SAKA KETURUNAN PART 4

26 0 0
                                    


"Errrr

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Errrr....errr...." perlahan bapa buka matanya sambil suaranya terketar-ketar seperti ingin berkata sesuatu. "Bapa kenapa?" Lan yang tiba-tiba muncul di bilik bapa. " Entah lah Lan, kak tengok bapa macam tak sihat saja ni.Lan pergi lah sarapan dulu baru pergi ke sekolah." Mendengar arahan kakaknya, Lan terus pergi ke dapur .
"Pa..bapa sakit?" Misah bertanya semula setelah bapa membuka matanya. "Errr..errrr..bapa rasa tak sihat Misah, badan bapa sakit dan lenguh..err..errrr.." suara bapa berkata dengan nada yang lemah."Eloklah bapa berehat,tak perlu pergi kerja buat sementara waktu" Misah berkata sambil tangannya menutupi selimut di badan bapa.
Bapa angguk kepala tanda akur.Mungkin bapa benar-benar sakit seperti yang di katakan oleh Mak Babu tengah hari kemarin.Kedengaran suara Lan memberi salam sebelum dia menutup pintu luar dan menuju ke pangkalan sungai. "Bapa rehatlah tidur ya" Bapa angguk kepala saja lalu menutup matanya. Misah keluar dari bilik bapa di lihatnya 5:15pagi.Dia pergi ke bilik tidurnya, dia melihat Mira masih nyeyak tidur.Misah keluar menuju ke dapur lalu menuangkan segelas air kopi.Dia mengambil talam dan meletaknya atas meja makan.Misah menyedok nasi goreng ke pinggan.Misah bawa hidangan sarapan untuk bapa ke dalam bilik bapa.Kedengaran dengkuran halus dari bapa.Misah meletakkan talam yang di berisi kopi dan nasi goreng itu di tepi bapa.Dia kembali ke dapur untuk mengambil tudung saji buat menutup talam tadi.Sesampai saja di bilik, terkebil-kebil mata Misah melihat nasi goreng dan kopi sudah habis.Dia memandang ke arah bapa , tidur nyeyak sekali. 'Eh takkan lah bapa makan dengan begitu cepat dan tidur semula, sedangkan nak buka mata tadi pun bapa seperti kepayahan' Lalu Misah mengambil talam dan terus bawa ke dapur semula.Misah duduk di meja makan, otaknya terus berfikir bapa makan sehingga tiada sebutir nasi dan setitik kopi pun yang tinggal.Dia menolak talam itu ke hadapan .Misah mula merasa seram sejuk. 'Takkan lah benda pelik tu yang habiskan makanan bapa' Misah memberi andaian dengan perkara pelik yang berlaku seja berapa hari.Tak lama kemudian Mira datang duduk di depannya.Sambil menggosok matanya. "Kakak sudah sarapan?" Soalnya sambil matanya memandang talam yang berisi pinggan dan gelas kosong. "Belum lah..Kakak tunggu adik, ini bapa yang makan tadi" jawab Misah sambil tangannya menunjuk ke talam itu. "Adik pergi basuh muka dulu lepas tu kita makan sama" Mira pun pergi ke tempayan air, membasuh muka dan memberus gigi.Mukanya yang masih basah itu di lap dengan kain baju yang di pakainya.Kemudian dia duduk semula di hadapan kakaknya.Asyik mereka menikmati sarapan kedengaran dengkuran bapa kuat sampai ke dapur. "kak bapa tak kerja ke? bapa dah bangun makan tadi kenapa masih tidur lagi?" Mira hairan bapa tidak seperti kebiasaannya. "Bapa tak sihat dik jadi hari ini bapa tak pergi kerja" Misah jelaskan keadaan bapa yang kurang sihat.Mereka makan tanpa meneruskan segala cerita.Selesai makan dan basuh pinggan, Misah terus mengemas bilik mereka.Hari sudah sangat terang, seperti biasa Misah akan buka jendela dan pintu.Dia segera mengambil baja untuk memberi ayam makan.Setibanya di bawah kolong dia membuka pintu reban ayam. 'Aik darah apa pulak ni' Misah hairan melihat ada darah di reban ayam.Dia semakin hairan bila melihat ayam bapa hanya tinggal lima ekor sahaja.Padahal kemarin dia mengira semua ayam bapa ada enam ekor. 'Ke mana pulak lagi seekor, dah ni darah apa pulak' Getus hati Misah.Dia mulai curiga dengan bunyi yang dia dengar semalam.Namun dia berusaha tepis fikirkan yang bukan-bukan. 'Barangkali ada orang curi ayam bapa' Bisik hatinya.Lalu dia keluar dari bawah kolong dan menuju ke belakang rumah untuk memgambil air buat siram tanaman sayur.Sambil menyiram sayuran dia teringat semalam dia terlupa untuk mengikat sayur yang hendak di jual di sebabkan rasa takut dengan lembaga mata merah yang di lihat dari lantai dapur. 'Tak apa esok pun boleh jual' katanya dalam hati.Misah menuju ke tanaman sayur kacang panjang , alangkah terkejutnya dia melihat ada bangkai ayam di tepi batas sayur kacang. 'ahh itu ayam bapa' getus Misah.
