Prolog

227 15 0
                                    


Aku Zafrin , pelajar tingkatan 2. Aku lahir pada 10 Januari 2001.


"Abanggg!" jeritan mama kedengaran. Aku yang bagai nak gila terkejut dengan jeritan itu terbangun dari tidur petangku lantas mencapai tuala mandi yang betul-betul tersidai di belakang pintu bilik yang menghadap di depan katil . Mama seorang yang spoting sebab selalu layan anak-anak dia ni macam kawan sendiri . Tegas tetap ada , dia tetap seorang ibu dan hormat tetap ada atas dasar kita seorang anak .


Sebaik sahaja aku keluar dari bilik , aku sedar adik aku Hakimi sedang menjamah selera bersama mama."Apa yang mama panggil abang , macam nak cepat je?" "Awak tengoklah dah pukul berapa?"Jelas terpampang di dinding dapur jam tepat menunjukkan pukul 7 petang. Jadi, aku pun terus ke bilik air , segarkan badan yang dah layu di atas katil selama 2 jam. Aku pernah berfikir apalah erti hidup ni kalau tiada kasih dan sayang? Alangkah gembiranya kalau hari-hari dibelai dan dimanjakan. Aku seorang yang suka berimaginasi sendiri , malahan aku ada cerita imaginasi ku sendiri sebelum ini. Memang lawaklah untuk aku ceritakan , korang semua boleh cari Daniel Haziq atau Aiman Akid untuk ceritakan kisah imaginasi kami sewaktu darjah 2 , kisah naga-naga kami , ahhh sungguh mengimbau kenangan.  

Selesai mandi , aku terus ke bilik dan mencapai sehelai baju dan sepasang seluar bagi mengenakan makan malam ku bersama keluarga. Jersi Chelsea aku pakai , maklumlah aku peminat setia Chelsea dari kecil lagi ,dan setakat ini tak pernah tukar kelab lagi hehe.. " ok abang nak makan apa? Harini mama masak banyak ni" "camne nak makan, Sara dah makan makanan favourite abang" "Takpe, ni kueytiaw ade lagi , meh makan" Nak mengalah dengan adik perempuan punya pasal , aku pun makan jelah . Kerusi yang dibeli di Ikea Cheras tu aku tarik , kueytiaw masakan mama tu aku jamah dan menyelerakan aku dengan hanya 13 suapan. 

The Best of UsWhere stories live. Discover now