#PROLOG#
Dari dinding bambu yang tidak rata itu dapat di lihat tubuh yang di ikat menggunakan rotan buluh bambu, makin membesar dan mengeluarkan bulu-bulu hitam dan tajam.
"Cepat!!! mari pergi ke perahu" Mak Babu memanggil Misah dan adik-adiknya yan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bapa mendekatkan lagi wajahnya sambil dahi bapa dan dahi Misah bertembung.Terasa sangat sejuk dahi bapa.Misah tak berani membuka mata.Dia ingin menjerit tapi suaranya turut tersekat."BAPA!!!!!!!" tiba-tiba Lan berdiri di pintu sambil menjerit.Bapa berpaling ke arah Lan.Bapa menjelirkan lidahnya yang sangat panjang ke arah tempat Lan. Lan berlari ke ruang tamu dan membuka pintu untuk keluar dari rumah.Misah akhirnya dapat melangkah sedikit ke belakang.Bapa jatuh seolah-olah pengsan.Misah ragu-ragu untuk mendekati bapa.Dia terus melangkah ke ruang tamu.Di lihat jam sudah pun mau dekat pukul 5.00 pagi.Misah pergi ke bilik di lihatnya Mira masih tidur.Dalam keadaan ketakutan Misah cuba menjejaki Lan di luar rumah."Lan....Lan....." tiada sahutan dari Lan.Misah pasti Lan lari ke rumah Mak Babu.'Mudah-mudahan saja Mak Babu datang segera.' Bisik hati Misah.Selepas menutup pintu luar,dia kemudian pergi ke dapur semula untuk melihat keadaan bapa.Dia yakin pasti ada benda yang menggangu bapa tadi sehingga bapa berubah menjadi begitu.Pelan-pelan Misah pergi mendekati bapa.Bapa jatuh tadi dalam keadaan meniarap.Misah cuba menggerakkan tubuh bapa.Tapi bapa tak sedar.Misah kuatkan tenaga untuk memusingkan tubuh bapa.Sangat berat ketika Misah cuba menolak bapa,sedangkan bapa bukan lah berbadan besar.Agak lama juga Misah mencuba untuk memusingkan badan bapa namun tak juga berhasil.Tidak lama kemudian terdengar bunyi ketukkan pintu luar bertalu-talu.Misah yakin yang itu Lan,lalu Misah berdir menuju ke pintu luar.Misah membuka palang kunci pintu dan di lihatnya Lan,Mak babu,Pak Mail(suami Mak Babu) dan abang Abdul(Anak sulung Mak Babu).Mak Babu terus masuk ke dalam sambil bertanya bapa dia mana,Misah terus bagitau bapa masih di dapur.
"Astaghfirullahal'adzimmmmmmmm" Mak Babu beristighafar panjang melihat abangnya di lantai.Dia menggoncang tubuh abangnya agar abangnya bangun.Sama juga bapa,tak sedar.Kemudian Mak Babu mengarahkan Suami dan anaknya memikul abangnya masuk ke ruang tamu.Misah segera masuk ke bilik bapa untuk mengambil bantal dan tikar untuk bapa baring.Melihat mereka masih di dapur,Misah bergegas ke dapur.Pak Mail dan abang Abdul tak dapat memikul bapa.Lalu Misah cuba membantu di ikuti Mak Babu dan Lan,akhirnya dapat juga membawa bapa ke ruang tamu.Itupun mereka pelan-pelan melangkah sebab bapa sangat-sangat berat.Setelah bapa sudah dalam keadaan baring yang elok.Mak Babu Mula bertanyakan bagaimana semua ini berlaku Misah menceritakanlah A to Z tentang bapa dan perkara pelik yang berlaku di rumah itu selama berapa hari.Belum sempat Mak Babu buka mulut tiba-tiba bapa batuk kecil.Bapa buka mata dan kali ini Mak Babu,Pak Maik dan Abdul jadi saksi melihat mata bapa yang merah dan tajam melihat ke atas atap rumah.Mata bapa kemudian melilau-lilau melihat atap rumah. Kemudian mata bapa kembali tutup terus berdengkur.Semua kami berpandangan,Misah melihat jam 6.30 pagi.Mereka tak sedar hari semakin cerah.Misah berdiri untuk membuka jendela dan pintu.Lalu dia pergi ke dapur untuk melihat air yang dia masak tadi airnya sudah kering.Api kayu api dah padam sebab tadi dia langsung tak Berkesempatan untuk menjaga air.Dia pasang semula api dan masak air panas.Mak Babu menyapanya dari belakang "Misah...macam ni lah kami balik dulu nanti kami datang sini bawa pak Marup dan beberapa orang kampung,kita baca yasin nanti.Mak Babu risau ada benda yang menggangu bapa kamu" Misah hanya mengangguk."Kalau bapa berubah lagi