Kami berdua menjadi lebih rapat memandangkan kami sering meluahkan masalah bersama. Aku tidak dapat menolak dari membantunya dalam apa-apa masalah, Faeya adalah kawan baik paling terbaik aku pernah ada.
Nak dikatakan , aku pernah menghalang dia daripada menoreh tangannya dek kerana dia terlalu tertekan dengan masalah di sekolah. Ramai yang kurang berpuas hati melihat aku terlalu rapat dengan Faeya. Mereka merasakan aku akan merosakkan hidup Faeya.
Beberapa orang rakan sekelas Faeya , Lilla , Atiq , Eersa dan Han cuba merancang beberapa cara untuk memastikan aku tidak lagi rapat dengan Faeya. Aku tidak menyangka yang mereka akan sebegitu sanggup untuk menjauhkan aku dan rakan baikku , Faeya iaitu orang yang aku suka dalam diam. Tapi , jangan terlalu benci pada empat orang tu , meskipun mereka nak jauhkan aku dan Faeya , pada akhir novel ini , akan anda tahu kenapa aku kata jangan terlalu benci pada Lilla,Atiq,Eersa dan Han tu.
Pada mulanya , rancangan mereka hanyalah untuk menghasut Faeya supaya menjauhkan diri dari aku. Mereka membuat cerita yang bukan-bukan untuk memburukkan aku. Namun aku bersyukur kerana Faeya masih mempercayai aku kerana fitnah yang dikatakan oleh lima orang rakan sekelas dia itu amatlah tidak masuk dek akal . Katanya , aku ingin rapat dengan Faeya hanyalah kerana inginkan duit Faeya.
Aku bukan jenis pisau cukur. Even mama dan papa aku sendiri mampu untuk menampung kehidupan aku , mana pulak aku nak minta duit orang lain , lagi-lagi perempuan. Aku sangat kesal dengan tuduhan mereka berlima tu , rasa macam nak sumbat je mulut diaorang dengan cili merah , baru sedar akan tinggi rendahnya langit. Perkara itu tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka makin dahsyat. Asalkan aku ditinggalkan oleh Faeya lah katakan. Kali ini , mereka merancang untuk membuat seorang pelajar lelaki lain untuk sukakan Faeya. Ya , plan ini menjadi. Faeya mula rapat sedikit demi sedikit dengan seorang pelajar lelaki lain , Amir. Ramai sedar akan perubahan Faeya tersebut , dan ramai yang pelik kerana Amir bukanlah jenis seorang yang melayan perempuan.
Sedih pula bagi aku , Faeya kata mereka hanya berkawan sahaja. Aku percaya, maklumlah aku sayang Faeya sebagai seorang sahabat yang rapat , sudah tentu aku percayakan dia. Ya, aku percayakan dia. Sehinggakan satu hari , aku dengan terkejutnya mendapat khabar yang Faeya sedang bercinta dengan Amir. Aku terdiam , aku sabar . Bagi aku , aku bodoh kerana tidak memberitahunya lebih awal yang aku sukakan dia. Aku pulang ke rumah dengan perasaan yang sangat kecewa. Tetapi aku tetap senyum untuk mengangkat panggilan Faeya.
"Zafrinnn , kau buat apa haaa" soal Faeya."Aku tengah baringlah , macam biasa" aku menjawab dengan wajah senyum yang terpaksa aku ukir."Aku dengar kau bercinta dengan Amir" soal aku."Mana ada , kau ni merepek jelah"" Ngaku cepatttt" soal aku lagi." Yelah , aku mengaku , tapi dia yang suka aku dulu"
Aku matikan panggilan tersebut kerana aku tahu, aku tak mahu menangis dengan pengetahuannya. Beberapa minit kemudian , aku memberitahunya yang aku termatikan panggilan , sedangkan aku mengelak dari menangis di hadapannya. Meskipun dia sudah bersama dengan Amir , aku masih dapat berkawan dengannya . Namun tidak sama seperti dulu, aku makin kurang diendahkan , Faeya sibuk menghabiskan masa dengan Amir . Mama pula asyik bertanya kenapa Faeya sudah tidak datang belajar di rumah. Aku jawab dengan penuh sinis ,"Dia dah pandai maa"
Aku teruskan bersabar . Aku tahu aku patut berusaha lebih lagi untuk kembalikan hubungan persahabatan antara aku dan Faeya. Kehilangan sahabat baik memang menyedihkan aku , aku seolah-seolah hidup di dunia yang berbeza selepas kehilagan Faeya. Suatu petang , Faeya tiba-tiba muncul di pagar rumahku yang berwarna coklat terang tu. Aku mempelawanya untuk masuk. Jelas riak wajahnya yang sedih ingin memberitahu aku sesuatu perkara. Kami duduk di kerusi yang berada di halaman rumahku . Katanya dia nampak yang aku sedih kerana sudah ada teman lelaki baru .
YOU ARE READING
The Best of Us
RomantikZafrin seorang pelajar yang sungguh terkenal dengan sikap 'playboy', namun dia berubah menjadi lelaki yang setia lepas bertemu dengan Faeya . Apakah nasib dua orang rakan baik ini selepas bertahun lamanya bersahabat? Dengan siapa Zafrin setia tu? ...