❛❛PROLOG ✧

16K 353 30
                                    

               MATANYA jatuh pada wajah kosong wanita itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

               MATANYA jatuh pada wajah kosong wanita itu.. pandangan yang sudah berubah sejak sebulan yang lalu makin membuatnya gelisah. Pandangan itu penuh dengan rasa benci pada dirinya.

"Sayang.. taknak sambut abang balik ke?" Tanyanya dengan senyuman yang sedaya upaya dimaniskan.

"Kenapa kau balik sini? Bukan ke aku dah cakap yang aku taknak tengok muka kau lagi?" Balas wanita itu dingin.

"Sayang.. abang lapar la" katanya lagi dengan senyuman.

Dia masih belum berputus asa untuk mendapatkan perhatian wanita itu.

"Boleh tak kau stop panggil aku sayang Izz Adrian?!" Jerkahnya sambil mata menikam tajam anak mata Izz.

"Sorry sayang but I cannot" balas Izz dengan suara yang jelas hambar.

"Kenapa tak boleh?! Kenapa senang sangat kau minta maaf? Mana ego yang kau julang tinggi dulu Izz Adrian?!" Jerkah Kayla bagai orang gila.

"Ego tu dah mati bersama hati yang kau hancur kan dengan kata kata nista kau" jawab Izz dingin.

Tiada lagi panggilan 'abang' ataupun 'sayang' dari mulutnya.. Dia merenung mata bundar isterinya

"Aku rindu Kayla yang nakal. Kayla yang degil. Kayla yang manja, tapi aku benci Kayla yang sekarang.. takde perasaan, beku, dingin dan panas baran" luah Izz dengan senyum hambar menguntum dibibir.

"Mana orang yang selalu ingatkan aku solat? Mana orang yang selalu jegilkan mata dia dekat aku bila aku bercakap kasar? mana orang tu? Aku dah tak nampak orang tu dalam diri kau" kata Izz sambil ketawa kecil.

Biarlah kalau Kayla nak terasa dengan kata- katanya.. dia hanya ungkapkan apa yang harus dia tegur sahaja.

"Aku benci diri kau yang sekarang.. yang dah tak ingat Tuhan. Apa kau buat setiap kali aku suruh kau solat? Kau tengking aku balik Kayla.. mana ajaran yang dulu pernah kau selitkan dalam otak aku? Mana?!" Jerkah Izz kembali.

Kayla terdiam.. jujur dia amat terasa dengan kata kata Izz. Namun dibekukan wajahnya agar Izz tidak perasan perubahan wajahnya.

"You change a lot" kata Izz dengan nada yang kembali mengendur.

Riak kekecewaan jelas terpancar di wajahnya yang membuatkan Kayla berasa luluh.

"Bahu aku tak cukup kuat untuk tampung dosa kau Kayla walaupun aku selalu maafkan semua salah kau. Aku mohon doa dengan Allah supaya kau sedar tapi aku rasa usaha aku sia-sia. Can you just forgive me?"

Kayla terdiam lagi. Terlupakah dia bahawa dosanya kini ditanggung sang suami?

"Apa yang perlu aku buat untuk kembalikan Kayla Insyirah aku? Apa yang perlu aku buat untuk dapatkan keampunan dia?" Tanya Izz sambil merenung mata Kayla.

Wanita itu mula tidak keruan.. anak mata kelabu milik Izz memang tak pernah gagal membuat dia jatuh cinta.

"Lepaskan aku. Kau tak perlu tanggung dosa aku lagi" Kata kata Kayla membuatkan Izz ketawa.

Pedih.

Terluka.

Perit.

Semua itu bercampur menjadi satu sehingga kakinya longlai.. dia cuba sedaya upaya untuk gagahkan diri tapi dia kalah..

Dia jatuh melutut.

Dia menumbuk dadanya sendiri.

"Rasa ni sakit sangat" kata Izz lagi.

"Besar sangat ke salah aku Kayla?" Tanya Izz perlahan tetapi Kayla hanya biarkan soalan itu ditelan angin lalu.

"Kenapa aku cintakan orang yang tak pernah takut kehilangan aku?" Tanyanya lagi dengan mata yang berkaca kaca.

"It's hurt love" kata Izz dan serentak dengan itu air matanya jatuh setitik.

Kayla terkedu.. matanya berkaca. Dia sakit hati melihat lelaki itu menangis. Dia ingin memujuk tetapi kaki terpasak kemas disitu.

"Kenapa sayang? Kenapa semua orang yang aku sayang tinggalkan aku?" Tanya Izz lagi sambilL menumbuk dadanya.

"It's hurt a lot sayang" kata Izz lagi sambil membiarkan airmatanya mengalir.

Kayla masih diam tanpa sebarang kata.

"Aku bukan nak minta simpati kau dengan apa yang aku lakukan sekarang ni" katanya sambil mata berkacanya merenung wajah Kayla.

"Cuma aku nak kau tahu.. aku betul betul terluka dengan apa yang jadi sekarang" kata Izz terhenti lagi.

Wajah sang isteri dipandang tidak berkelip..

"I wish i can see that beautiful smile again love but i know.. it's never happen" sambungnya sambil tunduk menekur lantai.

"Say something Love.. i miss your voice so badly" kata Izz dengan suara yang mulai serak kembali.

"Kau bodoh Izz sebab cintakan aku" kata kata itu keluar dari bibir Kayla.

"Aku menyesal kahwin dengan kau!" Jerkahnya kuat.

"menyesal? Hahaha" kata Izz dengan tawa kecil yang dibuat buat.

"Sebab apa?" Sambungnya lagi.

Baru sahaja wanita itu ingin membuka mulut dia  pantas memintas..

"Aku tahu jawapannya..  Kau menyesal kahwin dengan aku sebab baru sekarang kau rasa yang kau salah pilih pendamping hidup" kata Izz.

Keadaan kembali membisu sebelum Izz membuka mulut sekali lagi untuk memecahkan kesunyian antara mereka.

"Aku tanya kau sekali lagi Love.. apa yang perlu aku buat untuk dapatkan kepercayaan kau balik?" Soal Izz lagi.

"Jawapan aku takkan berubah Tuan Izz Adrian.. Lepaskan aku" kata Kayla sambil memberikan pandangan kosong pada Izz.

"Kalau itu yang kau nak..." dia berjeda seketika.

Nafas panjang ditarik sebelum dihembus perlahan..

"Syarifah Kayla Insyirah binti Syed Ahmad, Aku..."

•||« TBC »||•



















































VOTE
COMMENT 📝

THANK YOU <3

My Special Boss [Editing]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang