#PROLOG#
Dari dinding bambu yang tidak rata itu dapat di lihat tubuh yang di ikat menggunakan rotan buluh bambu, makin membesar dan mengeluarkan bulu-bulu hitam dan tajam.
"Cepat!!! mari pergi ke perahu" Mak Babu memanggil Misah dan adik-adiknya yan...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tapi bunyi itu dari bawah rumah,ya jelas sekali dari reban ayam.Semakin kuat pelukan Mira.Lan pula menyisip di tepi Misah.Mereka diam,Misah hanya memberi isyarat supaya senyap.Misah menanti jika ada bunyi lagi tapi bunyi pelik itu senyap sudah.Dia pun menyuruh adik-adiknya tidur."Krukkkkkkkk krukkkkkkkk krukkkkkk"Baru saja dia mau memejamkan matanya tiba-tiba bunyi dari lantai mereka baring seperti di cakar-cakar.Misah lantas duduk,adik-adiknya juga duduk.Misah memimpin tangan keduanya untuk berdiri dekat pintu bilik.Misah risau jika ada sesuatu yang tidak di ingini berlaku jika mereka berdiri di tempat baring tadi.Bunyi cakaran yang sangat kuat seolah-olah mau membuka lantai bambu mereka.Misah jadi panik dia membawa adik-adiknya ke bilik bapa.Mereka membuka langkah yang besar menuju bilik bapa.Sampai di bilik,bapa duduk menyandar di dinding dengan matanya terpejam.Sangka Misah bapa tidur dalam keadaan duduk. Misah dekati bapa,di sentuhnya bahu bapa terasa sangat sejuk badan bapa.Kemudian Misah cuba kejutkan bapa,dia gerakkan bahu bapa"pa...bapa..kenapa tidur duduk nie" bapa tetap tak bergerak,lena sungguh tidurnya."bapa bangun.....adik takut" Tak lama Mira pula menggoncang kuat tubuh bapa.Lan hanya berdiri kaku melihat bapa.Misah cuba kejutkan bapa lagi."pa...bapa....bangun"Di goncang-goncang tubuh bapa."Bukkkkkkkkk"bunyi jendela seperti di tolak kuat.Misah terus melihat jendela risau dia nanti jendela itu akan terbuka."hmmm kamu belum tidur lagi..."tiba-tiba bapa sedar,mata bapa merah.walaupun samar-samar cahaya lampu pom namun jelas sekali mata bapa kelihatan merah."Pa....Misah tak sedap hati sebab dari tadi ada bunyi pelik dibawah...sebentar tadi pun jendela bapa seperti di tolak kuat..."Gugup Misah beritahu bapa.Dia tahu bapa tak sihat tapi benda pelik itu sangat menggangu mereka."Hmmm tak ada apa-apa lah tu...pergi lah kamu tidur..bapa mahu rehat" suara bapa tidak seperti selalu.Terasa perubahan suara bapa jadi sedikit kasar.Misah terus membawa adik-adiknya pergi biliknya.Mereka duduk rapat-rapat."Kak kenapa suara bapa tu berubah...mata bapa pun merah...bapa macam marah saja" tanya Lan.Dia berasa pelik melihat bapa seperti itu."Bapakan sakit...hmmm tidurlah esok subuh kita mau hntar sayur p pangkalan lagi" Misah berusaha mengingatkan Lan tentang sayur agar Lan tidak terlalu cemas melihat perubahan bapa tadi.
Mereka baring sehingga terlelap.Seperti biasa Misah akan bangun awal.Dia pergi ke dapur,di lihatnya jam sudah pun 4.17 pagi.Dia pergi tajau air untuk membasuh muka.Selesai basuh muka dia sediakan kayu api untuk masak air.Sementara menunggu air masak dia pergi ke bilik bapa untuk melihat keadaan bapa.Di selaknya tabir,bapa masih tidur dalam keadaan meniarap.'kasihan bapa..mungkin dia kurang selesa untuk tidur baring'.Bisik hati Misah.Lalu dia kembali ke dapur semula .Dia mengambil periuk nasi untuk gaul nasi semalam.Sambil dia menunggu air masak,dia duduk di meja makan.Dia perasan seperti ada orang memerhatikan dia dari pintu perantaraan dapur dan ruang tamu. Pelan-pelan dia lihat ke arah sana.Bapa!'bapa dah sihat ka?' Misah meneka dalam hati."pa..bapa mau minum?"Misah tanya bapa.Namun bapa tidak memberi reaksi apa-apa.Bapa hanya berdiri dan melihat ke arah Misah.Mata bapa merah,tak berkelip mata bapa memandang Misah.Muka bapa sangat pucat,seperti tiada darah.Misah kemudian menghampiri bapa,sambil dia menyentuh lengan bapa "pa...bapa kenapa?" Misah bertanya lagi.Misah hairan bapa seperti kaku melihat dia.Misah menggerakkan lengan bapa.Lalu bapa tunduk mendekatkan wajahnya ke muka Misah.Misah sangat terkejut dan termundur ke belakang.Tapi bapa tetap mendekatkan wajahnya dengan Misah "AMBILLL AKUUU!!!" bapa bersuara garau.Misah kemudian menolak bapa,namun seperti menolak kayu berat.Sikit pun bapa tak bergerak.Misah pergi ke meja makan.Dia mula ketakutan.Badan dia menggigil,Misah tak pernah lihat bapa seperti itu.Bapa seolah-olah ingin memakannya.Bapa masih di pintu perantaraan.Mata merahnya masih tajam memandang Misah.Airmata Misah mula mengalir.Misah rasa lemah ketika itu,dia risau jika bukan bapa yang di hadapannya.Dia takut jika lembaga lain yang menyerupai bapa."pa...bapa...kenapa bapa.." Misah cuba bertanya lagi.Kali ini bapa melangkah ke arahnya.Misah semakin mundur ke belakang.Dia mengagak-agak ingin lari tapi tak tahu pergi ke mana.Misah terkenangkan adik-adiknya yang sedang tidur.'ya Allah,tolonglah alu saat ini' Misah berdoa dalam hati.Airmatanya semakin deras keluar.Bapa kini berada hampir dengannya. Misah ingin lari ke ruang tamu tapi ketika ini kaki dia tak dapat bergerak.Dia berusaha melangkah tapi tak berhasil.Misah memejamkan matanya.Tak sanggup dia melihat wajah bapa yang seperti ingin memakannya.Laju nafas Misah selaju jantung dia berdegup.Bapa mendekatkan lagi wajahnya dengan Misah seperti ingin bertentang mata."AMBIL AKU...AKU AKAN TOLONG KAU!!!" Semakin kasar suara bapa yang tiba-tiba garau. Misah tak faham apa maksud bapa.Dia pejamkan matanya kuat-kuat.Dia terhidu nafas bapa sangat busuk.'ini bukan bapa...bapa xda begini'kata hati ini sambil dia menangis.Bapa mendekatkan lagi wajahnya sambil dahi bapa dan dahi Misah bertembung........................