*************************
Selesai mandi ,Misah dan Mira pergi menjenguk bapa di biliknya.Melihat muka bapa yang pucat ,Misah jadi risau.Misah kemudian membuka jendela bilik bapa dan membiarkan segenap ruang tu di masuki cahaya dan juga udara segar.Di lihatnya semula muka bapa untuk pastikan pucat atau tidak.Benar-benar muka bapa sangat pucat , pipi yang kemarin di lihatnya biasa sahaja tapi pagi ini sangat cengkung. "Pa...." Misah kejutkan bapa.Perlahan bapa buka mata. "Bapa sakit ke?" Mira yang melihat bapa pucat bertanya untuk kepastian.Bapa angguk kepala. "Misah ada buat sarapan?" lemah suara bapa bertanya.Pertanyaan bapa buat Misah jadi tidak selesa. 'Benarlah bukan bapa yang makan tadi, habis tu siapa pula yang makan'
soalnya dalam hati. "Aikk bapa bukan dah makan ke tadi, kakak bagitau adik" Mira menyoal dengan perasaan hairan.Muka bapa berkerut melihat Mira yang selamba bertanya.
"Ehh adik salah dengar lah tu, kakak bagitau tadi bapa belum lagi makan" Misah cuba berbohong untuk melihat reaksi bapanya. "Sebentar Misah ambil kan sarapan bapa ya." Misah terus ke dapur sambil menarik tangan Mira . "Kenapa kakak bohong tadi , habis tu di talam tadi yang kosong tu siapa yang makan?" Misah membiarkan saja Mira tanpa menjawab pertanyaannya.Misah menyedok nasi goreng dan menuang air kopi.Dia meletakkan di atas talam ,lalu di bawa ke bilik bapa.Di letaknya talam tepi bapa.Misah memimpin bapa untuk duduk sambil menyandarkan bapa di tepi dinding.Misah menghulurkan talam berisi kopi dan nasi goreng itu.Bapa minum kopi sehingga habis, lalu dia menjamah nasi goreng dengan lahap sekali seperti orang yang sedang kelaparan. Mira memandang Misah dengan muka yang hairan melihat bapa berkelakuan pelik.Bila sudah habis makan, bapa meminta lagi nasi goreng dan kopi.Misah pun pergi ke dapur untuk mengambil semula yang di minta bapanya.Mira masih di bilik bapa , dia mendengar seperti suara Mira bercakap dengan nada marah. 'Mira marah apa kat bapa tu' Misah berfikir dalam hati.Misah ke bilik bapa semula, di lihatnya Mira bercakap sendirian di depan jendela. Misah menggelengkan kepalanya.Misah memanggil Mira untuk duduk di sebelahnya.Dari raut wajah Mira kelihatan sangat marah.Misah menghulurkan talam kepada bapa.Seperti tadi bapa makan dan minum dengan lahap sekali.Bapa bertanya kalau masih ada kopi dan nasi goreng.Misah beritahu itu adalah yang terahkir.Bapa akur walaupun muka dia nampak sedikit kecewa.Bapa baring semula.Misah pergi ke dapur sambil di ekori oleh Mira.Mereka duduk di meja makan. "Kakak tau tak kenapa bapa makan dengan laju tadi, sebab pakcik Bongkok lah yang berabis makan tadi dia guna lidah saja sedangkan bapa guna sudu." Mira memberitahu kakaknya apa yang di lihatnya tadi di bilik bapa.Misah terkejut mendengar kata-kata adiknya.Dia tidak percaya apa yang Mira katakan. "Kenapa adik cakap macam tu, bapa makan sendiri sajalah tadi" Kata Misah. "Ishhhhh betul lah kak adik nampak pak cik Bongkok yang makan dengan bapa." Mira pertahankan apa yang di lihatnya.Misah tidak berani untuk percaya kata-kata Mira.Tapi bila di fikirkan perkara pelik yang berlaku berapa harini dan juga pagi tadi tentang bangkai ayam itu seolah mengiyakan segala kata-kata adiknya itu.Misah mulai bimbang sesuatu memgganggu keluarganya.Dia menggeleng kepala beberapa kali untuk menafikan perasaannya.Tidak sedar mereka duduk lama di meja makan ,jam sudah menunjukkan 11:00 pagi.Misah menyediakan pula pula untuk hidangan tengah hari.Dia tidak sabar menanti kedatangan Mak Babu.Dia ingin sekali ceritakan situasi pelik yang berlaku di rumah mereka.Selesai masak, Misah menjenguk bapa lagi di bilik ,tapi bapa masih tidur.Misah tak mahu menggangu bapa tidur.Misah dan Mira duduk di beranda sambil melihat ke halaman rumah.Di simpang jalan kelihatan Lan dan Mak Babu menuju ke arah rumah........................................

SAKA KETURUNANWhere stories live. Discover now