orang kampumg memerlukan bantuan tenaga kerja tiba-tiba berubah. Mak Babu pun terkejut melihat reaksi abang sulungnya itu.Dia teringat arwah bapa mereka juga ketika sakit-sakit ringan tak mahu di beri air penawar lebih-lebih lagi sakit teruk.
Mak Babu meminta diri untuk pulang.Dengan perasaan hampa kerana ikhtiar selain pergi ke rumah sakit yang jauh abangnya tak mahu.'kalau sakit tak ada anak tak apa,ni kesian dengan anak-anak dia 'Mak Babu mengomel sendirian.Misah hanya memandang Mak Babu dari beranda sehingga hilang dari pandangan."uhhhh" Misah mengeluh kecil sambil duduk di bangku bambu.Lan hanya berdiri di pintu luar manakala Mira duduk di tangga.'orang mau ubat bapa tapi dia tak mahu pula' bisik hati Misah geram.Bapa tak pernah sakit,masa ada arwah mak lagi bapa sentiasa kuat dan cergas.Mungkin bapa tak mau kami risaukan dirinya tapi melihat keadaannya begitu memang lah buat kami risau.Kami hanya ada bapa lagi setelah mak pergi,tolong bapa cepat sembuh.dalam hati Misah mengomel."Kak...lapar" Lan menghentikan lamunan Misah."Eh iya jom kita makan... hampir lupa sudah kakak" Misah tersengih dengan adik-adiknya.Mereka masuk kedalam.Lan dan Mira terus ke dapur,Misah pula singgah di bilik bapa.Dia melihat bapa tidur lagi.Dia teringat tadi bapa marah-marah tapi bila melihat dia tidur Misah rasa kasihan dan sedih.Dia kemudian pergi dapur,di lihat adik-adiknya sudah menyedokkan nasi buatnya."Kamu makan dulu ya,kakak mau sendokkan buat bapa....."belum sempat Misah meneruskan kata-katanya dia terdiam seketika sambil teringat hal pagi tadi.Dia tau mesti kali ini jika dia letak makanan bapa sebelum bapa bangun nanti bukan bapa yang makan."kenapa kak,kakak takut pakcik bongok makan nasi bapa lagi" Mira bertanya sambil mengunyah nasi.Lan tengok Misah dengan hairan lalu dia tengok pada adik pula.Dia rasa seperti ada yang yang dia tertinggal cerita."Eh tak adalah..kakak takut nanti ada semut pulak makan nasi bapa" Misah cepat-cepat membetulkan keadaan.Dia bimbang adik-adiknya takut.Kini hanya dia peneman mereka berdua,jadi contoh kepada mereka berdua,takkan nanti dia tunjukkan kelemahan dan ketakutan pada adik-adiknya sehingga mereka turut takut dan hilang keyakinan terhadap dia."Dah...mari kita makan..lepas makan nanti kita urut-urut badan bapa" Misha menyuap nasinya.Masing-masing mereka diam.Selesai makan,macam biasa Misah akan basuh semua pinggan yang kotor.Lan dan Mira sudah pergi ke bilik bapa.Misah membersihkan meja makan sekaligus membersihkan dapur.Kemudian dia ke bilik bapa,di lihatnya Mira terlelap dan baring di sebelah bapa.Lan pulak mengurut tapak kaki bapa.Misah duduk bersimpuh di sebelah bapa.Dia menyentuh badan bapa,masih sejuk.Tapi bapa kata panas.Dia tak mau pakai selimut."Sejuk betul kaki bapa nie kak" Lan seperti tahu apa yang tengah Misah fikirkan.Dia angguk saja.Raut wajah Misah kelihatan sangat risau.Dia pelan-pelan usap kepala bapa.Masa kecil bapa selalu usap kepalanya,kini bila dia usap kepala bapa terasa sangat kasih sayang seorang bapa."Misah sudah masak"terkejut Misah bila bapa sedar."Ah iya sudah pa.Kejap Misah bawa makanan ke sini" Misah pun berlalu ke dapur untuk mengambil makanan bapa. Misah mengambil piring kosong dan cawan kosong,di bawanya ke meja makan lalu dia mengambil talam.Dia membuka tudung saji,alangkah terkejutnya bila lauk semua abis seperti di makan orang.Kalau pun kucing tak mungkin tudung saji akan tertutup semula.Dia mengambil periuk nasi di atas para.Di lihatnya nasi di dalam juga habis.Misah semakin rasa pelik.Dia lihat pintu dapur terkunci cuma jendela saja yang berbuka.Lalu dia pergi ke jendela untuk meninjau-ninjau sesuatu.Tiada apa yang mencurigakan.Mahu saja dia teriak dengan situasi pelik itu.Apa yang akan di hidang buat bapa jika lauk dan nasi sudah abis.Saat itu dia menyesal tidak memberitahu Mak Babu tentang perkara-perkara pelik yang berlaku.Mana tahu Mak Babu dapat membantu mereka.Dia cepat-cepat cuci periuk untuk masak nasi semula.Sambil dia tunggu nasi masak,dia kembali ke bilik bapa.Baru kakinya melangkah di pintu bilik bapa pula menegurnya"Misah tak apa kalau lauk abis,bapa tunggu saja nanti kau siap masak" terus bapa tidur berdengkur seolah-oleh penat sekali.Misah jadi bingung belum pun dia beritahu tentang hal di dapur bapa sudah dapat meneka lauk mereka abis.Lan yang bingung bertambah semakin bingung melihat Misah yang 'stuck' di pintu bilik.Tiba-tiba berdiri bulu tengkuk Misah bila terasa ada seseorang di ruang tamu dan berdiri hampir di belakangnya.Misah jadi kaku.Mulut dia terkatup tak dapat bersuara.Lan tak perasaan keadaan Misah kerana saat itu dia leka mengurut kaki bapa...............