nanti,suruh Lan cepat-cepat pergi rumah ok" Tambah Mak Babu lagi."Baik Mak Babu" Jawab Misah.Maka dorang pun pulang ke rumah mereka.Misah mengambil periuk nasi semalam.'huhh'Kosong.Misah mengeluh,dia seperti tahu yang benda tu sudah pun habiskan makanan mereka.Misah pergi basuh periuk kemudian masak nasi."Kak..." Lan memanggil kakaknya."hah iya" Misah memandang Lan.Terus Lan geleng kepala,seperti dia lupa apa yang hendak di katakan.Kemudian dia duduk di meja makan.Mira pula tercegat di pintu perantaraan sambil menggosok-gosok mata."Kak kenapa bapa baring di luar?" Mira yang baru bangun itu masih menggosos-gosok mata sambil bertanya."Bapa tak selesa di bilik,sebab tu bapa tidur dekat ruang tamu" Misah cuba berbohong dengan Mira.Lan memandang Misah, bengang dengan jawapan kakaknya."Adik jangan dekat-dekat dengan bapa,nanti bapa berubah jadi muka yang hodoh" Lancang mulut Lan memberitahu adiknya."Lannnn!!!...kenapa cakap begitu dengan adik...bapa kan sakit" Misah rasa geram bila Lan cuba pengaruhi adik.Misah tak mau Mira rasa takut."Kenapa kakak mau bohong adik...dia patut tahu supaya nanti dia x kena macam kakak semalam" balas Lan.Dia juga merasa geram sebab kakaknya tak beritahu hal sebenar.Mira hanya melihat kakak dan abangnya dengan muka yang hairan.Berkerut dahi Mira,lalu dia mencapai gelas di para sambil mencari sesuatu."Kak,kopi mana?" Rupanya Mira mencari jag kopi."Eh kejap kak belum bancuh.Kak kelam kabut masak nasi tadi" Ujar Misah.Dia pun mengambil jug dan buat kopi.Dia ingin menggoreng ikan kering,terkenangkan Mira dia terus pergi ke bawah rumah untuk mengambil telur ayam.Dia teringat pesan bapa supaya jangan ambil dan kacau ayam di bawah.'Aku ambil telur sja bukan ayamnya' Misah berkata dalam hati.
Alangkah terkejutnya Misah melihat ayam dalam reban semuanya jadi bangkai dengan darah di sekeliling reban.Misah cepat-cepat tutup pintu reban dan keluar dari bawah kolong.Dia segera naik ke atas.Lan dan Mira serentak melihat Misah yang tergesa-gesa naik tadi.Misah terus duduk di meja makan.Otaknya ligat berfikir,tak kan pasal bunyi semalam tu ayam bapa mati semua.' Misah berfikir-sendirian.tak lama lepas tu dia mengambil sayur terung 1 ikat yang ingin dia jualnya untuk buat sarapan mereka pagi ini.Mira juga suka makan sayur terung,jadi ada pengganti telur buat sementara telur dan ayam x ada.Misah pun memotong sayur terung kemudian memasaknya.Lan masuk ke ruang tamu dan pergi ke beranda.Selesai masak,Misah sendokkan makanan buat bapa.Dia letak di atas talam dan bawa ke ruang tamu. Di letaknya talam di tepi bapa.Pelan-pelan dia kejutkan bapa."hmmm" bapa buka mata,matanya masih juga merah.Misah hampir ingin ke belakang,tapi dia kuatkan hatinya."Bapa makan dulu ya" Misah cuba ingin membantu bapa duduk,seperti biasa bapa terus duduk dan mengambil sendiri makannan di tepinya.Misah terus berdiri,dia buat seperti sudah biasa melihat bapa begitu.Lantas dia ke beranda.Di lihatnya Lan duduk termenung , dagunya di letak atas lengan tangan sambil mememang pagar bambu."Lan ...mari kita pergi sarapan,Mira tunggu di dapur tu" Misah mengajak Lan.Tanpa berkata apa-apa Lan terus masuk dan pergi ke dapur.Baru saja Misah mau melangkah masuk bapa menyuruh Misah menambah makanannya.Misah pun pergi dapur dan kemudian kembali ke tempat bapa sambil menghulurkan piring.Bapa terus merampas."Kau pergi cari ayam hari ini,aku tak cukup makan" kata bapa.Misah tersentak dan dia dapat rasakan bukan bapa yang meminta seperti yang baru saja di katakannya tadi.Misah tak membalas kata bapa,dia terus pergi ke dapur."ngeheheheheh" Misah sempat terdengar bapa ketawa seperti puas hati.Seram Misah mendengarnya.Dia duduk di meja makan,adik-adiknya tengah makan."Assalamualaikummmm" Suara Mak Babu memberi salam.........................